"Sayanggg!!!!" jeritku setelah sedar dari mimpi yang mengerikan itu. Pengalaman lepas menjadi igauan buatku setelah peristiwa 5 tahun yang lepas. Peristiwa ini akan hadir disetiap mimpi ku tatkala aku tidur walaupon di mana aku berada.
Badanku berpeluh sakan. Aku bingkas bangun dari pembaringan lalu pergi ke dapur demi mendapatkan air untuk membasahkan tekakku yang kering. Setelah selesai, aku masuk ke dalam bilikku semula terus menukarkan baju kerana baju tadi sudah basah dek peluh sakanku tadi. Agak tidak selesa untuk tidur semula dalam keadaan begini.
Beginilah rutin harian tatkala malam menjelma, mimpi itu akan datang menerpa setelah mataku tertutup.
"haihhhh" aku mengeluh. "kat mana kau sekarang sayang".
5 tahun lepas.....
Langkah kakiku masuk ke pintu gerbang kolej swasta sambil menikmati pemandangan kolej tersebut. Ramai yang ingin mendaftar agaknya sebab aku lihat ramai yang datang diiringi keluarga masing2. Lupa nak kenalkan diri aku. Namaku adalah faris. Nama penuhku adalah Muhammad Faris Bin Abdul Jalil. Sedapkan nama aku?. Arwah ayah aku yang bagi nama tu. Fyi, aku ni adalah anak yatim yang tak ada sedara mara sebab ayah ngan mama aku adalah anak tunggal. Aku dibesarkan atas usaha aku sendiri. Ayah ngan mama aku meninggalkan aku sewaktu aku di tingkatan 4 lagi akibat daripada kemalangan yang meragut nyawa mereka. Setelah itu aku menanggung diriku sendiri atas usaha aku sendiri.
Jenis aku memang tak suka menyusahkan sesiapa. Dari kecil lagi ayah dan mama dah didik aku untuk berdikari. Keluarga aku jenis orang susah. Kami ni semua orang kampung je. Setelah pemergian mereka, pada mulanya aku memang tak boleh terima hakikat. Nasib ada jiran sebelah aku yang menenangkan aku dan menyedarkan aku bahawa hidup ini adalah sebuah pinjaman. Aku harus redha dengan takdir. Sekolah aku pada waktu pagi je. Petang aku akan bekerja di gerai Pak Samad. Gaji yang diberikan agak lumayan berbaloi lar juga dengan kerja aku semacam buruh. Jaga kedai, angkat barang semua. Kedai Pak Samad ni agak besar sebab dalam kampung aku ni, Hanya kedai Pak Samad saja yang ada. Sebab tu kedai ni boleh maju. Jenis Pak Samad ni pula orang nya pemurah sebab tu dia boleh bagi gaji tinggi kat aku. Sebab dia tahu yang aku masih bersekolah dan perlu tangungan untuk meneruskan hidup. Lepas je habis sekolah terus pergi ke kedai Pak Samad untuk bekerja. Jangan terkejut kalau aku ni pekerja kesayangan dia. Hahaha. Dia dah anggap aku ni macam anak dia dan aku dah anggap dia macam ayah aku sendiri.
Sekarang aku sudah melangkah masuk ke kolej swata. Walaupon swasta, aku merelakan sahaja sebab minat aku dalam bidang perubatan. Walaupon aku tidak mendapat keputusan yang memuaskan hanya sekadar cukup makan, aku masih nak masuk dalam bidang ini. Bukan aku tidak terima mana universiti awam, tetapi jurusan yang aku dapat adalah diluar bidang yang aku minati.
Aku lihat ramai yang datang dengan keluarga. Tapi bagi aku walaupon tiada keluarga yang iringi aku untuk masuk ke kolej ini. Aku harus redha. Aku datang sendirian menaiki teksi yang hanya mengenakan tambang RM20 dari stesen bas. Apa boleh buat, aku harus menguruskan sendiri segala proses kemasukan aku ke dalam kolej ini. Dengan bantuan PTPTN, untuk membayar yuran pengajian aku selama 3 tahun ini.
"Salam, nama siapa?" sapa seorang lelaki. Badannya tegap lean je. Aku agak terkejut apabila ditegur.
"Nama saya Muhammad Faris bin Abdul Jalil. Panggil Faris je." Jawab aku.
Aku lihat tag yang tergantung pada lehernya bertulis 'fasilitator' dan 'Kamal'. Perkataan 'Kamal' itu ditulis dengan pen marker.
"Nama kau Kamal ea?" tanya aku meminta kepastian. Yelar mana tahu dia pakai tag orang lain ke kan.
"Dah nampak kan. So jangan tanya lagi" aku tercengang mendengar perkataan dia. Berlagak sey. Bukan aku yang tegur dia, dia yang tetiba datang nak tegur aku.
"hahaha. Sorry. Aku pulak yang cakap macam tu padahal aku yang tegur kau." Aku tercengang lagi. Dia boleh baca pemikiran aku ke?
