Nilam

11 1 0
                                    

Hai, awak semua. Entah kenapa nak jugak Aish meroyan di sini, tentang nilam. Bukan nilam (sapphire) yang permata itu tetapi tentang rekod bacaan buku NILAM. Tahun ni dia tak guna dah buku lama, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang ubah. Kononnya, lebih mudah untuk diisi dan ringkas. Masa mula mula dengar tentang perkara ini, memang dalam hati dah serabut dah, minta duit lagi! Ingat kaya sangat ke budak budak yang sekolah dekat situ? Apapun, Cikgu terus menerangkan fungsi dan cara untuk isi rekod nilam itu. Mula mula terkejut juga, sebab poster, jurnal, majalah, risalah dan macam macam lagi lah boleh direkodkan, tetapi Aish syak ada sesuatu yang tak kena. Sebab, kenapa senang sangat mereka beri untuk murid murid? Dan di situ juga pertanyaan Aish terjawab. Cikgu mahu rekod buku nilam tingkatan 3 ini aktif, tak seperti tahun lepas. Buku tu harga RM 3 sebuah, mahal weii.

Tengok tengok, dari buku hanya boleh muatkan 40 rekod sahaja! Nak capai tahap gangsa perlukan rekod buku 72 buah. Dia memang sengaja cari nahas ke apa suruh kita beli satu lagi buku yang berharga RM 3? Meh, lame betullah. Balik tu, Aish dan Ain duduk tunggu ketibaan van untuk balik rumah berchit chat tentang buku nilam yang baru itu. Duk meriah bercerita, Ain kata "Wei Aishah, nanti semua signboard aku masukkan dalam buku nilam", Aish ketawa dengan Ain. Aish balas, " Haa, okok. Nanti rumusan tu tulis apa tujuan signboard tu. Bagitahu nak berhenti, bagitahu ada kanak kanak melintas, nanti kompem sekejap je habis dah buku nilam yang pertama", ahahaha. Best betul masa ni.

Ouh yeah, dalam buku nilam tu ada untuk buku di alam maya. Aish memang suka macam ni, sebab banyak buku yang Aish baca. Tetapi! Untuk setiap buku dia bagi 3 markah sahaja, be like 'Wut de fudge?'. Dah la Aish suka baca buku bersiri, paling banyak ada 6 siri itupun beratus ratus chapter, dapat 3 markah je? Hurmm, apa boleh buat? Dah KPM arahkan begitu, begitu lah terjadinya. Tahun ini entah kenapa rajin pula Aish nak rekod buku Dapat aje buku nilam itu, terus salin buku yang Aish dah baca dari buku nilam yang lama. Ain pernah baca satu buku ni, ada 600 lebih muka surat dia tapi dapat markah 50 aje. Sepatutnya, if muka surat buku is 150 and above dah dapat 50 markah. Apa yang Ain boleh ialah tabah sahaja.

Ingatkan nak bercerita banyak lagi tapi entah kenapa sikit pula bila tulis ni. Haha, In Sha Allah nanti Rapperz akan publish chapter baharu, yang membuatkan akan terhibur. Bye bye tomato, jumpa breakfast esok dengan Rapperz😻😻.

Hidup Rapperz 😉Where stories live. Discover now