「 Suh Ryu Soo 」
Sejambak bunga teluki putih ku letakkan di atas lantai.Hampir sahaja kakiku terpijak jambakan bunga yang lain.Mesti mereka datang lebih awal daripada aku.
Aku menghela nafas berat sambil mata ralit memandang satu papan besar yang mempunyai gambar-gambar mangsa.
Tipulah kalau cakap aku tak sedih.Aku sedih dan aku masih rindu rakan sekelas yang sudah bersama aku sejak kami sekolah rendah lagi.Kalaulah...kalaulah aku cukup berani dan selamatkan mereka,adakah mereka masih hidup?
Adakah aku masih hidup?
TOLONG!
TOLONG KAMI!
PANAS!ARGHHH!
"Berhenti," bisikku dengan mata yang dipejam.Aku pasti,bukan aku sahaja yang trauma dengan keadaan ini.Hampir semua pelajar Gred 12 mempunyai mimpi ngeri yang sama.
Percayalah cakap aku bila aku kata yang hidup kau takkan senang selagi kau terdengar jeritan mereka meminta tolong.
Loceng sekolah berbunyi menandakan sesi pembelajaran bakal bermula.Malas-malas,terpaksalah aku heret kakiku untuk berjalan.
Aku langsung tak sertai perhimpunan sekolah sebab aku langsung tak ada mood untuk perhimpunan.Itulah sebabnya kenapa aku berada di dewan memorial sekolah,menatapi nasib aku tanpa mereka.
Tiba sahaja di kelas,aku terdengar bunyi yang riuh.Ya,bunyi riuh itu datang dari kelas aku.Kami golongan pelajar yang berada di tengah-tengah.Nak kata pandai,tak.Nak kata bodoh pun tak juga.
Hakikatnya kami ini jenis yang separuh rajin separuh malas.Sebabtu keputusan peperiksaan akhir tahun pun separuh-separuh sahaja.
Aku mengambil tempat di meja yang masih kosong.Kebetulan meja aku berada di belakang Han Byul dan Min Sooyoon.
Nasib...
Dalam kelas ni,ada berapa orang je yang ngam dengan aku.Yang lain semua hampeh..
Sebab apa?Sebab diaorang tahu aku simpan perasaan pada Jungkook.Ada yang tak kisah tetapi ada yang geli dengan aku.Geli sebab aku masih suka dengan dia.
"Tadi kau pergi mana?" soal Byul yang sudah mengalihkan perhatiannya kepadaku.Sooyoon turut melihatku.
"Aku pergi dewan memorial,"
"Ohh.Aku ingat kau pergi mana.Tadi aku hampir tak ambil kedatangan kau tapi nasib Sooyoon tadi kata dia nampak kau,"
Aku tersenyum,"thanks Byul,Sooyoon"
YOU ARE READING
Love?Yes,Thank You || JJK
Teen FictionJeon Jungkook,aku boleh bagi 6 penerangan terhadap dia... Bad Boy . Hot . Gila . Motorbike . Jaket kulit . Kacak Segala tentang dia buatkan aku terpana. Ya,dia bukan calang-calang budak sekolah.Dia degil!Sedegil gula getah yang melekat dekat kasut a...