Sara dan Sehun tiba di sebuah bilik besar yang menempatkan berbagai jenis aiskrim dan topping aiskrim yang wujud di muka bumi ini.
Sara memapah Sehun sehingga sampai di sebuah kerusi lembut berwarna kelabu.
"Knight Sehun nak aiskrim apa?" Soal Sara dengan muka nafas tercungap-cungap.
Penat doh angkat habang Sehun yang gedabak besarnya tu.
Knight Sehun tergelak kecil saat wajah Puteri Sara yang berkerut itu ditatapnya. Puteri Sara kelihatan lebih cantik begitu.
"Takpe. Patik tak nak makan. Tuan puteri je la makan." Knight Sehun menolak lembut pelawaan Puteri Sara itu. Tidak terlintas di fikirannya walau sedetik untuk mengambil kesempatan.
Puteri Sara tersenyum kecil. Rasa membahang seluruh muka tatkala mata bundar Knight Sehun menatap tepat ke matanya.
Gelak ketawa kedengaran dari arah dalam. Suara yang tidak asing lagi bagi Puteri Sara dan Knight Sehun.
"Ehem!" Suara Puteri Sara berdehem mengejutkan kedua-dua mempelai di situ.
Terkejut beruk mereka berdua tatkala moment mereka diganggu gugat oleh pendatang tanpa izin eh beruk tanpa izin.
"Amboi, seronoknya korang." Tegur Puteri Sara dengan senyum sinisnya. Tidak akan dilepaskan peluang menyakat sekiranya muncul menyerah diri depan mata.
Knight Tao menggosok-gosok belakang tengkuknya tatkala pandangan tajam dari Knight Sehun menembusi matanya. Umur tidak dikira dalam protokal mereka.
"Unnie!!! Buat apa sini??!" Puteri Ara menayang muka monyoknya tatkala diganggu. Aiskrim yang kian mencair dibiarkan sahaja.
Makin melebar sengihan sinis milik Puteri Sara. Penat lelahnya tadi bagai tidak wujud tika itu. Kepalanya hanya dipenuhi dengan pelbagai jenis kata-kata sinis buat si adik terchenta.
"Unnie..." Membulat mata Puteri Sara apabila lengannya ditarik oleh Knight Sehun. Wajah kemenangan yang terpamer di muka Puteri Ara menambah panas di hati Puteri Sara.
Memuncung mulutnya seraya kaki setia membontoti langkah kaki panjang milik Knight Sehun. Kalau diikutkan hati mahu sahaja telinga Knight Sehun dipulas biar sejenis dengan telinga Knight Yeol.
Pada tika itu juga sepasang mata yang sama masih memerhati namun tarikannya sekarang terarah kepada Knight Tao dan Puteri Ara. Tajam mata melihat adegan mesra mereka berdua.
"Puteri Ara tambahlah topping untuk aiskrim tu. Nampak kosong la." Adu Knight Tao apabila kon aiskrim milik Puteri Ara hanya dipenuhi dengan aiskrim.
Laju Puteri Ara menggeleng.
"Beta lebih gemarkan aiskrim kosong." Senyuman manis dilemparkan kepada Knight Tao. Lesung pipit di pipi tidak jemu menampakkan diri membuat sesiapa sahaja yang melihat turut tersenyum.
Namun, sekiranya perangai sebenar Puteri Ara keluar, pasti tergelak besar Knight Tao. Puteri Ara seorang yang ceria bahkan dia tidak suka bersedih walaupun dia terluka dan mempunyai satu tabiat pelik.
Selain melukis, menyanyi dan menari tarian pelik, hobinya juga menghiburkan hati mereka yang berada di dekatnya. Tidak akan ada sekelumit rasa benci pada Puteri Ara.
Knight Tao hilang kata-kata. Mati akal ingin terus berbual dengan Puteri Ara. Sekiranya diberi peluang bersuara, dia akan menyuarakan hasrat hatinya namun protokal yang ketat harus dituruti walau hati tersakiti.
Sudahnya sunyi sepi stor aiskrim selama 5 minit. Masa yang paling lama dalam sejarah Puteri Ara tidak bersuara. Malu mungkin.
"Knight..."

ANDA SEDANG MEMBACA
My Lovely Knight
Romance"I have a knight. He protect me with love." "I lied to my princess. But when I say I love her, it's true." Siapa sangka kisah percintaan di antara puteri diraja dan knight masing-masing membawa kepada satu malapetaka. Malapetaka yang dalangnya dari...