bab 4

3.8K 29 1
                                    


"Jadi ke Zahrain pergi makan malam dengan anak Haji Nuqman tu?" tanya Tan Sri Zainal. Air teh yang dihidangkan isterinya selepas makan malam, dihirup perlahan-lahan.

"Jadi, Bang. Tadi dia pergi jemput Husna lepas solat maghrib," jawab Puan Sri Maimun.

"Sepanjang hari, masam saja muka dia di pejabat," Tan Sri Zainal sudah mula memancing.

"Biar dia bermasam muka sehari dua ni, dari kita nak menjeruk perasaan sepanjang hayat dapat menantu tak senonoh," jawapan isterinya. Memang tajam bunyinya tapi menghibur hati bagi Tan Sri Zainal, lucu! Habislah, Zahrain. Memang tidak ada peluang untuk melepaskan diri!

"Saya serahkah kepada awaklah Mai," bukan Tan Sri Zainal mahu lepas tangan dalam hal ini, tetapi dia yakin isterinya pasti berjaya menundukkan Zahrain.

"Eh, mana boleh Bang. Dulu saya gagal dengan Zahra sebab awak tak mainkan perananlah." Hai, ke situ pulak isteri aku ni, detik hati Tan Sri Zainal. Macam mana logiknya ni?

Melihat muka blur suaminya, Puan Sri Maimun menyambung,"Abang kena bagi tahu kepada dia, kalau nak berjaya dalam perniagaan mesti ada isteri yang sentiasa menyokong, isteri yang bijak membawa diri. Boleh dibawa ke tepi, ke tengah. Isteri pun penting untuk berjaya dalam perniagaan. Kalau Abang cakap begini, tentu dia akan dengar. Bukannya Abang tak tahu, anak-anak kita tu sentiasa dengar cakap awak."

"Eh, awak kecik hati ke Mai. Bila pulak anak-anak kita tak dengar cakap awak?" Tan Sri Zainal cuba memujuk isterinya.

"Ah, tak perlulah awak pujuk. Tengok sajalah Zahra, sebab tak nak dengar cakap sayalah dia bawa diri ke Australia."

Tan Sri Zainal tahu, kalau dah sebut pasal Zahra ke luar negara, baik jangan panjang-panjangkan cerita. Silap-silap haribulan berderai-derai air mata isterinya.

"Perlukah kita tergesa-gesa nak buat majlis tu? Biarlah budak-budak dua orang tu berkenal-kenalan dulu."

"Saya tak sedap hati bang. Zahrain dah nak pindah ke condo di tengah-tengah Kuala Lumpur tu. Awak pun tahu kan lokasi condo tu. Berapa minit saja dari kelab-kelab di KL tu. Nanti karang, saya pula yang tak boleh tidur malam. Kalau dia bawa perempuan balik ke condo dia, kita langsung tak tahu apa-apa."

"Ish, awak ni, sampai ke situ pulak. Zahrain tu sedegil-degil dia, tidaklah sampai sanggup nak buat maksiat begitu."

"Kalau Zahrain ok pun, Bang, perempuan-perempuan tu pulak memang saya tak boleh percaya. Dibuatnya mereka perangkap Zahrain di condo tu."

"Perangkap apa pulak?" Isteri aku ni terlebih menonton filem-filem Hollywoood ke ni? Fikir Tan Sri Zainal.

"Perangkap sampai kena cekup berdua-duaan dengan Jabatan Agama ke? Perempuan sekarang mata duitan. Anak bujang awak tu bagai lubuk wang bagi mereka. Kesudahnya kita makan hati dapat menantu yang tidak senonoh" Boleh jadi betul juga cakap isteri aku ni. Minggu lepas Tan Sri Zainal terserempak dengan entah model mana sedang berjalan keluar dari pejabat Zahrain. Dipautnya lengan Zahrain bagai tidak mahu lepas lagi, dengan leher terlentok-lentok ke bahu Zahrain. Memang perempuan-perempuan zaman sekarang agresif!

Baru saja Tan Sri Zainal nak mengiyakan isterinya, kedengaran bunyi kereta masuk ke laman rumah mereka.

"Eh, itu bunyi enjin kereta Zahrain tu. Awalnya dia pulang," kehairanan jadinya Puan Sri Maimun. Eh, baru sejam lebih dah pulang? Cepatnya makan malam Zahrain dengan Husna. Sempat berbual ke tidak tu?

Pintu hadapan rumah terbuka, Zahrain meluru masuk dan terus memanjat tangga naik ke atas.

"Zahrain, cepatnya habis dinner. Apa khabar Husna?" tanya Puan Sri Maimun. Terhenti langkah kaki Zahrain. Sepatutnya aku ke club saja selepas hantar budak itu pulang tadi, fikir dia.

Projek Memikat SuamiWhere stories live. Discover now