B e a u t i f u l M e s sWe broke the rules,
and our love is began.☕
.
"APA yang kau tengah fikir?"
Segera aku menoleh memandang Farith yang sedang memandu.
"Nothing."
Suasana kereta kembali sunyi sepi. Hanya suara dari corong radio yang memecah hening. Ini kali pertama kami berduaan di tempat bertutup begini.
Sudahlah tidak pernah mesra selama ini, bohong kalau tidak kekok tapi jauh di sudut hati, ada rasa bahagia yang hadir.
"Kau tak sudi nak kahwin dengan aku?" Farith menyoal setelah sekian lama.
"Mana ada!" Laju sahaja aku merespon.
"You tahu I terlebih sudi,"
"Kau tak macam sebelum ni. Yang selalu luah perasaan kau, kau diam macam ni. Nampak pelik,"
Aku garu pipi. Aku akui, sedikit terganggu dengan ucapan Farhah sebentar tadi. Lama aku merenungnya sebelum bersuara.
"Farith... betul ke you gay?" ragu-ragu.
"Kau fikir macam tu?" Soalan berbalas soalan.
"Kau boleh tarik diri kalau kau nak, tak ada benda untuk aku explain."
Aku menggeleng bersungguh. "I percaya you."
Suasana kembali hening sehinggalah kami berdua tiba di butik pereka baju pengantin yang terkenal di Malaysia. Ramai yang sukakan sentuhan dia dan ramai yang idamkan baju rekaan dia.
Termasuklah aku, aku selalu berangan untuk memakai busana pengantin yang direka si pereka di depanku ini.
Bila dia tanya apa ciri yang aku mahu, penuh ceria dan bangga aku menyebut ciri-ciri yang aku suka. Sudah tentulah, sofistikated, seksi. Dan benar-benar imej seorang Iris Delaila.
Farith sedari tadi hanya mengiakan apa saja soalan yang aku beri padanya. Walaupun dia bercanggah pada mulanya.
Satu persatu gaun pengantin aku cuba di fitting room. Tiap kali itulah, aku keluar dan peragakan di depan Farith untuk bertanya pendapat dia. Dan tiap kali itu respon Farith kekal sama, hanya mengangkat kepalanya dan merenungku sekilas sebelum hujung jari ibu dan jari telunjuk disatukan membentuk huruf 'o'.
"Semua baju you kata okey, pilihlah satu yang mana cutting dia you berkenan."
"I can't choose. Anything suit you,"
YOU ARE READING
Iris: Beautiful Mess | Revamp
RomanceInspired by bringing the nation's husband home. . Book 1 of heartbreaker trilogy. Tajuk sebelum: wanita terbahagia. ❝𝐊𝐄𝐑𝐍𝐀 𝐀𝐊𝐔 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐏𝐔𝐇-❞ 'A great philosopher once said, love is...