Sejuk sahaja suasana di luar ini. Mereka akhirnya temui aku di dalam hutan yang diselubungi salji putih ini.
Rosamund sebuah kesatuan yang membanteras dan menghindari kekejam.
Mereka sudah lama ingin mendapatkan aku.
Kerana aku adalah kekejaman yang perlu dihapuskan.
"Kau sudah dikepung!"
Bilah pedang itu diletakkan pada leher aku. Beberapa Ahli Rosamund yang lain sudah sedia mengacukan pelbagai senjata pada aku. Senapang, pistol, pedang dan pelbagai lagi jenis senjata yang lain.
Takut akan kematian mula menguasai diri aku.
Aku mula menangis. Bibirku terketar-ketar. Dengan itu tangisan aku menjadi semakin teresak-esak.
Mereka semua hanya merenung aku dengan wajah yang begitu risau dan aneh. Barangkali tertanya-tanya mengapa aku menangis.
"Stefanus! Hentikan lakonan kau!"
Suara si ketua unit Rosamund memberi arahan kepada aku. Pedangnya masih berada di leherku.
Aku tersentak dengan herdikkan lelaki itu sehinggakan memaksa aku berhenti menangis. Mata biru aku berkaca-kaca merenung wajah lelaki berpangkat tinggi itu.
"Serah diri! Ataupun kau akan dibunuh!"
Suara lelaki berpangkat tinggi itu kedengaran lantang.
Aku menggeleng-gelangkan kepalaku.
"Tak..aku belum bersedia..."
Air mataku mencurah-curah jatuh.
"Kalau begitu serah diri."
Lelaki itu memberi arahan kepada aku dengan nada suara yang tegas.
Tangisan aku perlahan-lahan menghilang.
Serah diri?
Aku mula mengukirkan satu senyuman.
Geli hati aku mendengarnya.
Aku mula ketawa.
"Apa maksud semua ini?"
Dia yang sedang menghalakan bilah pedang kepadaku mula kelihatan gentar.
Terasa bilah pedangnya mula terketar-ketar di leher aku. Biji matanya mula terbuntang. Wajahnya berkerut melihat aku.Bunyi picu senjata oleh anak-anak buahnya mula kedengaran. Satu-persatu berdetik. Nampaknya mereka semua sudah bersedia ingin membunuhku.
Aku apa lagi?
Hilai tawa terus tersembur keluar daripada mulutku.
Aku tahu mereka mula menggelabah.
Sebelum mereka sempat melakukan apa-apa pada aku, lebih baik aku bertindak dulu.
Betul kan?
Pantas tangan aku dihalakan ke atas!
Serentak dengan itu setiap kepala yang mengelilingiku tercabut daripada tubuh masing-masing. Darah merah memancut-mancut tersembur. Setiap daripada mereka rebah di atas salji putih bersama kepala yang sudah tertanggal disisi tubuh tersendiri.
Ooppps.... silap.
Bukan salji putih.
Tapi salji merah.
Salji putih sudahpun disimbahi dengan warna darah.
Alahai.
Satu lagi kesilapan.
Bukan semuanya rebah. Si ketua unit Rosamund seorang aku tinggalkan.
Bukan terlupa.
Dia sengaja aku biarkan.
Sengaja aku tidak ingin membunuh dia.
Wajah dia pula kelihatan begitu pucat. Pucat sangat. Terketar-ketar dia kelihatan. Wap nafas berkepul-kepul keluar daripada mulutnya.
Aku tersenyum padanya.
Dia tidak pula membalas senyuman aku. Malahan, senjatanya terlepas daripada tangannya. Lututnya rebah di atas salji merah. Kini giliran air matanya mencurah-curah jatuh.
Aku membiarkan dia bersendirian. Aku kemudian perlahan-lahan melangkah pergi.
Nampaknya dia takut pada aku.
Siapalah aku ini?
Aku Stefanus Myran Sandros.
Aku penjenayah yang dikehendaki.
Di mata mereka, aku merupakan seorang penjenayah kejam.
Betul ke?
Tetapi aku tidak akan serah diri.
Kerana aku yakin.
Ada banyak lagi tugasan yang aku perlu selesaikan.
Aku perlu menyelamatkan ramai orang yang menderita.
Aku bukannya penjenayah.
YOU ARE READING
SAKIT
Mystery / ThrillerSakit yang membawa kematian itu seringkali dikaitkan dengan nyawa yang akan mati. Namun sakit yang sebenarnya dikaitkan pada hati. Ia dikaitan dengan jiwa yang akan mati. -Myran-