Gadis kecil itu menangis sendirian. Dirinya kelihatan tertekan dengan teruk. Gadis itu tersandar pada pokok sambil memeluk lututnya. Cuaca sejuk langsung tidak dihiraukannya.
Kakinya begitu lenguh kerana sudah lama berlari.
Gadis kecil itu buntu.
Salji perlahan-lahan turun menyinggah dunia Ghais Lavanark.
"Kenapa menangis, sayang?"
Seorang lelaki menghampiri gadis itu. Lelaki yang seakan-akan lewat 20-an itu perlahan-lahan mencangkung dihadapan si gadis yang sedang menangis. Kepala gadis kecil itu diusap perlahan.
Gadis kecil itu perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Siapa? Siapakah lelaki ini? Matanya merenung mata biru milik lelaki itu. Nafasnya yang deras menghasilkan wap kerana cuaca yang begitu sejuk.
Begitu juga dengan lelaki itu. Lelaki itu merenung wajah gadis itu dengan penuh rasa simpati.
"Mamaa... mama..."
Gadis itu tersedu-sudu menahan sebak.
"Shh...bertenang. Semuanya akan jadi baik."
Lelaki itu mendakap tubuh gadis kecil itu. Hatinya turut terasa sebak.
Sungguh sedih, gadis semuda ini telah merasa derita dunia.
"Mama....mama... ayah pukul mama...tolong selamatkan mama..."
Gadis kecil itu menggenggam erat bahu lelaki yang tidak dikenalinya itu. Dirnya terdesak ingin mendapatkan bantuan. Esakkannya tidak mampu dibendung lagi. Gadis itu meraung sekuat hati.
"Sayang....jangan risau. Ibu kamu akan selamat. Mari.."
Lelaki itu terus mendukung gadis kecil itu.
"Tunjukkan aku di mana rumah kamu. Aku akan selamatkan kamu dan mama kamu."
Lembut dan tenang sahaja kedengaran suara lelaki itu.
Gadis itu mengangguk sambil tersedu-sedu.
"Siapa nama kamu?"
Tanya lelaki berambut hitam yang dilitupi dengan salji putih.
"Heidi..."
Jawab gadis itu perlahan. Wajahnya disembamkan pada bahu lelaki itu.
"Aku Myran..."
YOU ARE READING
SAKIT
Mystery / ThrillerSakit yang membawa kematian itu seringkali dikaitkan dengan nyawa yang akan mati. Namun sakit yang sebenarnya dikaitkan pada hati. Ia dikaitan dengan jiwa yang akan mati. -Myran-