Bab 5 : Aku Tak Gigit

958 86 12
                                    

「 Jeon Jungkook 」

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeon Jungkook

Apartment baru itu aku perhati,dari atas hingga ke bawah,dari kanan hingga ke kiri.Apartment biasa-biasa sahaja.Cukuplah untuk aku yang bujang dan tiada tetamu ni.Dengan keluhan berat,aku menanggalkan kasut.

Jaket ku sangkutkan di penyangkut baju.Kemeja putih aku tanggalkan dan kemudian mencampaknya ke dalam bakul kotor.Sebelum menanggalkan seluar aku lilitkan tuala putihku di keliling pinggang.

Telefon mula berdering.Ah!Panggilan siapa entah yang masuk tu.Aku setakat biarkan sahaja.Malas nak layan sesiapa buat masa ini.Baik aku mandi lebih bagus.

Telefon berdering sekali lagi di saat aku membuka pintu bilik air.Tak boleh jadi,kalau aku biarkan sampai bila pun tak akan berhenti.

Dengan langkah laju,aku pergi mengambil telefon aku di atas katil.Dahiku berkerut memandang nombor yang tak dikenali itu.Kenapa aku rasa macam lain?Kenapa firasat aku kuat mengatakan yang kalau aku angkat panggilan ini,aku takkan dapat tidur dengan lena malam ni?

"Angkat jelah," firasat ku tolak ke tepi.

"Siapa ni?" soal ku.

Gelak tawa seseorang berkumandang.Terus sahaja kerutan di mukaku bertambah.Tak mungkinlah...

"JK,dah tak kenal aku dah?"

Telefon aku genggam kuat.Macam mana diaorang boleh dapat nombor ni?Dasar setan!Licik sahaja otak tu berfikir.

"Macam mana kau boleh dapat nombor aku?"

"Aku boleh lari dari polis 10 minit sebelum diaorang sampai,takkan cari nombor kau pun susah kan?" kata-katanya dituruti dengan gelak tawa.Makin lama makin menebal perasaan aku untuk baling telefon ini ke luar tingkap.

"Ada apa lagi kau nak dengan aku?Urusan kita dah selesai,"

"Selesai?Kenapa selesai sedangkan kau lari tanpa perbincangan?Ingat JK,aku sedang buru kau"

"Aku dah bagitahu awal-awal yang aku nak berhenti King,kau tak faham ke?"

Manusia di sebelah sana menjadi senyap.Aku tahu dia sedang marah.Dan jikalau aku menolaknya seinci lagi,sudah pasti dia akan jatuh ke dalam api amarah yang sedang marak.

Matilah aku.

"Aku nak bunuh kau"

Hatiku berdegup kencang.Selama ini kalau dia cakap sebegitu kepadaku,aku tak takut sangat.Aku tahu dia takkan bunuh aku betul-betul sebab aku masih ada nilai kepada dia.

Love?Yes,Thank You || JJKWhere stories live. Discover now