08 - DUNIA YANG KEJAM

491 88 1
                                    

Satu das tembakkan dilepaskan.

Bunyi tembakkan bergema di ruangan sepi.

Darah merah tersembur keluar.

Biji mata ayah kepada Heidi terbuntang luas.

Tangisan gadis itu serta-merta lenyap.

Heidi kini sudah tidak bernyawa di sisi ibunya.

Stefanus kekal merenung wajah lelaki yang begitu ketakutan. Air mata Stefanus mengalir deras. Namun, pada bibirnya tiba-tiba terukir satu senyuman.

Lutut lelaki itu akhirnya rebah. Anaknya telah mati?! Kenapa? Dirinya keliru. Sangkanya dirinya akan dibunuh? Kenapa? Kenapa siluman itu membunuh Heidi?! Bukankah siluman itu kata ingin menyelamatkan anaknya?!

Bersama linangan air mata, Stefanus kekal tersenyum.

"Aku bunuh Heidi kerana dunia ini terlalu menyeksakan dirinya. Dunia ini bukan untuk dia."

Jantung si ayah semakin ligat berdegup. Terlalu takut. Adakah dia juga akan bakal mati?

Mata biru Stefanus merenung wajah lelaki dayus itu. Lelak itu langsung tidak sayangkan anaknya.

"Aku telah hidup selama beratus tahun dan pelbagai derita telah aku tempuhi. Aku terseksa. Aku menderita. Sehinggakan diri aku terasa seolah-olah hanya ingin mati.Namun, aku sedar. Bukan aku yang akan mati. Tetapi, jiwa aku yang mati. Aku tidak memiliki sebarang perasaan lagi terhadap kehidupan ini."

Stefanus Myran Sandros tertawa kecil.

"Dengan itu, aku mahu menyelamatkan mereka yang lemah daripada terus menderita.Sakitnya derita bukan untuk mereka yang lemah. Sakitnya itu tidak mampu difahami oleh mereka yang tidak merasainya."

Air mata terus menitis.

"Sakitnya tidak boleh dijelaskan. Ia hanya terlalu menyakitkan."

Stefanus tersenyum tawar.

"Sakitnya hati itu menyesakkan. Sakitnya jiwa melemaskan.Sakitnya hidup mematikan."

Stefanus akhiri kata-katanya.

Dirinya tertawa sinis

Geli hatinya melihat si dayus yang ketakutan.

"Aku tidak akan bunuh kau. Hiduplah kau di dunia yang kejam ini."

Senjata api itu dilepaskan dan dibiarkan jatuh di atas lantai. Stefanus kemudian terus melangkah keluar daripada kediaman itu.

 Stefanus kemudian terus melangkah keluar daripada kediaman itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SAKITWhere stories live. Discover now