Knight Kai

15 11 0
                                        

"Saranghae"

Membulat mata Knight Tao mendengar pengakuan Puteri Ara.

"Na.." Kata-kata Knight Tao terhenti. Dia mahu membalas luahan hati Puteri Ara namun..

"Jangan pernah jatuh cinta dengan tugas kita!" Suara tegas Knight Suho kembali berlegar-legar di benaknya bagai tidak mahu berhenti. Setiap amaran Knight Suho menyakitkan hati dan perasaan mereka.

Knight Suho seakan-akan patung yang tidak ada perasaan. Sekelumit cinta pun tidak pernah terlintas di hatinya. Namun, tugasan kali ini, mampukah dia? Mampukah mereka?

Knight Tao mengeluh berat. Wajah Puteri Ara diamati dalam-dalam. Senyuman kecil dipamerkan buat Puteri Ara.

"Puteri, jom tukar baju. Nanti bersemut sebab banyak sangat aiskrim kat baju dengan muka puteri." Knight Tao bangun dari posisi mengiring. Tangannya dihulurkan kepada Puteri Ara.

Lambat-lambat Puteri Ara menyambutnya. Dia masih malu akan luahan perasaan tadi. Harapannya agar Knight Tao membalas namun hampa kerana Knight Tao tidak memberi sebarang respon.

Oleh kerana bilik mereka bersebelahan, mereka bergerak bersama-sama ke bilik untuk menukar baju dan membersihkan diri. Dan mereka juga harus melalui studio tarian yang khusus buat para puteri belajar menari.

Mata itu, masih memerhati tanpa ada yang ketahui. Mata itu, penuh dengan dendam. Mata itu, tahu segala rahsia dan mata itu, punca kematian demi kematian berlaku.

"One, two, three, four, five, six, seven, eight." Dua suara kedengaran dari luar studio tarian itu.

Knight Tao dan Puteri Ara mengambil peluang mengintip pasangan manakah yang berada di dalam.

Terpampang raut wajah Knight Kai dan Puteri Areum. Puteri Areum mengikut langkah gerakan tarian Knight Kai dan ritma gerakan Knight Kai.

"Knight Tao, jom kacau." Bisik Puteri Ara tepat di telinga Knight Tao. Knight Tao tergelak kecil.

Tangan Puteri Ara digamit lembut.

"Tak payah la tuan puteri. Tengok baju tu, kotor sangat. Kalau puteri pergi kacau, puteri yang kena ejek nanti." Sinis senyuman Knight Tao. Rupa comot macam ni ada hati nak kacau orang?

Puteri Ara memujuk Knight Tao dengan suara yang lembut selembut bayu di pagi hari.

"Jebal..." Kedua tangan dilekapkan sekali seakan-akan memohon maaf. Dikelip-kelip matanya yang bundar bagi menakluk hati si jejaka yang kian goyah.

Knight Tao menarik tangan Puteri Ara dari situ. Makin lama makin comel pujuk rayu si puteri sehinggakan dia hampir sahaja menurut titah nakal si puteri. Matanya mengerling sekilas ke arah Puteri Ara yang memuncung sebelum dikalihkan ke arah Knight Kai dan Puteri Areum.

Sudah tiba masanya dia menjalankan tugasnya yang satu itu. Tugasnya yang akan membelakangkan seluruh rasa sayang mahupun cintanya terhadap si puteri.

Di dalam studio tarian, Knight Kai menari dengan begitu menawan. Hampir tertawan hati si puteri yang sememangnya seorang yang kuat berangan.

Langkah tarian Knight Kai yang begitu bertenaga dan unik menyebabkan si puteri yang jarang-jarang menari turut sama mengikut rentak tarinya.

Seluar legging hitam yang jarang-jarang dipakainya terletak elok di kakinya. Langkah kaki laju menyaingi gerak kaki Knight Kai. Matanya fokus pada Knight Kai.

Hati si puteri bagai ditambat melihat kekacakan semula jadi milik Knight Kai yang mencairkan hati wanitanya. Sekali-sekala terbit rasa bangga dalam diri kerana ber'knight'kan Knight Kai.

My Lovely KnightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang