#enjoy
CHAPTER 7
Sekarang dah 6 bulan selepas kejadian dalam bilik dulu. Orang itu nangis macam budak kecik sambil peluk aku. Kalau budak kecik yang masih berumur bawah 5 tahun mungkin aku boleh bersayang busuk bagi dia tak nangis, malangnya, budak yang nangis dulu dah umur tua pon. Pada pendapat semua la kan, apa yang aku patut buat untuk suruh dia diam. Nak babap buntut dia, aku rasa kejap lagi aku yang kene babap. Dah lupakan kisah tu.
Sekarang aku rasa aku dah boleh terima dia walaupon aku rasa masih was-was dengan dia. Dia orang kaya woiii... remember that... he can do anything he want with money... tapi Kamal tak macam itu. I know that. Yakin jela dalam hati. Esok hari minggu, aku ada date dengan Kamal. Aku tak tahu lah mana dia nak bawak aku nanti. Tapi dia ada cakap dengan aku yang dia nak bawak aku satu event party kat mana dia tak ada cakap dengan aku. Aku tengok jam kat dinding dah pukul 11, lebih baik aku tidur. Oh lupa nak bagitau, Naz balik kampung dia sebab mak dia masih sakit. Biasalah sakit tua, kene perhatian lebih. Bagus Naz aku bangga ada roommate anak mommy macam kau Naz. Jadi, malam ini aku forever alone. Night.
8.00 a.m.
Aku dah bersiap sebab Kamal call aku cakap nak datang pagi. Tapi dia tak ada pulak cakap dia nak datang pukul berapa. Aku pon diam jela, malas nak tanya banyak kali. Dia cuma bagitahu aku dia ada hal kat kolej sahaja. Aku masih diam menunggu sambil tengok movie. Cerita hantu Thailand. Seram komedi.
Layan punya layan dah pukul 11, Kamal masih tak jemput aku. Aku cuba call dia tak jawab. Dia cakap dia ada hal kat kolej. Jadi aku decide untuk pergi kolej je naik teksi.
'Salam Kamal, saya akan pegi kolej tunggu kat sana jer. Nanti boleh terus gerak. Tak susah nak jemput kat hostel.' SMS aku kepada Kamal.
Masih tiada jawapan.
Aku terus cari uber untuk pergi kolej. Uber cakap dia akan sampai dalam 15 minit. Aku jawab ok then aku tunggu. Sampai uber terus naik menuju ke kolej.
Sampai kolej, kolej lengang. Hari cuti kan. Aku tak balik sebab malas. Aku kan sekarang sebatang kara. Hahaha. Datang kolej ni pon atas biasiswa.
Langkah kaki aku terus berjalan menuju ke bilik Kamal. Sampai pintu aku terus buka pintunya. Tak berkunci, pasti Kamal ada kat dalam. Selalu aku ketuk dulu pintunya, tapi kali ini aku nak buat suprise sikit. Terus bukak and say...
"suuppprriiiiseeeee....." mata aku terus terbuntang. Aku dapat lihat pemandangan yang aku sendiri tak sangka. Aku tercengang. Tangan aku terus tutup mulut aku yang sedikit menganga. Aku tak sangka Kamal merupakan penipu besar. Selepas susah payah aku nak terima dia sebahagian dalam hati aku. Malangnya apa yang aku lihat sekarang di depan mata aku tak melambangkan apa yang aku yakin selama ini. Iaitu Kamal sayang kan aku, Kamal cintakan aku. Aku terus keluar tutup pintu tersebut. Pada mulanya aku berjalan, kemudian lari anak, then terus berlari sekuat hati sebab nak lepaskan geram aku pada Kamal.
"aku tak seharusnya terima dia"kataku dalam hati. Aku terus berlari dan berlari. Kau tahu apa yang aku lihat dalam bilik tadi. Kamal dan Naz sedang berpelukan sambil bercium. Naz hanya memakai boxer manakala Kamal hanya tidak memakai baju. Kau rasa apa yang mereka lakukan dalam bilik tu. Aku tak sangka sahabat karib aku buat aku macam ni. Segala kepercayaan aku padanya hilang 100% terutama sekali kepada Kamal. Aku tak tahu aku nak pergi kemana. Ke Kolej pasti bertemu mereka, balik hostel pon jumpa mereka. Balik kampung bukan pilihan yang bagus. Sebab aku tak mahu mereka mencari aku atas rasa bersalah mereka. Aku harus ke tempat lain. Tapi aku sendiri tak pasti.
Alhasilnya aku sampai ke sebuah pantai yang aku sendiri tak tahu kat mana. Sampai pantai aku hanya duduk di sebatang pokok tumbang. Masih menampung badan aku ok. Aku bukan berat sangat. Duduk termenung jauh, memikirkan nasib aku yang dikhianati. Sepanjang perjalanan aku ke sini, setitis air mata sekalipun tak tumpah. Tapi bila dah duduk sini, fikiran aku menjauh. Setitis demi setitis air mata aku tumpah. Lama aku menjadi raung. Aku tak tahu nak lepaskan kat siapa memandangkan aku hanya sebatang kara. Aku menangis dan terus menangis. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan selepas ini. Dalam kepala aku hanya terbayang wajah mereka yang sedang mentertawakan aku yang malang. Hati aku sakit dipermainkan.

YOU ARE READING
Perjalananku..
AcakKisah perjalanan hidup seorang aku yang bernama Faris yang telah kehilangan ibu bapa dan tiada keluarga disampingnya. kedatangan Kamal banyak mengajarnya erti kehidupan. cerita ini berunsur boyxboy k.... dah warning awal2 nih.... jangan nanti kene k...