bab 9

6.2K 48 17
                                    

"Hello."

Aaaah, betapa leganya Husna mendengar suara kakak sulungnya itu. Rasa macam dapat oksigen.

"Kakaaaaaaaak!" mendayu-dayu suara Husna.

"Assalamualaikum. Husna, apa hal ni tengah-tengah malam buta telefon kakak?" eh tengah malam ke kat Prague tu? Asyik memikirkan masalahnya, Husna tak sedar entah pukul berapa di sana. Dia cuma tahu dia memerlukan bantuan kakaknya itu.

"Wa'alaikumsalam, maaf ye kak. Una minta maaf sangat. Kepala Una ni dah tak betul, dah tak boleh fikir. Una tak sedar sana dah tengah malam." Husna rasa sangat bersalah, sepatutnya dia tunggu masa yang lebih sesuai untuk menelefon kakaknya.

"Yelah, orang dah nak jadi pengantin, tentulah dah angau," usik kakaknya. Tentulah Kak Najla dah tahu pasal perkahwinannya. Ummi, Kak Nora dan Kak Najla hampir hari berbual melalui Skype.

"Angau? Ye lah tu kak. Sasau adalah," bersungguh-sungguh Husna mengadu kepada kakaknya.

"Oooh adik manja kakak, kenapa teruk bunyinya ni?" tanya kakaknya. Husna memang manja dengan Najla. Dengan Kak Najla tempat bermanja, dengan Kak Nora, teman bergaduh. Dengan Abang Nawfal, rapat juga, tapi celik-celik mata, Abang Nawfal dah masuk asrama, kemudian ke universiti dan sekarang menyambung pelajaran di Dublin.

Habis semua diceritakan kepada kakaknya. Terhibur juga Najla mendengarnya, ada watak kakak tiri zalim, Zahrah lah tu. Ada watak Ibu Pari-Pari Ajaib, Puan Sri Maimun! Dan Zahrain, digambarkan macam anak Jin! Kesian juga Najla kepada adik bongsunya itu. Belum sempat merasa hidup, sudah mahu dikahwinkan. Tapi betul juga kata Ummi, kalau dah datang jodoh yang baik, tak elok ditolak.

"Kak Naja, baliklah cepat. Tolong Una buat persiapan ni," merayu-rayu si Husna.

"Persiapan apa Una? Ummi kata sebelah kita nak buat majlis kecil-kecilan saja. Sebelah keluarga Puan Sri, semuanya dikelolakan oleh wedding planner kan?" Wah memang berita terkini sampai terus ke Prague, nampaknya.

"Persiapan mental Unalah, kak!" jawab Husna, disambut derai ketawa kakaknya. Suaminya yang sudah terlena di atas katil sebelahnya terjaga mendengar ketawa Najla.

"Maaf, Una call," bisik Najla kepada Mohd Amin, suaminya yang sudah terpisat-pisat separuh sedar.

"Abang Amin tengah banyak kerja ni Una, mana boleh balik cepat. Kami dah bincang, dua hari sebelum kenduri baru kami dapat balik. Nak buat macam mana, terkocoh-kocoh sangat kenduri Una," terang Najla.

"Huwaaaa, Una bukan minta Abang Amin balik. Una nak minta Kak Naja balik. Abang Amin nak bagi mental support apa?" Air mata Husna dah bergenang.

"Una, kalau Abang Amin tak balik, macam mana Akak nak balik?" Biar betul adik aku ni, getus si Najla.

"Naik kapal terbanglah Kak, takkan naik keretapi kut." Aik, itu pun tak tau kakak aku ni.

"Yelah, naik kapal terbang. Habis, Khadija, Mawaddah, Anas, Akak sorang-sorang nak handle dalam flight? Oi, pengsan Akak. Una tahu berapa jam flight Prague ke KL? Bukan ada direct flight pula tu. Dengan transit lagi...," berjela-jela hujah Najla. Serius, dia tak dapat bayangkan penerbangan jarak jauh dengan anak berderet-deret.

"Alaaaaaa, Kak Naja, Una betul-betul perlukan Kak Naja ni. Una tau susah, penat terbang long haul dengan budak-budak kecik. Tapi Una tak tau macam mana Una nak hidup dengan dia Kak! We are like strangers, macam mana nak kawin? Dia tu mamat ketul ais, kakak tahu?" Husna merayu dengan deraian air mata. Memanglah Najla tak nampak air mata adiknya, tapi dia dapat mendengar esakan Husna.

"Una sayang, kesian baby sister kakak. Kak Naja dan Kak Nora tau Una buat semua ni untuk Babah," Najla cuba memujuk Husna. Una berkorban untuk Babah, apalah sangat dia bersusah payah terbang balik dengan anak-anak, walau pun jauh penerbangannya.

"Akak tak jamin tau, tapi biar Akak bincang dulu dengan Abang Amin. Nanti kami tengok, kalau-kalau ada Malaysian di sini yang nak balik ke KL. Boleh Akak minta tolong temankan, fly balik sekali dengan Akak dan anak-anak," jawab Najla. Mohd Amin, di sebelahnya dah bulat mata, mendengar janji isterinya.

"Kak, kalau Kak balik, Una terhutang budi sangat-sangat. Una tak tau macam mana, tapi satu hari nanti tentu Una balas. Kalau Kak tak balik, betul, tak tipu, Una tak tau apa nak buat. Una ni memang dah beratus-ratus kali rasa macam nak lari balik ke Southampton saja ni," kata Husna, masih teresak-esak.

"Ish, Una, nauzubillah, jangan buat macam tu Dik. Malu Babah dengan Ummi," tanpa disedari Najla mengurut-ngurut dadanya.

"Ye, Kak, Una waras lagi ni. Tapi Kak tentu tak boleh bayangkan nak berkahwin dengan orang yang bencikan kita, Kak!"

"Betul ke dia bencikan Una? Akak tak percayalah! Una, you're the sweetest girl in the world. Tak hairanlah Puan Sri Maimun sekali tengok pun dah berkenan," pujuk Najla, untuk menaikkan keyakinan diri Husna.

"Buat apa kalau Puan Sri berkenan Kak, kalau tuan punya badan tidak!" Husna dah berhenti menangis. Bercakap tentang Zahrain membuat dia rasa sakit hati.

"Una tak pernah terfikir ke? Kalau Puan Sri boleh berkenankan Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenankan Una?" tanya Najla.

"Terus terang Kak, Una sendiri pun tak pasti samada Una mau dia berkenankan kat Una," Husna mengaku tanpa berselindung.

"Una, jodoh Una ini dah ditentukan Allah. Bersangka baiklah dengan Ummi dan Babah. Takkan Ummi dan Babah nak bagi anak bongsu kesayangan mereka kepada lelaki yang tak senonoh?" Najla ni kalau berhujah memang boleh tahan.

"Entahlah Kak, pening kepala Una. Akak balik la, tolong Una. Cakap kat telefon ni, makin pening kepala Una," rayu Husna, sudah tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi.

"Nanti Akak confirm kemudian ye. Akak perlu bincang dengan Abang Amin dulu."


Projek Memikat SuamiWhere stories live. Discover now