Bahagian 8

982 16 3
                                    

Bahagian ini agak panjang.... semoga puas semua membacanya.... ada adegan 18sx sikit.... korang baca baru korang tahu 18sx nye macam mana.... tak suka tutup mata jangan baca ok.... baca yang tak ada adegan tu sahaja ok.... hope korang enjoy.... & hope korang tak kecewa ok....


BAHAGIAN 8



"boleh saya tinggal disini terus?" tulis aku kat dalam buku tersebut. Aku lihat wajah mereka terus berubah mencuka apabila aku menunjukkan buku pemberian Cik Nah tersebut.

"kenapa kamu nak tinggal sini? Mak dan bapak kamu pasti risau keadaan kamu kalau kamu tak balik. Pak cik rasa baik kamu balik. Kesian kat mak bapak kamu."ujar Cik Mat.

Aku terus menuliskan sesuatu kedalam buku kemudian menunjukkan kepada Cik Mat dan Cik Nah.

"saya dah tak ada mak bapak. Saya anak yatim piatu. Kalau boleh saya mohon benarkan saya tinggal disini buat sementara waktu. Saya hanya perlu beberapa hari disini. Saya tak mau balik ke kolej."

"kamu masih belajarkan? Pak cik yakin pasti ada kawan-kawan kamu yang risau tentang kamu. Kamu balik la nak. Kami ni bukan siapa-siapa. Kami hanya orang miskin nak. Tak ada harta pon. Kamu balik la nak."ucap pak cik dengan lembut.

Aku terus menulis kembali. "saya tak ada kawan." Terus aku tunjukkan kepada mereka.

"saya faham. Terima kasih sebab telah menyelamatkan saya dekat pantai tu. Saya minta maaf atas apa yang saya minta yang tak sepatutnya saya utarakan. Terima kasih atas makanan pagi ni. Sekejap lagi saya pulang." Tulis aku kemudian menunjukkan kepada mereka. Kepala aku menunduk sedih.

Dengan berat aku mengangkat kepala aku dan cuba memberikan senyuman yang manis kepada mereka. Wajah mereka terlihat risau sekali. Namun aku masih cuba memberikan senyuman supaya mereka tak risau.

"dah-dah. Kamu makan dulu sarapannya. Dah nak sejuk dah sarapan tu." Cik Nah.

Aku terus melahap makanan tersebut. Sebenarnya semalam aku tak makan satu makanan sekalipun disebabkan peristiwa pahit yang membawa aku ke pantai dan berteleku disana sehingga larut malam. Sampailah aku dijumpai oleh Cik Mat dan membawa aku pulang. Al-hasilnya, aku kelaparan pagi ini.

Selesai makan, aku terus menuju ke bilik dan berkurung disana. Dibalik tingkap nako, aku dapat lihat Cik Mat sudah keluar dengan parang diikat dipinggang menaiki basikalnya. Dan aku dapat lihat juga Cik Nah sedang berkebun sayur di sisi kawasan rumah ini. Aku fikir, aku harus keluar dari rumah ini tanpa pengetahuan mereka. Aku tak mahu mereka melihat aku sedih. Aku malu dengan diri sendiri. Aku tukar semula pakaian aku dengan pakaian aku semalam milik aku sendiri. Walaupon pakaian itu sebenarnya belum dicuci, tapi aku memakainya juga. Aku tak mahu menyusahkan Cik Mat dan Cik Nah. Pakaian yang tadi pagi ku tukar dan lipat lalu meletakkannya di atas katil. Buku tulisan aku ambil dan menuliskan sesuatu.

"terima kasih sudah merawat saya, saya tahu saya tak layak untuk tinggal bersama Pak Cik Mat dan Mak Cik Nah. Saya berterima kasih atas pemberian semua. Pakaian ini saya minta maaf, saya tak sempat untuk cuci. Halalkan makanan yang diberi. Saya pergi dulu. Maaf tidak berjumpa dengan pak cik dan mak cik berdua sebelum pemergian saya. Saya tak akan lupa jasa baik yang pakcik berikan. Saya tak lupakan pak cik dan mak cik. Terima kasih dan maaf atas sikap saya kepada pak cik dan mak cik."

Aku lipat buku tersebut membiarkan tulisan aku terdedah. Meletakkan buku dan pen pemberian mereka di atas baju tersebut. Aku terus keluar seperti mengendap, tidak mahu mereka perasan dan terus lari keluar. Hasilnya aku berjaya keluar. Aku berjalan seorang diri menyusuri jalan kampung tersebut sehingga akhirnya aku sampai di kawasan bandar. Berjalan tanpa tujuan. Tanpa memperdulikan kaadaan sekeliling. Aku umpama anak gelandangan di kawasan tersebut. Aku tak mahu pulang selagi hati aku masih sakit atas peristiwa Kamal dan Naz. Aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu atas apa-apa info tentang mereka berdua. Aku amat sakit dek kerana perbuatan mereka. Aku lelah dan aku penat dengan permainan dunia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 29, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Perjalananku..Where stories live. Discover now