Saja saja

12 1 0
                                    

Mesti pelikkan baca tajuk chapter kali ini saja saja. Ke saja saja nak mainkan hati awak? Hahahaha, tak adalah. Sebenarnya Rapperz malas nak pikir tajuk sesuai untuk chapter ini sebab ada beberapa cerita yang hendak diceritakan pada para tomato sekalian. Exam dah habis, tetapi belajar macam biasa hari Jumaat tu. Nak cerita, masa tengah tunggu van pagi tu rasa beg macam ringan yang abnormal. Patutlah ringan semacam, rupa rupanya buku sains tak bawa! Tertinggal dalam bilik. Rapperz kat bawah tu dah gelabah habis. Berada daksn dilema samada nak ambil balik ke tak nak. Akhirnya Rapperz naiklah lif ambil balik buku. Dalam lif masa turun ingatkan memang nak cepat. Ada pula orang yang baik lif masa turun. Dalam hati Rapperz marah diri sendiri. Kenapalah tak turun tangga tadi?? Tetapi, Alhamdulillah selamat sampai di ground floor. Nampak dari jauh van dekat simpang tiga, apa lagi pecut ke beg, terus ready nak lintas jalan. Haha, satu benda yang Rapperz benci sangat sangat pada awal pagi. Nak dikata menyesal sebab naik atas, Cikgu Sains tak guna pun buku tu. Andai kata Cikgu tahu betapa susah payah Rapperz naik turun lif, dalam kelajuan yang abnormal untuk diri Rapperz, rasa seperti dianiaya.

Cerita kedua ialah pada hari yang sama, waktu KHB ERT, budak perempuan sedikit sahaja. Budak lelaki apatah lagi, sudah lah memang sikit. Jadi berkongsilah kami sekelas dalam satu bengkel. Yang perempuan sudah siapkan model kayu rasa happy lah. Yang lelaki pula baru nak buat. Jadi konon sudah berpengalaman tengoklah lelaki macam mana. Disebabkan dah sebulan jugaklah duduk belajar di bengkel, tak rasa janggal dengar bunyi mesin nak potong kayu. Budak budak lelaki semua jakun tengok mesin tu. Lepas tu ada kawan baik Aishah tergedik lebih waktu tengok Cikgu diaorang potong kayu. Rapperz describe eh. Kaki terjengket jengket, muka bajet takut, tangan dalam posisi takbiratul ihram cuma tangannya seperti kucing. Kemudian terlompat lompat kata "Wuish, seram seram". Ahahahagaga. Bukan nak kutuk ke apa. Lawak lah tengok lelaki macam tu. Yang perempuan kecil molek macam Puteri pun boleh guna mesin tu. Takkan lelaki tak berani kott. Mungkin ada yang kata pada Rapperz kau sape nak judge. Ya, Rapperz mengaku Rapperz tak buat sebab takut. Tetapi nampak tak macho kott lelaki macam tu, hehehe. Dah tu, selepas insiden ini kawan baik Aishah kena ajuk dengan member member perempuan. Maaflah kawan baik Aishah, tetapi inilah kehidupan. Ada manis, ada pahit, ada kelat, ada terlebih garam, ada tak cukup ajinomoto.

Cerita ketiga, petang tadi ada perselisihan faham dengan brother sekejap. Macam ni, pisang ada sebiji sahaja. Rapperz tak makan pun. Lepastu dia minta tolong kupaskan. Rapperz kupas, sebab tahu brother Rapperz jenis yang tak suka pegang benda benda melekit. Sesudah potong tu saya nak potong separuh sebab nak rasa pisang itu. But dia tak nak kongsi jadi, dia bawa lari pisang tu. Rapperz tak kisah sangat, setakat pisang ajerr. Tak lama kemudian brother masuk bilik dengan air milo. Peliklah, baru nak halau keluar suruh minum kat ruang tamu dia cakap milo tu untuk Rapperz. Apa lagi, suspicious gila kott. Jarang orang lelaki pujuk perempuan. Uhm, dalam family lah. Sekali rasa Milo tu, perrghh!! Manis sampai boleh kena kencing manis minum milo tu. Apa lagi, bagi Mom rasa sikit lepas tu tambah sikit air bagi sedap secukup rasa. Hari hari merajuk disua air manis macam tu lama lama mati cepat jugak.

