ATTENTION : POV BAGI DUA KARAKTER UTAMA INI BERAKHIR PADA BAB 7.BAB 8 DAN SETERUSNYA AKAN DICERITAKAN MENGGUNAKAN THIRD PERSON POINT OF VIEW SEPERTI YANG DIRANCANG.SEKIAN TERIMA KASIH 😋
"Sampai macam ni sekali awak buat abang?!""Saya terpaksa!"
"Kalau ya pun awak perlu berbincang dengan saya!Awak patut tahu nyawa kami berdua ada pada tangan awak,"
"Saya tahu sayang—"
"Jual!Jual semua harta dan langsaikan hutang tu.Saya tak nak kita semua mati!"
Ryu Soo menekup mulutnya,mungkin tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar sebentar tadi.Masih lagi bersarungkan seragam sekolah,Ryu Soo tercegat di hadapan pintu mendengar segala perbualan (lebih kepada pergaduhan) di antara ibu bapanya.
Hutang?Nyawa?Terpaksa?Apa yang mereka berdua sedang cakapkan ni?
Dia tidak mahu menapak masuk,ini kali pertama dia menyaksikan pergaduhan besar ibu bapanya jadi dia tak sanggup untuk mengeruhkan lagi keadaan.
Ryu Soo menggeleng kepala sebelum dia keluar daripada halaman rumahnya semula.Hari sudah senja,namun dia langsung tidak hiraukan tentang hari yang semakin gelap itu.
Tak sangka dia,ayahnya berhutang.Tetapi kenapa?Keluarga dia sudah cukup bahagia.Tak ada sekali pun dia nampak ayahnya bawa pulang sejumlah wang yang besar.Tak ada sekali pun dia syak apa-apa yang buruk terhadap ayahnya.
Jadi kenapa?
Lintah darat sedang mengejar mereka ke?Itu yang ibunya risaukan sangat?
Ahhh!Soalan persis soalan peperiksaan.Terlalu banyak dan susah untuk dijawab.
Lebih kurang 5 minit berjalan,dia kemudian melalui sebuah gelanggang bola keranjang yang agak usang.Tak silap dia,sudah lama tempat itu ditinggalkan tetapi ada juga yang berani untuk bermain bola keranjang di situ.
Dia memerhatikan figura yang asyik menjaringkan bola oren itu dari jauh.Sesuatu tentang melihat perwatakan lelaki yang seakan-akan bebas tanpa memikirkan masalah dunia itu membuatkan kakinya kaku.
Saat mata pemain itu dan matanya bertemu,tahulah dia lelaki itu sebenarnya Jeon Jungkook.Kecilnya dunia ini,mana-mana mesti akan berjumpa dengan dia.
Ryu Soo tersedar dari lamunan,dia apa lagi!Gelabah lah.Dia teruskan destinasi tanpa arah tujunya itu asalkan Jungkook tidak mengekorinya.
Oh Ryu Soo,andailah kau tahu betapa seronoknya Jungkook bila kau berada dekat dengannya.
Takkan Jungkook ingin lepaskan peluang ini?Pertemuan kali ini hanya kebetulan tetapi dia tidak mahu kebetulan ini hanya berlaku dengan sekelip mata sahaja.
Bola oren itu dibiarkan bergolek di atas lantai gelanggang,cepat-cepat jaket kulit dan helmetnya diambil sebelum dia berlari mengejar Ryu Soo.
"LO!" panggilnya namun gadis itu tidak melayan.Aduh Ryu Soo ni,suka betul buatkan orang terkejar-kejarkan dia.
YOU ARE READING
Love?Yes,Thank You || JJK
Teen FictionJeon Jungkook,aku boleh bagi 6 penerangan terhadap dia... Bad Boy . Hot . Gila . Motorbike . Jaket kulit . Kacak Segala tentang dia buatkan aku terpana. Ya,dia bukan calang-calang budak sekolah.Dia degil!Sedegil gula getah yang melekat dekat kasut a...