Naz membawaku ke sebuah restoren cafe. Masuk sahaja melangkahkan kaki aku ke dalam restoren ini, aku tergamam. Mataku melilau memerhatikan rupa dan bentuk dekorasi yang telah di buat menjadikan restoren ini menarik malah menenangkan. Aku melirikkan mataku menghadap Naz.
"kau kenapa pandang aku macam tu?" tanya Naz.
"kau biar betul wei? Kau masih siuman kan? Belum gile lagi kan? Ni restoren mahal ni wei."
"kenapa kalau restoren mahal?"
"aku bukan ada duit lar nak bayar semua ni. Kau ni ada duit ke nak belanja aku ni?"
"ada lar. Kan aku yang belanja kau. Kau tak yah lah nak over sangat. Bukan kau yang belanja aku pon. Kalau aku tak ada duit, buat apa aku bawak kau kat sini?" pernyataan Naz buat aku terdiam.
Seorang lagi orang kaya yang aku jumpa. Mungkin sebab aku masuk kolej swasta. Jadinya mesti ramai orang kaya yang masuk kolej ni kan.
Naz membawaku ke satu meja bulat besar. Saiznya boleh memuatkan satu keluarga besar. Ditengah meja tersebut terdapat papan bulat lut sinar yang boleh dipusingkan secara manual. Aku rasa tujuan papan tersebut adalah memudahkan pengambilan makanan yang akan dihidangkan. Aku tercengang sekejap melihat suasana mewah ini. Belum pernah lagi dalam hidup aku makan di restoren mewah macam ini.
"Naz, restoren ni halal ke wei? Dah macam restoren cina je wei?" tanyaku.
"memang pon restoren cina" aku melopong dengan pernyataan Naz.
"kau biar betul wei? Seburuk buruk aku pon belum pernah lagi dalam hidup aku makan makanan haram wei." Tegas aku pada Naz. Naz hanya ketawa melihat telatah aku.
"kau ni comel lar aku tengok." Ucap Naz. Tercengang aku.
"aku nak tanya sikit boleh?" Naz terdiam memandang aku.
"tanya lah." Jawabnya.
"sejak bila kau jadi bangang yang amat ni? Atau kau memang dilahirkan bangang sejak lahir?" penangan aku pada Naz. Sebijik aku bagi kau Naz.
"sebangang aku ni pon dapat gak lar stright A's dalam SPM haritu tau" bidas Naz. Aku kena balik perkataan aku sendiri. Aku SPM pon cukup makan je lar wei. Huhuhuhu. Aku terdiam.
'jangan harap aku nak makan makanan haram nih' omelku dalam hati. Naz melihat tingkah aku menjadi serba salah.
"restoren ni memang restoren cina. Tapi cina muslim. So memang halal. Dalam ni pon tak ada daging haram tu. Daging haram yang kat tu je yang ada sekarang ni. Nak je aku makan tapi....." cakap Naz sambil menjuihkan mulut dia kat celah kangkang aku. Aku melihat arah itu. Lepas sahaja aku perasan yang Naz tunjukan itu menunjukkan kemaluan aku, mukaku memerah.
"jangan harap. Dalam mimpi pon jangan pernah" tegasku pada Naz. Perangai Naz sekarang membuatku stress. Sudahnya aku makan sampai habis makanan yang Naz tempah. Licin habis aku kerjakan. Lupa ker yang aku tak makan tengah hari tadi. Dah kekenyangan, baru aku teringat dengan Kamal.
"aduhai"keluh aku.
"kau kenapa?"
"tadi sir Kamal ajak aku keluar malam ni pukul 9 lar"
"aduh kau ni kan dah tau kau date dengan aku sekarang."
"yerr.... bukan aku janji dengan dia tapi dia yang tetiba cakap aku yang janji dengan dia. Ntah bila pon aku tak tau"
"aduh kau ni. Dah jom. Nanti kau jugak yang kena dengan sir Kamal nanti." Arah Naz segera bangun menarik tangan aku menuju ke motor dia.
Sekali lagi aku memeluk dia sambil peluk badan dia masa motor Naz berjalan laju atas jalan menuju ke asrama. Naz kalau bawa motor mesti dia nak laju. Aku harap tak jadi apa-apa dalam perjalanan ni.
YOU ARE READING
Perjalananku..
RandomKisah perjalanan hidup seorang aku yang bernama Faris yang telah kehilangan ibu bapa dan tiada keluarga disampingnya. kedatangan Kamal banyak mengajarnya erti kehidupan. cerita ini berunsur boyxboy k.... dah warning awal2 nih.... jangan nanti kene k...