Aku sangat canggung berada di restoren mewah ini. Belum pernah lagi aku menapakkan kaki aku ke sini. Kamal dan yang lain terlihat rancak berborak sakan sehingga terdengar hilai tawa mereka. Aku hanya tersenyum sahaja sebab mereka menggunakan bahasa yang kadang aku sendiri tak faham. Mungkin mereka menggunakan bahasa alien agaknya. Aku tertawa kecil memikirkannya.
"Faris" tegur safwan.
Aku terkejut ditegur safwan. 'mengelamun lagi kau Faris'detikku ke hati.
"ya" jawabku sepatah.
"kau ok tak ni, nampak macam tak selesa je dengan kiteorg?"tanya safwan.
Mataku beralih ke Kamal. Kamal hanya membuat muka toya melihat kelakuanku apabila ditegur Safwan.
"Aku ok jer" tipu aku sambil buat muka comel padehal dah rasa macam tunggul kayu kat tepi jalan rasanya. Mungkin aku kurang berinteraksi dengan orang lain. Jadinya aku akan canggung depan orang yang aku baru kenal.
Aku dengar Kamal secara tetiba gelakkan aku diikuti kawannya yang lain. Mukaku memerah saga sebab kulit aku putih. Tidak tertahan malu aku dibuatnya. Padan muka kau Faris. Aku terus menundukkan mukaku ke bawah melihat lantai. Menyesal tak sudah sebab ikut Kamal.
Setelah beberapa jam kami lepak disitu, Kamal meminta diri untuk pulang atas sebab penat. Aku lega bila Kamal yang sendiri meminta pulang. Aku pon penat sebenarnya. Penat aku mengemas bilik dan barang perkakasku tadi masih lagi tersisa.
Aku dan Kamal terus pergi meninggalkan mereka menuju ke kereta. Kamal menekan remote keretanya dan aku tergamam kerana pintu kereta dan tingkap kereta terbuka secara automatik. Canggih sungguh zaman sekarang. Semua sudah auto. Mesti kaya bapak giler si Kamal.
Sampai sahaja ke asrama, aku mengucapkan terima kasih pada Kamal sebab dah bawak aku makan dan sebab Kamal yang bayarkan semua makanan aku. Sempat juga aku tengok bill pada tangan Kamal setalah dia membayar. Harganya aku rase separuh bulan aku gaji kalau aku dah kerja nanti. Rupanya dia membayar semua makanan kawannya juga.
........................
Subuh aku bangun agak lewat. Jam 6.45am aku lihat pada jam di dinding yang aku sangkutkan semalam. Terus aku bangun pergi ke toilet untuk mengambil wuduk untuk solat subuh. Seteruk-teruk aku pun kene jalankan yang wajib. Siap sembahyang aku capai tuala terus ke toilet dan mandi. Dalam toilet sempat aku berangan memikirkan Kamal.
Tuk tuk tuk...
"siapa kat dalam?? Nak melancap dalam bilik sendiri lar wei." Terkejut aku statement orang dekat luar toilet ni.
"ehh... kejap2 tengah syampu kepala kejap." Jawab aku lantang. Dalam hati dah menyumpah seranah budak ni. Kurang asam cakap aku melancap.
Siap selesai aku mandi, aku buka pintu, aku lihat seorang budak lelaki hanya memakai tuala dengan baldi berisi barang mandian dalamnya. Jeda sekejap sebab tengok bentuk tubuh budak ni.
YOU ARE READING
Perjalananku..
RandomKisah perjalanan hidup seorang aku yang bernama Faris yang telah kehilangan ibu bapa dan tiada keluarga disampingnya. kedatangan Kamal banyak mengajarnya erti kehidupan. cerita ini berunsur boyxboy k.... dah warning awal2 nih.... jangan nanti kene k...