Serial Killer

64 20 48
                                    

Namun disebalik gelak tawa adik beradik itu, hadir satu ketidakpuasan dalam hati salah seorang puteri. Siapakah dia?

"Unnie. Jom tidur. Hyera dah ngantuklah." Hujung baju tidur Hye Jong ditarik oleh Hyera.

Hyera menggosok perlahan matanya yang bundar bagi memberikan effect mengantuk tahap gorila.

'Sebenarnya tak ngantuk lagi tapi nak jumpa Knight Chen esok kena lawa seratus peratus.' Desis hati Hyera. Sandiwara mengantuknya menjadi tatkala Hye Jong bersuara mengarahkan yang lain tidur.

"Okey. Korang semua pergi tidur. Dah lewat malam ni. Sara pergi cuci muka tu dulu sebelum masuk tidur."

"Tadi Hana mekapkan Sara kan? Kalau tak cuci muka nanti muka rosak Knight Sehun tak pandang dah." Sengihan lebar Sulmin membuatkan muka Sara masam mencuka.

"Fine. Sara pergi cuci muka dulu. Sulmin teman aku jom." Tangan Sulmin ditarik namun Sulmin berkeras tidak mahu bergerak dari tempatnya.

Mulut Sulmin bergerak namun suaranya sengaja tidak dikeluarkan.

'Ajak Hyera.' Sara tersenyum dan mengangguk faham.

"Hyera jom teman unnie pergi tandas." Tangan Hyera pula ditarik. Hyera menurut langkah Sara ke tandas.

"Hyera tadi kata mengantuk. Dah tidur. Biar Hye Jong unnie yang temankan Sara pergi tandas." Yaa Naa menegur Hyera yang tinggal setapak lagi menuju ke pintu keluar bilik mereka.

Hyera membuat simbol peace dan mengambil tempat tidurnya. Hye Jong dan Sara sudah bergerak ke tandas. Tinggallah sepuluh orang puteri di dalam bilik itu.

Hakikat sebenarnya mereka mempunyai bilik masing-masing namun sudah lama mereka tidur bersama selepas kejadian itu. Kejadian yang mengakibatkan mereka diberikan Knight.

"Esok semua dah kena tidur bilik sendiri. Risau unnie. Dah lama tak tidur asing-asing." Keluhan kecil dilepaskan oleh Yaa Naa. Satu persatu wajah adik-adiknya ditoleh sekilas.

Yerim memegang erat tangan Yaa Naa seakan memberi sumber kekuatan kepada Yaa Naa. Melihat perkara itu, Lim Seul, Sulmin, Hyera, Hana, Areum, Soo, Ara dan Seon Woo juga turut memegang erat tangan Yaa Naa.

Air mata keluar perlahan-lahan dari tubir mata mereka. Kejadian sepuluh tahun dulu masih segar dalam ingatan walaupun pada ketika itu mereka masih berusia belasan tahun dan Seon Woo baru berusia 7 tahun.

Mayat eomma pertama dipanggang tanpa belas kasihan. Paling mengerikan bola matanya tidak lagi berada di soketnya malahan sudah dijadikan jus.

Sampai ke hari ini mereka masih mencari dalang disebalik segala kengerian yang berlaku di istana. Sudah berpuluh pengawal diatur bagi menjaga keamanan istana namun tetap sahaja ada kematian yang berlaku.

Setiap kematian itu penuh dengan misteri dan tanpa bahan bukti yang kukuh. Pada mulanya mereka mengesyaki para dayang-dayang istana namun tiada tanda-tanda dayang-dayang istana terlibat.

Kali kedua mereka mengesyaki pengawal yang berjaga namun tetap tiada bukti. Dan kali ketiga para pekerja istana mengesyaki para puteri namun tetap juga perkara itu sekadar tuduhan yang menyinggah di bibir.

Sejak itu Raja menjadi fobia dan menetapkan para puterinya tidur bersama sehingga Puteri Seon Woo menginjak usia 17 tahun.

Selama sepuluh tahun beberapa kematian dan kecederaan fizikal berlaku di Istana namun nasib menyebelahi para puteri kerana mereka tidak cedera.

Oleh sebab itu, pekerja-pekerja istana menuduh puteri-puteri itu sendiri yang melakukan kekecohan.

Lama mereka melayan perasaan masing-masing. Rasa ngeri menyinggah seketika di tulang belulang mereka. Gelak tawa dan gurauan tadi hilang ditiup bayu malam.

My Lovely KnightWhere stories live. Discover now