4 | I will marry her

14.2K 780 129
                                    


B e a u t i f u l  M e s s

We broke the rules,
and our love is began.

.

PLUVIOPHIL

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PLUVIOPHILAku memang pencinta hujan. Dan aku suka menikmati setiap titisan dan deraian hujan. Bila berkeadaan begini, aku selalu berangan dapat menari dalam hujan dan semestinya menari bersama Farith. Tapi tidak bila saat ini, detik yang mungkin menjadi igauan aku.

Hujan tidak henti-henti menghentam diri.

Dingin. Basah.

Guruh berdentum. Sesekali petir menyambar bersilih-ganti. Dan aku masih begini, membiarkan diri dinodai hujan. 

Dazed.

"Iris, jom masuk. Dah lebat sangat dah ni, nanti you demam pula." Lengan aku ditarik.

"Ta... tapi,"

Farhah mendengus. "Biarkan dia orang iris, siaplah I report dekat bonda nanti. Boleh pula dia berkhalwat dekat rumah ni."

Mahu tak mahu, aku turuti langkah kaki Farhah yang mendorong kami ke muka pintu. Kami melangkah ke bilik. Terhenti di tangga bila Bonda menegur.

"Ni kenapa basah-basah ni?"

"Iris ni degil tak nak masuk tadi. Tapi tu tak penting, Farhah ada berita lagi gempar. Bonda dengan Nenda tunggu siap-siap dekat ruangtamu. Kejap lagi kami cerita,"

Kami?

Aku cubit lengan Farhah. "You sure nak bagitahu?" Bisikku.

Farhah mengangguk yakin. "Hundred percent sure! I tak nak support lgbt,"

Aku terkebil-kebil dengan jawapan Farhah. Langkah kaki juga terhenti separuh jalan.

"Tapi..."

"Iris, we saw it with our own eyes. Jangan deny," laju lenganku ditarik dan langkah dituju laju menuju ke dalam bilik.

.

"NAH, you pergi bersihkan diri you dulu..." tuala dihulur kepadaku.

"Baju nanti I letak atas katil. I nak suruh bibik mop bilik I. Kalau you dah siap, you cari I dekat bawah. Ataupun you nak berehat ke... You baring je dekat katil I okey?"

Aku mengangguk faham. Melihat kelibat Farhah yang menghilang dari bilik. Terus sahaja aku meloloskan diri ke dalam bilik air.

Setelah setengah jam berendam di bath tub dengan air panas yang ada. Aku keluar dari bilik air dan bersiap dengan pakaian yang Farhah beri. Aku mengelap rambut yang basah. dan kaki bergerak ke meja solek, mencapai hair dryer kepunyaan Farhah.

Dengan muka yang natural tanpa sebarang makeup dan pijama Farhah yang aku kenakan di tubuh. Aku melangkah turun. Langkah aku terhenti di tengah tangga bila aku dengar suara Farith. Suara yang sedikit tegang.

"I told you so many times, I'm fucking straight."

"Izz, belum terlambat lagi untuk berubah." Suara bonda kedengaran lirih.

Aku dengar suara Farith mengeluh. Aku menyengetkan kepala sedikit mencuri tengok reaksi yang Farith pamirkan. Pelipisnya diusap.

"Tapi tuduh Izz sonsang dengan Aaron memang benda gila!"

"Farhah dah bagitahu bonda segalanya..."

Mata aku membuntang. Farhah pula mengangguk mengiakan.

"Kami nampak apa yang abang buat dekat laman belakang tadi. Iris tak nak percaya tapi kami tahu apa yang kami nampak."

"Alasan apa lagi yang Izz nak bagitahu? Bonda betul-betul kecewa dengan kamu!"

Suasana tiba-tiba bertukar hening. Aku teruskan melangkah anak tangga. Dan pandangan mereka spontan melirik ke arahku bila aku mula menapak mendekati mereka. Tangan Nenda aku salam dan Nenda mengusap kepalaku. Selepas itu, aku berbuat yang sama dekat Bonda Farah. Kami melaga pipi seperti kebiasaan bila berjumpa. Tadi tak sempat sebab aku tergesa sahaja dibawa ke bilik.

"Tidur sini ye sayang? Dah malam, hujan pun lebat tu. Kesian Iris tadi. Okey tak ni?"

Aku mengangguk dan tersenyum kecil.

Aku melabuh punggung sebelah Farhah dan retina menatap Farith. Suasana sekarang memang terasa hening. Farith yang berdiri juga melabuhkan punggung di sofa depanku. Kepalanya diurut.

"Sebab tu abang selalu beralasan bila bonda suruh kahwin. Dia tak suka perempuan sebab dia lebih pilih lelaki."

Farith hanya diam bila Farhah menyindir. Seakan mengiyakan kata-kata Farhah sebentar tadi. Lima saat masing-masing berdiam. Aku beranikan diri untuk bersuara.

"Ada banyak perempuan yang terlebih sudi untuk kahwin dengan Farith, Iris salah satunya."

Sekonyong, semua memandang aku tepat. Tak kurang juga Farhah yang menoleh dengan mata membulat. Mulut digerakkan tanpa bunyi tapi aku faham apa yang dia katakan.

"Are you out of your mind"

Mata aku melirik ke arah Farith didepanku. Dia juga menatap aku. Tapi aku tak tahu renungan jenis apa.

Hanya sebuah pandangan kosong... Dan aku tak tahu apa yang berselirat di dalam kepala dia sekarang ni. Hanya renungan tanpa maksud yang tertera.

"Kita tak boleh tuduh tanpa bukti kukuh, yang kita nampak dalam hujan pun tak jelas mana." Aku bersuara perlahan. 

Farith lantas berdiri. Dikalih wajah ke arah Bonda dan Nenda.

"I will marry her."

Nyata, aku yang terkejut dengan ujaran Farith.

"Bonda nak Izz kahwin kan? Dan mungkin bonda akan percaya kalau Iris jadi menantu Bonda, bukan itu yang bonda mahu?"

Usai itu, terus Farith meninggalkan kami dan menaiki anak tangga. Aku pula sudah pastinya kaku dengan jawapan Farith. Perlahan tangan mencubit pipi. Terasa sakit.

Bermakna ini bukan mimpi.

Farith nak kahwin dengan aku!

Farith nak kahwin dengan aku!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.

Hit my notification with your vomment.

Iris: Beautiful Mess | RevampWhere stories live. Discover now