2 | Gay

14.8K 820 105
                                    


B e a u t i f u l  M e s s

We broke the rules,
and our love is began.

.


3 BULAN SEBELUM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 BULAN SEBELUM...

RETINA masih tak berani memandang figura di depanku ini. Hanya merenung pada dada bidangnya yang berlapik kemeja. Membiarkan bau colognenya menyapa deria bau.

Maskulin.

"Kau tak malu ke?" Soalnya. Turut diikuti dengan gelak sinis di hujung tawa.

Aku tahu aku jelas nampak memalukan tika ini. Tanpa silu meluahkan rasa cinta padanya. Tapi tiap kali itu, respon yang sama aku terima.

"Kau nak aku ulang berapa banyak kali yang aku tak suka kau?"

Sekali lagi, aku di reject. Untuk kali yang ke berapa aku tak pasti, tak terhitung. Ini bukanlah kali pertama aku confess seperti ini. Sudah berkali-kali. Dia masih menolak tanpa perasaan.

"Tak boleh ke you paksa diri terima I?" Aku angkat wajah. Bersuara perlahan.

Farith mendengus. Raut wajahnya terlihat jengkel. Setapak dia mendekat. "Kau patut cermin diri kau dulu," dingin.

Hujung baju aku genggam. Aku percaya aku cantik, bukan kerana masuk bakul angkat sendiri. Tapi kata-kata itu yang aku sering dengar dari orang sekeliling. Ramai lelaki juga mahu berkenalan denganku. Hanya aku sahaja yang tak pernah beri mereka peluang. Aku hanya menanti lelaki di depanku ini...

... Dia saja yang sering buat tak peduli pada aku.

"Abang,"

Kami beradu pandangan. Aku gigit bibir bawah bila suara Farhah memecah hening. Aku tahu Farith tak suka Farhah nampak kami berduaan macam ni.

Segera pergelangan aku dicapai. Ditarik paksa mengikut langkahnya, langkah kami dibawa berdekatan stor. Tubuh aku disandarkan ke dinding dan Farith mula menghimpitku.

Kedua tangannya menghadang sisi kepala aku.

Aku yakin Farhah tak akan nampak kelibat kami disebalik pohon-pohon bunga dan larut malam begini. Jelas, dia hanya memanggil beberapa kali sebelum suasana kembali sunyi.

Tapi Farith masih tak berganjak.

Lambat-lambat aku mendongak merenungnya. Aku cuba kawal degupan jantung yang sedari tadi berdetak laju.

Nyata kornea hitam itu menatap tajam pada aku. Wajahnya merapat dan semakin dekat, dibawa ke cuping telinga milikku.

"Kalau tak sebab Farhah, kau tak akan ada dekat sini." Jeda.

Iris: Beautiful Mess | RevampWhere stories live. Discover now