Heidi pantas menolak bahu Stefanus Myran Sandros. Sebagai isyarat supaya dirinya diturunkan.
Stefanus membongkok sedikit bagi memudahkan gadis kecil itu untuk memijak tanah bersalji.
Seraya itu, gadis kecil bernama Heidi tersebut terus berlari-lari anak menuju ke arah satu pintu.
Kediamannya.
Perlahan-lahan Stefanus menyusul.
"Mamaaaaaaaaa!!!!"
Heidi menjerit sekuat hati! Diakhiri dengan raugan yang kuat.
Stefanus yang sedang berdiri di muka pintu terkedu. Berdiri terkaku. Matanya merenung tubuh seorang wanita yang terbaring bersama lumuran darah dikepala. Barangkali kepalanya telah ditembak.
"Mamaaa! Mama!"
Anak kecil itu menjerit-jerit memanggil ibunya yang sudah tidak bernyawa. Tangannya erat menggoncangkan tubuh ibunya. Tangisannya semakin lama semakin kuat kedengran.
"SIAPA KAU!"
Tiba-tiba muncul seorang lelaki daripada pintu ruangan dapur. Wajahnya bengis merenung wajah Stefanus.
Stefanus pula hanya merenung wajah lelaki itu. Tanpa sebarang emosi.
"AKU KATA SIAPA KAU!"
Lelaki itu meninggikan suaranya.
"Ayaaaaah!!!"
Gadis kecil itu meraung.
"Kenapa mama jadi macam ni! Apa ayah buat?"
Anak kecil itu menggenggam baju ibunya sambil menangis teresak-esak. Matanya yang begitu deras mengalirkan air mata merenung wajah ayahnya. Dengan harapan ayahnya akan memberi penjelasan.
"Ibu kamu sudah mati dibunuh, Heidi."
Stefanus menjawab bagi pihak si ayah.
Heidi terus terdiam. Matanya merenung wajah Stefanus.
"Dan pembunuhnya adalah ayah kamu sendiri."
Stefanus kemudian merenung wajah lelaki itu bersama pandangan wajah yang kosong. Air matanya turut perlahan-lahan menitis.
"DIAM! KAU TAK BERHAK UNTUK CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN KELUARGA AKU!"
Lelaki itu mula mencapai pistol pada pinggangnya dan dihalakan pada arah Stefanus.
Perasaan anak kecil itu semakin bercelaru. Dirinya terus menangis dan meraung di sisi tubuh ibunya yang tidak bernyawa. Takut dan sedih yang keterlaluan.
"Heidi telah bawa aku ke sini. Dan apabila berkenaan dengan penderaan dan pembunuhan ia bukan lagi hal keluarga."
Ujar Stefanus mendatar. Mata birunya berkaca-kaca merenung wajah si ayah itu.
Si ayah menarik picu.
"Aku akan bunuh kau kalau kau tak keluar."
Mata biru Stefanus merenung tangan si ayah. Tangan si ayah yang kejam tiba-tiba menjadi kejang. Senjatanya terus terjatuh di atas lantai.
Itu adalah kerana kuasa telekinesis yang dimiliki oleh Stefanus.
"Kau tak boleh bunuh aku..."
Stefanus merenung wajah lelaki itu. Sekali lagi air matanya menitis.
Wajah si ayah mula bertukar pucat. Takut. Lelaki ini memiliki kuasa begitu? Dia di hadapannya ini adalah seorang siluman?! Bagaimana dirinya ingin melepaskan diri?!
Kini suasana yang tegang hanya disulami dengan tangisan suara Heidi.
"Aku di sini ingin membuang derita gadis kecil ini."
Tangannya dihalakan ke hadapan. Senjata di atas lantai bergerak dengan sendiri dan kini tiba pada tangan Stefanus.
Stefanus mengamati senjata api yang kini berada pada tangannya. Jadi, senjata inilah yang telah membunuh ibu kepada Heidi.
Si ayah mula ketakutan. Takut dibunuh. Dirinya cuba untuk melarikan diri namun kakinya menjadi kejang.
"Heidi. Berhenti menangis. Ibumu sudah berada di tempat yang lebih bahagia."
Lembut dan tenang sahaja kedengaran suara Stefanus.
Gadis itu kekal menangis. Perasaannya tidak boleh dikawal lagi. Tiada kata-kata yang mampu menjadi penawar buat deritanya.
"Dunia ini hanya untuk mereka yang kejam."
Stefanus kemudian merenung senjata api itu. Lama dirinya merenung. Picu ditarik.
Lelaki yang digelar ayah oleh Heidi semakin takut kelihatan. Wajahnya semakin pucat.
Stefanus merenung wajahnya.
Senjata api itu diangkat.
Dihalakan pada sasarannya.
Satu das tembakkan dilepaskan.
Bunyi tembakkan bergema di udara.
YOU ARE READING
SAKIT
Mystery / ThrillerSakit yang membawa kematian itu seringkali dikaitkan dengan nyawa yang akan mati. Namun sakit yang sebenarnya dikaitkan pada hati. Ia dikaitan dengan jiwa yang akan mati. -Myran-