Knight Sehun

58 17 14
                                    

Kisah Puteri Hyera yang tergendala diteruskan di padang. Siapa sangka yang Puteri Sara turut berada di situ bersama knightnya iaitu Knight Sehun.

"Hyera! Buat apa?" Soal Puteri Sara yang sudah melaksanakan satu pusingan bersama kuda kesayangannya.

Mata Puteri Sara tertancap pada tautan tangan Knight Chen dan Puteri Hyera. Senyuman mengejek singgah sebentar di bibirnya. Ada sahaja modal untuk mengenakan puteri yang lain.

Kalau Sulmin bersama pasti riuh sekampung seisi padang dengan kekecohan yang dilakukan oleh troublemaker sejati, Sulra (gabungan nama Sulmin dan Sara).

"Aik? Belum apa-apa lagi tangan dah melekat? Ada apa-apa ke?" Tegur Puteri Sara. Kuda yang ditunggangnya diatur dengan lebih rapat ke arah merpati dua sejoli itu.

Teguran dari Puteri Sara memerahkan wajah Puteri Hyera. Kakaknya yang seorang itu tidak boleh dibawa berbincang.

"Aniyo. Takde apa-apa. Bye unnie. Kitorang nak ambil kuda." Tangan Knight Chen segera ditarik menjauhi Puteri Sara yang sudah ketawa mengekek. Tahu sahaja dia adiknya itu malu dengan ayatnya.

Knight Sehun menggeleng kecil. Ketawa Puteri Sara yang besar itu tak ubah bagai seorang pesakit mental. Kalau ditanya pasti takde seorang pun yang akan menjawab bahawa Puteri Sara seorang puteri raja.

"Tuan puteri, jagalah ketawa tu." Tegur Knight Sehun. Dahinya yang berpeluh dilap perlahan.

Puteri Sara menoleh ke arah Knight Sehun. Mulutnya yang galak bercakap jadi sunyi sepi tatkala terpandang Knight Sehun yang kelihatan seksi dengan peluh di dahi.

Kesempurnaan wajah Knight Sehun mencairkan hati wanita Puteri Sara. Alangkah baiknya seandainya waktu berhenti. Pasti Puteri Sara memandang Knight Sehun puas-puas.

"Kenapa tuan puteri pandang macam nak telan patik?" Suara garau Knight Sehun memecahkan kesunyian pagi. Tidak sempat cengkerik mengambil alih tugas mereka.

"Kalau ya kenapa? Tak boleh?" Sengaja si puteri memprovokasi knightnya itu.

"Nak telan? Boleh je. Tapi bagi patik telan tuan puteri dulu." Knight Sehun mengacah mahu menangkap lengan Puteri Sara.

Puteri Sara dengan pantas menarik tali kudanya lalu kuda kesayangannya memecut laju meninggalkan Knight Sehun bersama si kuda hitam, Candyie. Jeritan Knight Sehun tidak diendahkan oleh Puteri Sara.

Sangka Puteri Sara, Knight Sehun mahu mengenakannya namun tanpa disedari oleh Puteri Sara, seekor ular sebesar lengan terlentok manja di belakang Puteri Sara. (Kiranya ular ni menunggang kuda sekali)

Tanpa membuang masa sesaat pun Knight Sehun memecut laju Candyie yang ditunggangnya. Tapi alangkah baiknya sekiranya nasib menyebelahinya. Langkah Candyie yang tadinya gah kini longlai kerana Knight Sehun tak bagi makan.

Ular di belakang Puteri Sara semakin mendekatinya. Aura kejahatan jelas terpancar pada wajah si ular betina itu. Mangsa leka di hadapan, peluang sekali seumur hidup menyapa dirinya tika itu.

Knight Sehun turun dari Candyie lalu memecut laju dengan dua belah kaki kurniaan Tuhan. Peluh di dahi dibiar merecik.

Langkah kaki Knight Sehun yang panjang menyebabkan dia mampu menyaingi langkah kuda milik Puteri Sara, Lollyietaeri.

"Tuan puteri! Turun!" Knight Sehun mendepakan tangannya. Kakinya masih bergerak bagi menyamakan langkahnya dengan Lollyietaeri.

"Andwae!" Puteri Sara menggeleng laju. Kudanya ditunggang lebih laju berbanding tadi. Knight Sehun masih mengejar Lollyietaeri walaupun nafasnya tunggang langgang.

My Lovely KnightWhere stories live. Discover now