"Diumumkan ketibaan Puteri-Puteri Mahkota Diraja Kerajaan Kokobop." Skrol di tangan digulung kembali. Udara disedut melalui rongga hidung dan dilepaskan lembut.
Peluh di wajah dibiarkan seketika tatkala mata Raja menerawang ke setiap inci balairung Istana.
Kumis di dagu diurut lembut oleh si Raja diperhatikan tanpa bunyi oleh Dayang-Dayang Istana mahupun pekerja istana yang lain.
Susup-susup kelihatan langkah lemah gemelai dari 12 wajah cantik, ayu dan lembut bak bidadari milik puteri-puteri Baginda.
Tatkala kornea mata mengecam wajah puteri-puteri yang manis itu, satu senyuman terbit di bibir Raja. Puteri-puteri yang ditatangnya bagai minyak yang penuh itu menghiasi seri hidupnya.
Ketika puteri terakhir masuk ke balairung, Pengawal Diraja membuka kembali skrol di tangan tanpa sempat mengesat peluh yang mula melurut dari dahinya ke mata.
Dikelip-kelip mata yang pedih terkena peluh sambil bibirnya ralit melontarkan suara gahnya di segenap Balairung Istana.
"Mengumumkan ketibaan bakal Knight bagi para Puteri Mahkota Diraja yang asalnya dari Kerajaan DNA." Sekali lagi skrol di tangan digulung dan dipegang erat.
Kali ini muncul 12 jejaka tampan yang berjalan penuh gaya dengan baju besi menuju ke Balairung. Bunyi seritma yang terhasil bagaikan sekumpulan askar perang berkawad. Begitu teratur dan kedengaran hebat serta menggerunkan.
Wajah si Raja kembali serius sehinggalah jejaka terakhir berada betul-betul sebaris dengan yang lain. Dengan baju besi mereka, mereka turun menghadap Raja.
"Ampun Tuanku. Kami dari Kerajaan DNA datang menghadap." Salah seorang dari 12 Knight itu membuka bicara.
Muka serius Raja dikekalkan walaupun hatinya bergocak ingin senyum dan bertanyakan lebih lanjut tentang sepupunya yang merupakan seorang Raja di Kerajaan DNA.
"Bangun." Arah si Raja. Matanya melirik sekilas ke arah puteri-puterinya yang saling berbisik sehingga menganggu acara rasmi mereka.
"Ehem!" Si Raja berdehem perlahan namun para puterinya masih lagi berbisik sesama sendiri kecuali Puteri Bongsunya yang diam tidak berkutik sedari tadi.
Melihatkan hal itu, Raja menghentak mejanya bagi meraih perhatian puterinya-puterinya yang becok itu. Bunyi hentakan meja bergema di segenap Balairung Istana sekaligus mematikan setiap bunyi yang ada.
"Beta mahu puteri-puteri Beta memilih Knight masing-masing." Suara si Raja lembut namun masih terselit aura tegasnya.
Para puteri saling bertolak-tolakkan kerana mahu memilih Knight mereka. Isyarat tangan dari Raja memberhentikan tindak-tanduk mereka.
Naik pening Raja mengawal puteri-puterinya yang sudah menginjak dewasa.
"Beta mahu Puteri Bongsu beta, Han Seon Woo memilih Knight terlebih dahulu. Puteri-puteri Beta yang lain sila berundur setapak ke belakang." Mendengar arahan dari Si Raja, mereka bergerak mengikut arahan dengan wajah mencuka.
Puteri Han Seon Woo bergerak perlahan ke arah Knight yang ada. Satu persatu topeng besi dibuka oleh si puteri dan mempamerkan wajah tampan milik kesemua Knight.
Wajah dingin Puteri Seon Woo berbeza dari puteri-puteri lain yang terang-terang teruja dengan wajah tampan mereka.
Puteri yang lain merangkap unnie-unnie kepada Seon Woo sudah mula mencopkan Knight masing-masing. Perangai mereka saling tak tumpah seperti mencari calon suami.
Tapi tidak bagi Seon Woo. Keluhan demi keluhan dilepaskan. Tiada seorang pun lagi yang menarik hatinya. Tatkala topeng Knight terakhir dibuka barulah secalit senyuman singgah di bibirnya.
YOU ARE READING
My Lovely Knight
Romance"I have a knight. He protect me with love." "I lied to my princess. But when I say I love her, it's true." Siapa sangka kisah percintaan di antara puteri diraja dan knight masing-masing membawa kepada satu malapetaka. Malapetaka yang dalangnya dari...