9 | Sweet night

10.4K 649 130
                                    


B e a u t i f u l   M e s s

We broke the rules,
and our love is began.


HABIS acara sahaja masing-masing semua menuju ke bilik masing-masing kecuali aku yang membontoti Farith ke biliknya.

Akhirnya, aku dapat sebilik dengan Farith. Tapi baru saja aku hamparkan tubuh di katil, Farith melangkah keluar semula. Katanya ada urusan.

Aku hanya mengangguk faham sebelum menuju ke bilik air untuk mandi dan menyalin pakaian. Aku menanti Farith dengan sabar, hampir-hampir saja aku tertidur sebelum aku dengar bunyi pintu ditolak.

Lekas-lekas aku bangkit dari pembaringan. Memerhati Farith yang menanggalkan tie di baju kemejanya.

Segera aku menapak mendekati Farith, tanpa kata aku membuka Blazer yang dipakai. Butang baju milik Farith juga aku tanggalkan, tapi baru tiga butang Farith menahan pergelangan tangan aku.

"Aku boleh buat sendiri."

Aku akur, tapi entah kerana desakan apa. Aku memaut tengkuknya.

Retina kami bersatu.

"It's hard to believe Farith, finally you're mine." ucapku.

Farith tertawa. Kedengaran sinis.

Bahuku ditolak dengan hujung jari, aku terkalih tapi aku kembali kepada posisi tadi. Tangan kiri aku bermain di hujung kolar dia. Aku mengelus secara membawah dengan menggunakan jari telunjukku. Bibir dia aku pandang. Ah, kenapa bibir lelaki seperti dia kelihatan seksi bagi aku? Ibu jari aku mula mengusap bibir bawah dia ketika ini. Terlalu menggodaku. Aku mendekatkan wajah ke telinga dia.

"Your lips look so lonely, I think they want to meet mine," Aku mengujar dengan suara yang sengaja aku lunakkan. Suara menggoda.

Usai menutur, aku kembali memandang Farith. Tepi rahang dan tepi kepala dia aku pegang dengan kedua tanganku lalu bibir aku dekatkan dan tanpa berkata apa, terus sahaja aku membenamkan bibir mungilku ke bibir milik Farith.

Walaupun ini kali pertama berciuman tapi aku tidak kekok malah aku lebih bereksperimentasi terhadap ciumanku. Bibir bawah Farith aku jilat dan gigit bila tiada sebarang respon.

Aku wanita berdarah inggeris dan kebanyakkan wanita sepertiku such a good kisser.

Dan aku. Iris Delaila, juga seorang pencium yang baik.

Baru sahaja mahu menikmati kucupan indah Farith. Bibir bawahku terasa di gigit ganas hingga aku mengaduh sakit. Segera dada Farith aku tolak jauh. Bibir yang terluka aku sentuh, merenungnya buntu.

 "Shameless," ujarnya dingin.

Aku terkesiap dengan bicara itu. Jari telunjuknya dihala ke bahuku yang terdedah. "Baju apa kau pakai ni?" 

Mataku terkelip sesaat. Baju lingerie yang aku pakai malam ini bukan sesuatu yang asing untuk lelaki bergelar suami.

"Pergi tukar," Dingin.

"Tapi I pakai untuk you... You tak suka?" perlahan soalku. 

Bibir dia kembali menyenget. "Iris, I won't repeat my word twice."

Farith berpaling dan menapak menuju ke balkoni. Aku merenung kosong belakang badannya, mahu tak mahu, aku bergerak mencapai pyjama. Walau agak pelik dengan layanan Farith yang berubah dingin aku masih memujuk hati.

Mungkin Farith letih menguruskan majlis perkahwinan. Ya, mungkin.

Keluar sahaja bilik air, aku lihat Farith masih berada di balkoni. Perlahan aku menapak mendekati. Bahu bidangnya yang masih berkemeja putih aku usap. 

"Far..." Termati kataku saat Farith berpaling dan menurunkan kembali kedua tanganku.

"Nak apa?" Disoal keras.

"You fikirkan apa? Nampak moody dari tadi,"

Farith gelengkan kepala. "Aku mandi dulu, tak perlu tunggu. Kau boleh terus tidur."

Aku hanya memerhati kelibat Farith yang melangkah pergi. Sedikit berkeriut, Farith seolah menyembunyikan sesuatu daripada aku. Sejak kami tiba di bilik tadi, perwatakan dia berubah. 

Ianya sama seperti di awal perkenalan kami.

Cold and heartless.

Tak boleh jadi, aku tak mahu malam pertama kami berlalu dengan salah faham. Aku buat keputusan untuk menunggu Farith. Tentang hal di ranjang, aku tak akan paksa Farith malam ini. Aku faham masih ada sisa lelah sepanjang majlis berlangsung.

Tubuh aku rebahkan di tilam, hanya terkulat-kulat merenung siling. Menanti kelibat Farith muncul semula, entah apa yang dibuatnya di dalam bilik air. Aku hampir-hampir saja terlelap...

Saat terdengar bunyi almari tertutup, segar biji mataku. Retina segera memerhati Farith yang sedang berpakaian. 

"Lamanya you mandi," tegurku.

Farith berpaling. Satu kening dijungkit. "Tak tidur lagi?"

Aku menyeringai. "Tunggu you,"

Siap berpakaian, Farith menuju ke katil. Laju saja aku mengiring menghadapnya. Farith tak terus berbaring, hanya melabuhkan punggung di sisi katil.

"Aku ada benda nak bincang."

Aku mengangguk faham. Meminta dia meneruskan bicara.

"Aku nak kau tahu yang hubungan kita tak akan sama macam orang lain."

Berkerut dahiku. Apa yang cuba dia maksudkan?

"Rahsiakan tentang kita. Perkahwinan ni tiada siapa yang patut tahu, termasuk kawan kau dekat airlines."

Pembaringanku kini sudah bertukar duduk. Lengan Farith aku pegang.

"Apa yang tak kena dengan you ni? Tiba-tiba you jadi ice-prince balik."

Jemari aku Farith jatuhkan. Dia tertawa kecil. 

"Kau expect kalau kahwin dengan aku, kau akan dapat layanan macam puteri?" sinis.

Kenapa Farith macam ni? Mana layanan manis dia saat dia memilihku sebagai isteri?

"Why are you so mean?" Soalku perlahan.

"Oh, this is my shortcoming." Ujarnya sinis.

"As isteri kau kena terima baik dan buruk aku, isn't it?" Kepala aku diusap.

Hujung bibir aku gigit. Entah sandiwara apa yang Farith permainkan.

Farith capai bantal dan bangkit sebelum berpaling merenung aku semula.

"Lagi satu, kita tak akan tidur sekatil. Kita hanya sebatas suami isteri atas kertas."

"Mark my words Iris, atau kau akan tahu akibatnya."

Usai itu, Farith merebahkan tubuh di lantai. Membiarkan aku di sini yang masih keliru dan bingung dengan ujarannya.

Aku bayangkan malam pertama kami akan dipenuhi dengan memori yang manis-manis sahaja, tapi ini bukan yang aku mahukan. Tak pernah terdetik di fikiran layanan Farith akan sedingin ini terhadapku.

Sejenak, ucapan Farhah bermain di fikiran."And he's my brother. I knew him well, Iris."

Apa yang cuba mereka sembunyikan sebenarnya?







.

I totally forgot about this book hehe

Yelah nottification sunyi ja, cuba korang tap tap tap star tu sikit.














Iris: Beautiful Mess | RevampWhere stories live. Discover now