Suasana aku dengan Kamal agak tegang lagi tadi. Masing-masing tidak mengeluarkan sepatah perkataan sedari tadi. Kamal yang hanya memainkan handphonenya, sementara aku masih menunduk kebawah menahan malu. Sesekali aku pandang wajah Kamal. Tanpa ada rasa penyesalan atau memalukan di raut wajahnya. Sedang aku dengan seribu penyesalan sebab dah buat perjanjian bodoh dengan dia.
"Maaf encik, ini menu kami." Seorang pelayan restoren yang datang memecahkan keheningan kami.
Kamal lansung menempah makanan untuknya serta untuk aku juga memandangkan aku masih menunduk tanpa menyentuh buku menu yang ada di atas meja. Bagi sesiapa yang pernah datang ke restoren mewah, buku menu akan diberikan kepada setiap orang dalam satu meja.
"kenapa senyap?" tanya Kamal.
"huh!!" aku terkejut apabila Kamal menyoal memecahkan keheningan kami.
"ke... ke... kenapa a..abang bu..buat ma.. macam tuh?" tanya aku gagap.
"ehh... dah dia cabar abang... Faris yang cabar abang... abang seorang yang pantang dicabar"
"ta.. tapi ke.. kenapa?" "sa.. sayakan le.. lelaki."
"every thing has a price. You think what i did, its for fucking purpose only. Offcourse i did for that price. You give that price and i want that price."
Aku tergamam. Aku lelaki larrr. Malu wei. Kau nak aku jawab apa?. Semua dah berlaku. Dan aku sendiri yang memulakannya. Jadi, kekesalan itu berpunca dari aku sendiri. Aku harap dia boleh lupakan janji tu. Tapi memandangkan pernyataan dia tadi, nampak gaya aku harus bersedia menghadapinya nanti. Aku gugup. Jangan dia cium aku kat sini sudah.
Tempahan kami sampai. Aku masih tergamam. Badan aku merasa seram sejuk lagi tadi. Kamal yang memulakan makan makanan yang terhidang. Aku hanya makan sedikit sebab aku dah makankan dengan Naz tadi. Patut tadi aku makan sikit tapi aku boleh melantak kedarah sebab kelaparan aku menguasai diri aku sendiri. Kesudahannya, aku hanya boleh makan sikit sahaja dengan Kamal. Walaupun makanannya sedap, tapi perut aku dah tak boleh nak menampung makanan lagi untuk di isi. Siap makan kami terus keluar dari restoren tadi. Kali ini kami berjalan macam biasa. Tak ada jalan itik lagi. Kalau Kamal nak buat macam tu tadi, alamatnya aku harus membuka langkah 1k. hahaha.
Masuk sahaja kereta, terus berjalan membelah jalan. Aku tak tahu Kamal nak pergi mana, tapi yang aku pasti dia bukan jalan yang kami lalui tadi. Sampai satu kawasan yang agak gelap, Kamal park kereta dia then keluar. Kawasan yang agak sunyi. Aku takut untuk keluar. Kamal yang melihat aku terus masuk semula ke dalam kereta.
"kenapa tak keluar. Tak nak keluar?"tanya Kamal hairan.
Aku masih diam. Mengambil kekuatan akhirnya aku bersuara.
"buat apa ki.. kita kat si.. sini?"tanya aku masih gagap.
"untuk mendapat tebusan ganjaran dalam cabaran tadi semestinya. Abang tak akan minta kat asrama. Buatnya nanti ada orang tengok mampus kita. Remember, we still in Malaysia."
Aku terdiam.
"abang tak akan buat macam2 kan?" tanya aku ketakutan.
"hahaha.. sayang.. don't worry.. i don't want to hurt you.. until you'll be ready.. but the price must be collect.. but now abang tak tahan.. i just want that price..?" aku tergamam. Dia panggil aku SAYANG!!!!
"sekarang ke?" "kalau kita lupakan tak boleh ke.. dan saya lelaki.. abang pun lelaki.. abang kenapa nak sangat price tu?" tanya aku sambil memberi penyataan yang hakiki. Tak mungkin dia nak cium aku.
YOU ARE READING
Perjalananku..
SonstigesKisah perjalanan hidup seorang aku yang bernama Faris yang telah kehilangan ibu bapa dan tiada keluarga disampingnya. kedatangan Kamal banyak mengajarnya erti kehidupan. cerita ini berunsur boyxboy k.... dah warning awal2 nih.... jangan nanti kene k...