"dah tak yah buat muka macam tu. Aku bukan boleh telapati orang" cakap kamal membuat aku lagi tercengang. Psycho wei dia ni. Seram pulak aku. Padehal baru kenal.
"tutup mulut tu. Nanti masuk lalat. Btw, kau budak baru kan? Amek course ape? Dah daftar"
Terus aku tutup mulut akibat dari melopong sebab tercengang tadi.
"aah baru lagi, amek course farmasi, dah daftar dah tadi. Ni nak otw pegi dewan ada taklimat"
Selesai sahaja taklimat, aku dibawa Kamal pergi ke asrama. Dalam bilik asrama ni, ada 4 bilik dan 2 bilik air. Satu bilik tu aku rasa master room, sebab bilik nya yang besar. Di situ ada 3 katil double decker. So, bilik tu boleh menempatkan 6 orang pelajar. Aku merasa lega apabila aku ditempatkan di bilik kecil sedikit. Bilik aku ni hanya boleh muat dengan 1 katil double decker je. Aku sampai sahaja, aku lihat bilik ini masih tiada penghuni. Segala barang seperti cadar dan dalam almari adalah kosong. Aku memilih untuk mengambil katil bawah memandangkan tiada yang memilihnya lagi. Kamal telah pergi setelah hantar aku sampai di asrama. Dah macam sekolah dah bila aku sebut asrama ni. Ni kolej tau bukan sekolah. Swasta lagi. Walaupon mahal, aku sudah bertekat untuk meneruskan niatku dalam mencapai cita2 aku sendiri.
"Dah siap kemas? Jom kita cari makan. Lapar dah ni." Tegur Kamal datang secara tiba2 membuat aku terkejut sedikit.
"dah siap dah. Jom la. Lapar gak ni."
"tapi kita nak makan kat mana?" tanya aku.
"kita makan kat luar lar. Petang2 macam ni cafe dah tutup."jawap Kamal.
"aku tak ada transport wei." Aku memberitahu Kamal sebab sememangnya aku tak ada kenderaan nak keluar mana2. Hidup sendirian beginilah lumrah kan. Tambah lagi aku ni berasal dari anak kampung je.
"cerita kau macam kau dah kenal aku lama. Ofcoz lar naik kereta aku. Aku tengok kau datang tadi pon naik teksi je. Tapi kita bukan pergi berdua je tau. Member2 aku yang lain pon ada sekali." Jawab Kamal dengan panjang lebar. Ok. Aku terdiam kejap.
"bilik kau ni tak ada orang lain ke?" tanya dia lagi.
"entah lar. Dah petang macam ni tak ada orang yang datang masuk. Tak ada orang lar kot."
Setelah siap aku kemas sikit. Aku membuat keputusan untuk tinggalkan sekejap sebab sememangnya aku sudah lapar tahap dewa dah.
Aku turun kebawah mengikuti langkah Kamal. Walupon aku masih betul kenal Kamal ni lagi, hati aku kuat menyatakan dia ni orang nya baik walaupon siang tadi agak terserlah lagaknya tatkala menegur aku tadi. Sampai sahaja kebawah, aku dibawa ke sebuah kereta BMW 5X. tu yang aku nampak lar kat belakang kalau tak silap aku lar. Bapak kaya dia ni. Bukan kereta ni mahal gila ke?. Aku masuk ke dalam kereta dengan hati yang berat. Segan bak hang. 1st time jugak aku naik kereta ni. Berat kaki aku melangkah. Aku menjadi segan dengan Kamal. Aku kan budak kampong je. Kami berdua hanya diam tak berkata.
"btw, nama penuh aku Muhammad Kamal bin asri. Panggil Kamal je. Jangan tanya aku amek course apa." Pernyataan Kamal itu membuat aku terdiam.
Sampai sahaja, aku keluar dari perut kereta BMW milik Kamal tadi. Kamal membawa aku pergi ke satu meja. Sudah ada beberapa orang di meja tersebut. Kamal mengenalkan aku kepada mereka dan mereka kepada aku. Seingat aku mereka namanya Saiful, Harith, Safwan dan Hafiz. Aku hanya tersenyum lalu duduk sahaja. Aku hanya menyerahkan buku senarai tempahan makanan kepada Kamal untuk dia tempahkan aku makanan.
"aku tak tau nak order apa?. Jadi kau order kan aku sekali yer." Pinta aku sambil membuat muka kasihan. Habis canggung aku kat sini. Mana penah makan kat restoren mewah macam ni. Selalu kat kedai tepi jalan je.
Bersambungg......
**baru 1st chapter, so buat pendek2 dulu lar.... lagipon keje tak mengizinkan lar.... hahaha....
**hope korang enjoy k.... be positive with positive thinking....
**see you next chapter.... xsedap jangan marah k.....
YOU ARE READING
Perjalananku..
RandomKisah perjalanan hidup seorang aku yang bernama Faris yang telah kehilangan ibu bapa dan tiada keluarga disampingnya. kedatangan Kamal banyak mengajarnya erti kehidupan. cerita ini berunsur boyxboy k.... dah warning awal2 nih.... jangan nanti kene k...