Bab 7 : Yang Suka Jungkook Tu

758 79 15
                                    

「 Suh Ryu Soo 」

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suh Ryu Soo

"Kerja kamu itu je.Tolong cikgu jaga diaorang bila cikgu ada hal atau memerlukan bantuan kamu.Kadang boleh balik awal,ikut cikgulah nak bebaskan budak-budak tu awal ke lambat.Boleh?"
Cikgu Kim menerangkan serba sedikit tentang tugasku,mulanya dia bertanya banyak kali sama ada memang aku betul-betul nak buat kerja ini atau tidak.

Aku anggukkan sahaja.Asalkan dapat markah,sanggup sahaja.

"Dah bagitahu ibu bapa kamu?"

"Dah.Diaorang okay je,"

"Okay.Kalau macam tu,hari ini dah boleh start.And lagi satu,kalau tak ada budak yang kena tahan nanti cikgu inform kamu supaya kamu tak perlu datang.Dah itu sahaja.Terima kasih Ryu Soo,"

Setelah setengah jam berada di bilik guru akhirnya aku keluar juga.Nombor telefon Cikgu Kim ku tenung sebelum disimpan di dalam senarai contact.

Hari ini tiada apa yang istimewa.Hari-hari di sekolah masih sama dengan hari-hari yang sebelumnya.Cumanya aku sedikit berharap untuk bertembung dengan Jungkook.

Memang nampak seperti aku tidak suka dengan kehadirannya yang sentiasa mengacau aku,tapi aku suka dia.

Faham tak bila kau suka seseorang dan kau terpaksa pendam?Walaupun orang lain sudah tahu,tetapi kau terpaksa nafikan sebab kau tak nak dimalukan.

Aku tak pernah mengaku aku suka Jungkook sebab aku tak nak pengakuan aku ini dibiarkan begitu sahaja.Aku tak nak Jungkook melihat aku sekadar perempuan yang suka dengan dia.

Haih...bila kau dah jadi remaja ni,perasaan kau sendiri pun kau tak faham.

Aku dah buat kesilapan,iaitu dengan tak sengaja mencuri pandang ke arah Jungkook setiap kali aku ada peluang.Dan akhirnya orang lain juga perasan.

Tiba-tiba pula aku rasa macam tak nak bersemuka dengan Jungkook.Apa yang aku fikirkan itu terus membuatkan rasa malu bertandang di hati.

"Hai Ryu," tegur seorang kawan dari kelas pertama.Dia adalah mentor ku.Yang mengajar aku matematik tahun lepas.

Terima kasih padanya aku semakin faham dengan matematik cumanya ada bahagian yang aku masih lemah.Cho Yura,presiden kelas 5A.Walaupun dia datang daripada kelas pertama,tetapi dia tetap layan aku seperti kawan rapat.

Orangnya baik,pandai dan cantik pula tu.

"Hai Yura," balasku.

"Oh ya,hujung minggu ni Ryu free tak?" soalnya bersalut dengan suara yang lembut selembut sutera.

Mindaku terus ligat berfikir.Huhung minggu ni aku ada kerja ke?Atau apa-apa perbincangan?

Love?Yes,Thank You || JJKWhere stories live. Discover now