7 | Melankolia

10.8K 626 67
                                    


B e a u t i f u l M e s s

We broke the rules,
and our loves is began.

"KENAPA you suka sangat abang I eh? Tak faham, apa yang special dia tu?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KENAPA you suka sangat abang I eh? Tak faham, apa yang special dia tu?"

Malam ini, kami ber-pillowtalk. Menggamit kenangan lama ketika bujang dahulu, terutama zaman remaja kami yang penuh dengan memori.

Farhah di katil sebelah aku lihat. Sama sepertiku, dia juga berbaring. Tubuh kami saling menghadap.

"Well, dia kan nation prince." Ujarku perlahan.

Farhah tergelak. "You suka dia sebelum dia popular okey."

Jeda. Aku termenung menatap siling. "Sebab dia beri I harapan untuk hidup,"

Kening Farhah berkerut. "Macam bukan abang yang I kenal je," Komennya.

"You never know Farhah. Farith pernah selamatkan nyawa I,"

Aku ukir senyum tipis. Aku tahu Farith yang sekarang sangat berbeza dengan Farith dulu. Dia sekarang lebih dingin dengan manusia.

Nation prince? Nah, I should call him an ice-prince.

"So, kiranya you terhutang budi dengan dia." Sarkastik.

"I believe it's love," gumamku.

Mulanya, aku juga menyangka perasaan yang wujud ini hanya seketika. Atau orang gelar-cinta monyet.

Tapi, sudah berapa tahun berlalu.

Perasaan kecil ini masih utuh. Kekal di carta hati.

Bunyi hujan menggamit aku untuk bangkit. Aku menuju ke jendela, melihat titisan hujan yang jatuh. Seakan ada sentiment di dalamnya.

Entah kenapa, hujan akan menggamit memori aku tentang dia- pertemuan pertama kami.





.

BASAH.

Tak tahu berapa lama aku berdiri di sini. Merenung lama pada sungai yang mengalir deras.

Membiarkan hujan menimpa diri.

"Kalau Iris mati, mesti Iris dah tak perlu hadap semua ni kan?" Aku menggumam perlahan.

Kelopak mata aku pejam kejap sebelum satu keputusan dibuat.

Pagar jambatan aku pegang dan kakiku mula memijak bahagian besi di bawah jambatan. Kini kedua-dua kaki sudah memijak besi tersebut, belum sempat aku memijak besi di bahagian atas, lenganku dipegang.

"Kau nak buat apa ni?" Satu suara asing menegurku.

Aku berpaling. Berbalam memerhati figura di sisi.

Hujan lebat menyebabkan retina aku terkerdip-kerdip.

"Aku nak pergi mati!" Teriakku.

"Kau dah gila ke?" Suara dia sedikit meninggi.

"Tepi!" Tangannya aku tepis dan belum sempat aku melompat terjun. Terasa pinggangku ditarik sepasang tangan.

Tubuh yang sepatutnya jatuh di sungai, terdampar di atas tar bersama-sama lelaki tak dikenali itu.

Aku berada di atas tubuhnya. Segera aku angkat wajah.

"Kau patut biarkan aku terjun," esakku.

"Bunuh diri bukan penyelesaian masalah."

Perlahan-lahan aku bangun dari tubuh dia. "Kau tak faham apa yang aku rasa, kalau kau dekat tempat aku pun kau akan buat benda yang sama,"

Dia turut bangkit sama. Mencapai semula lenganku.

"Jangan buat keputusan melulu, cuba fikirkan keluarga kau..."

"Sebab keluargalah aku nak bunuh diri. Kau tak faham aku, kau bolehlah cakap apa yang kau nak!"

Sejurus itu, laju sahaja airmata aku bercucuran jatuh. Tanpa mahu mengelap, aku membiarkan sahaja airmataku mengalir deras...

Aku mendongak bila belakang badanku ditepuk perlahan.

"Aku tak tahu apa yang kau lalui, tapi aku ada."

Lub dup.

"Mungkin ada sebab aku jumpa kau malam ni. Mungkin, aku memang ditakdirkan untuk selamatkan kau."

"Jangan buat benda bodoh, mulai hari ini. Kalau ada apa-apa problem. Cari aku..."

Aku tak kenal dia siapa, tapi sekelip mata. Bicara dia menenangkan hati.

Dum!

Terkelip mataku bila bunyi guruh kuat menganggu konsentrasi aku.

Tanpa sedar aku memaut lengannya dan membawa wajahku ke bahagian dada dia. Dapat aku rasakan tubuhku mengigil.

Antara kesejukan dan ketakutan. Lembut terasa usapan tangannya di belakang tubuhku, seakan memujuk.

 Lembut terasa usapan tangannya di belakang tubuhku, seakan memujuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Their old memories will be so different in remake era.

*Wink*


.

Nak lagi?

Iris: Beautiful Mess | RevampWhere stories live. Discover now