B e a u t i f u l M e s s
We broke the rules,
and our love is began.☕
HATI perempuan seperti aku, sudah tentulah gembira bila keluarga Farith datang merisik. Perempuan mana yang tak gembira bila lelaki yang kita suka masuk meminang. Dalam merisik sekaligus kami disahkan tunang, bonda menyarungkan cincin di jari manis kiriku. Cincin belah rotan yang dibeli sendiri oleh Farith.
Aku melempar senyum manis bila Farhah mengambil gambar aku dan bonda. Aku yang sempat berpakaian cantik untuk acara merisik dan tunang segera ini. Aku tak kisah kalau tiada majlis pertunangan antara kami, tiada yang wajib pun cuma sekadar adat... bila dia berniat mahu menikahiku pun automatiknya aku sudah bertukar menjadi tunang dia.
Aku hanya tak sabar menanti hari bahagia kami. Tak sabar nak jadikan dia milik aku seutuhnya.
Aku kembali melirik ke arah Farith yang berpeluk tubuh di pintu. Memerhatikan kami yang perempuan ini bergambar. Muka dia masih seperti selalu... tiada segarit senyuman. Benda yang dia paling kedekut nak sedekah, itulah... senyuman mahal dia.
"Abang, came on... jomlah bergambar sekali."
Aku perhatikan reaksi Farith. Ya, sudah pastilah dia menolak ajakan Farhah... kepalanya digelengkan dan Farith tersenyum mahu tidak mahu sahaja. Sumbing sahaja bibir dia membentuk senyum. Sumbing-sumbing pun masih kelihatan sempurna dimata aku. Well said, tengah in love kan? Kalau dia kentut pun mungkin bagi aku wangi.
Waktu cinta semuanya benda baik-baik saja yang akan nampak. Kalau dah benci mustahil nak nampak yang baik-baik waima benda baik yang dilakukan.
Love is blind.
Pepatah ini dah tunjukkan betapa bahayanya cinta manusia. Dan walaupun itu memang hakikat tetapi aku masih rela membutakan segalanya demi cinta.
Bila Farith meletakkan telefon di telinga dia dan menuju ke luar rumah. Aku meminta diri dan membontoti Farith ke halaman depan.
Aku masih setia berdiri dibelakang dia menunggu dia habis bercakap di telefon. Sebaik dia berpusing, Farith hanya memerhatikan tanpa riak. Telefon dia kembali diletakkan ke kocek seluar.
"Apa?" Disoal aku dengan kening yang diangkat sebelah.
Aku melempar senyum dan menyengetkan kepala memandang dia.
"Thank you," Ucapku.
"What for?"
"Sebab sudi nak amik I as your wife"
YOU ARE READING
Iris: Beautiful Mess | Revamp
RomanceInspired by bringing the nation's husband home. . Book 1 of heartbreaker trilogy. Tajuk sebelum: wanita terbahagia. ❝𝐊𝐄𝐑𝐍𝐀 𝐀𝐊𝐔 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐏𝐔𝐇-❞ 'A great philosopher once said, love is...