Amethyst Fanfiction

55 2 19
                                    

YOLO tomatoes!! Entah dari mana boleh dapat satu idea gila ni. But tak rasa nak tulis buku sebab malas. Maafkanlah Rapperz yer para tomato sekalian. Hehe, so about this crazy idea that struck into my mind. What if, Amethyst bukanlah Amethyst yang orang lain kenal? Okok, macam ni dalam dunia imaginasi Rapperz, Amethyst ialah kelas paling teruk dari segi akademik dan paling bermasalah dalam SMK Puchong Permai. Amethyst selalu ditindas dam diperlekehkan oleh guru guru dan para murid di sekolah itu. Ada 32 orang ahli kelas Amethyst yang telah sertai satu organisasi rahsia yang diinspirasikan oleh seorang guru sementara.

Masing masing ada kebolehan dan kelebihan sendiri dalam bidang berlainan. Markas Amethyst ini terletak di Putrajaya. Dan Amethyst berkhidmat sebagai penegak keadilan?? Mungkinlah. . . Apapun, setelah selama ini Amethyst diam sahaja walaupun ditindas, mereka diperlukan untuk menyelamatkan dunia dari cengkaman Fernand. Siapa Fernand? Orang bijak yang gila nak jadikan satu dunia ni hamba dia dengan merampas kuasa Presiden presiden negara menggunakan taktik kotor. Macam tikam belakang, upah hitman, bunuh secara terang terangan atau mengugut. Ada seorang detektif ni dah lama mengesan Amethyst dan akhirnya berjaya jugak atas kesilapan Iz sendiri.

Macam ni, Amethyst baru sahaja selesai melakukan misi rompakan di sebuah bank yang menipu terhadap pelanggan dan tidak berhati perut. Seorang anak kepada salah seorang klien bank itu mengupah Amethyst untuk rompak hasil duit tipu bank itu dan sebarkan kebenaran sebenar di laman web dam surat khabar. Wang yang dirompak itu kemudiannya diberikan kepada tabung zakat. Malam kejadian rompakan itu, Adam, Ain, Paveena, Iz, Aman, Nabil dan Bobby telah melancarkan serangan pada tengah malam.

Selepas memengsankan para pengawal di sana, kira kira 5 orang, mereka meneruskan langkah ke peti besi bank. Waktu tu, Aman tengah godam akses sekuriti peti besi tersebut. Tiba tiba datanglah seorang pengawal keselamatan yang tiba tiba memukul Paveena sampai pengsan. Iz pun apa lagi, datang sudaa perangai psiko dia, dia tendang pengawal lelaki itu di celah.kangkang dan pada masa yang sama mencekik lelaki itu.

Iz saja saja nak takutkan pengawal tu, pergi kelar hampir hampir dengan nadi dia. Terus pengsan. Adam sergah Iz daripada melebih lebih. After duit rompakan itu semua diangkut oleh Bobby dan Paveena didukung oleh Adam (secara berlapik) , mereka semua terus turun ke tingkat bawah untuk melarikan diri bersama Danish yang memandu kereta. Waktu nak turun tu, Iz tercicir dia punya pisau kecil istimewa. Pisau tu ada ukiran tengkorak dan ditempah khas oleh salah satu Sword Smith di Kuala Lumpur.

Detektif tu cari punya cari siapa yang tempah pisau kecil tu sampai jumpa. But tak ada sesiapa marah dengan Iz, sebab dah tiga tahun kott buat kerja ni. Takkan lah pegawai polis semua tak guna akal nak cari Amethyst. Dan dibawah ini semua maklumat yang berkaitan Amethyst Fanfiction.

  Sinopsis Amethyst

Amethyst, sebuah organisasi rahsia selama ini tinggal di taman perumahan yang biasa, menghadiri sekolah menengah yang biasa, memakai baju sekolah biasa dan mendapat keputusan peperiksaan yang biasa. Amethyst, selama ini dihina dimaki dan dipandang rendah hanya sebab mereka berada di kelas terakhir. Amethyst yang selama ini dibenci. Amethyst yang selama ini mendiamkan diri apabila mereka direndah rendahkan dengan ejekan.Amethyst yang selama ini biasa di mata semua. Amethyst yang hanya memahami sesama sendiri. Amethyst yang bersama sama menghadapi dugaan di hina dan dimaki

Tiada sesiapa sangka kelas Amethyst yang tercorot ini akan menyelamatkan dunia dari cengkaman Fernand. Amethyst yang menurunkan topeng yang dipakai. Amethyst yang mula menunjukkan potensi diri mereka. Orang lain mulai nampak belang mereka. Amethyst yang bukan calang calang. Amethyst dulu yang tidak peduli tentang diri mereka diperkotak katikkan kini bangkit bersama. Amethyst yang selama teguh bersama sebagai sebuah oraganisasi merancang menyelamatkan dunia. Amethyst yang anda bakal kenal.

Hidup Rapperz 😉Where stories live. Discover now