"Unnie! Ireona! Nanti kita lambat bersantap dengan Appa." Soo menggerakkan tubuh Hyera yang tidur terbalik.
Hye Jong menggosok perlahan matanya. Suara Soo yang kuat menganggu semua puteri yang sibuk bermimpi dengan knight masing-masing.
Hana yang kebetulan baru bangun dengan selambanya menendang punggung Ara yang masih berbungkus selimut.
"Yah! Han Hana! Neo micheoseo!!" Suara jantan Ara mengejutkan lipas yang lalu di bawah katil dan meninggal stroke di tempat kejadian.
Yerim terkejut lalu tertepuk kuat bahu Yaa Naa yang masih terlentok elok di atas katil. Tanpa sebarang amaran tumbukan padu dari tangan Yaa Naa singgah di paha mulus Areum.
Tangan Areum yang memeluk bantal mendarat jatuh di pipi Lim Seul. Kejutan dari tangan Areum menyebabkan Lim Seul terduduk tegak dan kepalanya terhantuk dengan kepala Sulmin yang kebetulan baru bangun.
"Yah!" Perasaan marah terus terpadam tatkala puteri-puteri lain sudah cemberut mukanya. Mata Sulmin terarah tepat ke arah Sara dan senyuman sinis terukir di bibir.
Oleh kerana masing-masing menerima kejutan di awal pagi, mereka sepakat mengenakan Sara yang masih tidur dan...
BBAMM!!
"KORANG SEMUA SETAN!!!" Dan pagi mereka berlalu dengan penuh sentuhan fizikal yang lemah gemalai.
"Seon Woo mana?" Soal Ara yang sudah mengenakan gaun merahnya.
Puteri lain mengangkat bahu menandakan mereka tidak tahu keberadaan Seon Woo.
"Alaaa dia kan selalu bangun awal pagi pergi taman bunga. Takkan korang tak tahu." Yaa Naa yang mendandan rambut menyampuk.
Sulmin menganggukkan kepalanya tanda setuju. Seon Woo memang seorang gadis yang sukakan alam semula jadi termasuk bunga, pokok dan sebagainya. Dia juga sangat sayangkan haiwan.
Pada ketika itu barulah kejadian semalam terulang tayang di kepala Yaa Naa yang sudah selesai mendandan rambut.
"Unnie yang pasal Sezvashy tu, kenapa masa kitorang pergi tandas semalam, kitorang tak nampak Sezvashy kat dalam oven?" Soalan dari Yaa Naa membuntangkan mata Hye Jong dan Sara.
Kejadian malam tadi baru sahaja lupus dari ingatan namun bangkit semula menghantui ingatan.
"Molla. Dah lah jom keluar. Nanti appa bising. Semua dah siap kan?" Soalan dari bibir Hye Jong menganggukkan kepala puteri-puteri yang lain.
Setibanya mereka di meja santap, kelibat 12 jejaka kacak a.k.a knight tercinta sudah duduk berbual bersama appa mereka. Malu-malu puteri yang lain duduk bersama.
Lagi-lagi Puteri Hyera. Masakan tidak, kejadian malam tadi masih segar dalam kepalanya. Sentuhan tangan Knight Chen juga masih terasa hingga ke saat itu.
"Puteri-puteri beta! Marilah bersantap bersama appa!" Lebar senyuman Raja. Entah apa yang dibualkan bersama 12 jejaka itu.
Dihitung satu persatu puteri yang duduk lalu bertaut rapatlah kening si Raja.
"Mana Seon Woo?" Soal Raja kepada puteri-puteri yang lain namun matanya terarah ke arah Hye Jong selaku puteri sulung.
Masing-masing mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sangka mereka Puteri Seon Woo sudah di situ.
Wajah Raja yang berkerut bertukar tatkala kelibat Puteri Seon Woo mendekati meja santap bersama Sezvashy di tangan.
Terbuntang mata Hye Jong dan Sara tatkala Sezvashy selamat di tangan Seon Woo. Kalau Sezvashy masih hidup, mayat kucing mana kat oven semalam?
YOU ARE READING
My Lovely Knight
Romantik"I have a knight. He protect me with love." "I lied to my princess. But when I say I love her, it's true." Siapa sangka kisah percintaan di antara puteri diraja dan knight masing-masing membawa kepada satu malapetaka. Malapetaka yang dalangnya dari...