Someone POV
Selepas menikmati mee segera, aku pun menikmati udara segar di tepi tasik yang bersebelahan dengan kawasan kubur. Memang agak seram tapi nak buat macam mana. Tempat ini sajalah yang tak payah bayar duit sewa.
Sebenarnya, aku berasal daripada keluarga yang berada. Namun, nikmat itu hanyalah sementara. Ayahku telah meninggal dunia kerana dia menghidap barah hati tahap 4. Jadi, tiada siapa yang boleh handle syarikat dia yang masih belum diselenggara.
Sepatutnya, akulah yang bakal menjadi pewaris syarikat dia sebab aku sajalah puteranya. Tetapi, di surat perwasiatan ayah aku tertulis nama seseorang yang aku tak kenal. Jadi, aku tak berhak dapatkan harta dia. Tapi, apa kena-mengena orang itu dengan ayah aku sampai ayah sanggup letak nama dia kat surat wasiat dia. Ia masih mengelirukan aku.
Disebabkan orang itu, aku jadi macam ini. Muka handsome tapi hidup merempat. Tapi nak buat macam mana. Dah ditakdirkan hidup aku jadi macam ini.
Sedang aku khayal memikirkannya, mataku tertarik dengan susuk tubuh seseorang yang berada di dalam kawasan kubur. Dia, macam aku kenal orang tu tapi kat mana agaknya.
Aku pun meneliti helaian kertas yang dipegangnya. Itukan surat perwasiatan. Apa ke jadahnya orang tu bawak surat wasiat ke kubur? Aku pun ada nampak dia pegang sekeping gambar tapi tak berapa jelas image nya kalau tengok dari sini.
Kemudian, dia mengeluarkan sapu tangan di koceknya & mengelap peluh di muka seraya itu dia menanggalkan cermin matanya. Memang tak silap lagi. Diakan pembantu peribadi arwah ayah aku? Dia buat apa kat situ? Nak kata lawat kubur ayah, aku rasa tempat pengebumian ayah dekat daerah lagi. Ish! Pelikkah orang tua ni.
Aku pun segera memasuki kawasan kubur, mendekatinya & menyergahnya dari belakang.
''HOI, PAK CIK NIM BUAT APA KAT SINI?!''
Dia terkejut & ia menyebabkan segala harta di tangannya terlepas & jatuh ke tanah.
''OH, ISTERI AKU CERAI KAHWIN DUA!''
Amboi, melatah pun boleh tahan merapu juga. Aku nak gelak tapi tahan sebab nak acah serious.
Kemudian, dia melutut di depan aku sambil menangis-nangis. Apa masalah orang tua ni. Aku tak marah dia pun.
''Hoi! Oi! Apa hal kau menangis & melutut bagai. Aku tak marah kaulah, hanat! Janganlah koyak cepat sangat!''
Tangisannya makin deras. Salah ke apa aku cakap tadi. Pening, wei!
''Maaf, Tuan Muda Adrien. Saya tak dapat jaga jasad Tuan dengan baik masa Tuan masih hidup. Tapi, tolonglah jangan bunuh saya. Saya janji tidak akan tinggal solat fardu 5 waktu setiap hari. Please!''
Okay, aku rasa dia baru hisap gam. Bila masa pula aku mati ni. Nampak sangat dia memang nak aku mati selama ni.
''Hey! Bangunlah, Pak Cik! Ni akulah, Ferhan Saputra. Aku ni anak majikan kau, Tuan Saputra Iskandar. Remember me?!''
Aku memegang erat bahunya. Dia memandang tepat muka aku. Dia seperti sedang memproses sesuatu di otaknya. Selepas beberapa seketika, barulah dia sedar dari khayalan dia.
''Oh! Kamu ni Tuan Muda Ferhan?''
''Yes, Aku ialah Ferhan & Ferhan is my name.''
Dia mengeluarkan keluhan berat. Tension sangat nampaknya.
''Maafkan saya, Tuan Muda. Saya tak dapat bezakan Tuan Muda Adrien & Tuan Muda-''
Aku memotong percakapannya
''Siapa Adrien?''
Dari tadi aku dengar dia sebut nama orang itu. Aku pun nak tahu juga siapa dia. Orang tua itu hanya mampu terdiam seperti orang bisu. Muka dia kembali berpeluh.
YOU ARE READING
Suamiku Worldwide Perfect 10
RomanceCakap pasal Justin, dah sehari suntuk aku tak tengok muka dia. Aku cuba cari muka lelaki yang seiras Lee Jung Suk tu tapi tetap tak jumpa. Takkan dia lari rumah dari rumah dia sendiri. Ish! Menyusahkanlah. Ah! Biarlah. Nanti baliklah tu. Tanpa...