「 Suh Ryu Soo 」
"Stop stop" aku menepuk bahu Jungkook sebanyak dua kali.Even bahu dia tegap.Fuh!
Dia menolong aku turun daripada motor,topi keledar tadi aku tanggalkan dan pulangkan semula kepadanya.
Dia tak tahu jalan ke rumah aku dan aku pula terlalu sibuk menikmati 'pandangan indah' yang aku peluk tadi,jadi kami tersesat.
Aku pasti dia geram dengan aku sebab aku lupa jalan rumah sendiri.Lol.Lantaklah dia nak fikir apa.
"Terima kasih awak"
"Ermm"
VROOOM!
Aku ditinggalkan terpana.Begitu sahaja dia tinggalkan aku?
Haish,habis kau nak dia tinggalkan kau macam mana?Cium pipi dan cakap ' mimpikan saya ' ?
Kadang kau ni expect banyak sangat.Dia cuma jadi baik je.
"Mama saya sudah pulang mana janjinya?Kek pisang yang enak~" selesai menyanyi,aku menelan air liur apabila kedua-dua ibu bapaku berdiri di ruang tamu dengan gaya bersilang tangan.
"Errr..."
Aku memandang ayah.Muka yang tadinya nampak garang kini ditukar dengan senyuman lebar.Dan kemudian dia ketawa besar.
Mak mengecit dan memincingkan matanya ke arah ayah.
"Sorry sayang,abang tak boleh berlakon" kata ayah dan kembali menyambung gelaknya.
"Abaikan bapak kau ni.Hah,balik dengan siapa tadi?"
Ohh~muka bukan main garang sambil posing nak makan orang itu rupanya berpunca daripada aku dan Jungkook.
"Kawan hantar"
"Kawan mana?"
"Kawan lelaki"
"Yelah mak tahu kawan lelaki.Takkan perempuan pula bawa motor macam tu"
"Hehe"
"Hehe pula dia.Abang- stop ketawa!Tengoklah anak awak ni,bukannya nak jawab betul-betul.Abang!"
"Iya iya.Awak ni nak ketawa pun tak boleh"
"Bukan tak boleh,awak tu tak habis-habis ketawa.Bingit tahu tak"
"Alah nanti saya dah tak ada,yang bingit ni lah yang awak rindu"
YOU ARE READING
Love?Yes,Thank You || JJK
Teen FictionJeon Jungkook,aku boleh bagi 6 penerangan terhadap dia... Bad Boy . Hot . Gila . Motorbike . Jaket kulit . Kacak Segala tentang dia buatkan aku terpana. Ya,dia bukan calang-calang budak sekolah.Dia degil!Sedegil gula getah yang melekat dekat kasut a...