Cerita keempat Rapperz sekalikan pasal exam, hari itu ada ujian Geografi. Dalam 20 minit lagi gitu Cikgu masuk bawa paper Geografi. Masa tu tak ada sesiapa yang bagi perhatian. Tak lama kemudian, Cikgu keluar, tak tahu kenapa. Dinah cadang tengok sikit soalan Geo sementara Cikgu tak ada. Rapperz saja saja aje acah nak membocorkan soalan tapi tak sampai hati sebenarnya. Then Puteri yang pergi tengok, sekali Puteri bagitahu ada soalan skala, semua kerumun. Rapperz sebenarnya dah cuak, macam mana kalau terkantoi dengan Cikgu. Itu yang tengok, Cikgu kat luar, tengah on the way jalan. Dah gelabah situ, bagitahu satu kelas. Padahal Cikgu masih berjalan dari hujung blok. Masa Cikgu sarang tu IzHarris konon jaga kertas tu, siap bagitahu Cikgu lagi. Eleh, dia pun sama sama tengok, ada hati nak cakap macam tu.

Pada hari yang sama juga waktu rehat tolong Ustazah pasang langsir dalam kelas. Memandangkan memang tak ada hati nak turun rehat panjat meja bak pasang langsir. Sekali ada meja yang bergoyang bila Rapperz pijak rasa takut sikit. Nasib baik tak jatuh, nasib baik tak runtuh. Alhamdulillah selamat. Ouh yeah, saja saja jugak nak cakap dekat sini Raihana rasa pelik Ain taj datang. Biasalah, dah tiga tahun kott bersama. Itupun Ain berisiko nak pindah sekolah. Ain kalau baca ni, jangan pindah wei, aku janji ulang tahun kita yang ke-10 aku belanja Laksa dekat kantin.

Esok pula dapat kertas Sains, punya hampa tak terkata dengan keputusan Rapperz. Bersyukur tu memang Alhamdulillah. Tetapi rasa tamak mahukan lebih daripada itu. Soalan punya senang but tak dapat A. Sabar ajelah. Lagipun tak boleh salahkan Cikgu. Sebab Cikgu sudah lama jadi pemeriksa PT3 yang tegas. Fahamlah Cikgu memang nak kita jawab dengan skema yang betul. But serius, dapat C pun rasa nak menangis apatah lagi gagal.

Cerita keenam, baru sahaja berlaku semalam dan hari ini, 12 Mac 2018. Semalam ni ada sesi ceramah sampai rehat. Mula mula ingatkan baru nak merungut sebab sia sia sahaja bawa buku, lagi lagi buku KHB-ERT yang tebal tu. Tapi mula rasa tak adalah menyesal sangat sebab penceramah tu berjaya membuat Rapperz anggap Algebra tu senang. Lol, maybe ada antara tomato fikir, alah Algebra aku pun boleh buat. Serius terbuka mata, buka hati buka fikiran, buka mulut ternganga selepas tahu macam mana cara nak buat Algebra. Yang bestnye penceramah suruh tak payah salin nota. Hehe, ada Rapperz kisah tak boleh ke tak payah ke, nak salin jugak.

Bukan senang nak faham, andaikata lupa boleh rujuk nota. And then, akhir akhir tu penceramah tu ada cakap pasal UPM ada anjurkan program untuk belajar Math dan Sains,  selama 3 hari 2 malam. Masa dengar aje 3 hari 2 malam ni, dah terfikir mesti mahal, paling tak pun bawah RM200. Masa inilah rasa membara  gila nak pergi UPM. Ada yang tanya ada iron ke, boleh bawa gitar ke, ada sekolah laun yang join jugak ke dan sebagainya. Dah elok elok dengar ni, tertanya dekat sana nanti belajar apa. After tanya that question, lagilah bersemangat nak pergi. Dia ajar Math dan Sains kott, siapa tak nak?? But disebabkan terhad tempat 100 orang sahaja, Rapperz memang sudah berazam nak pergi jugak.

Balik dari sekolah, terus bagitahu Mom Rapperz, and yesss, Mom kasi pergi. Yang buat lagi syok Lebih kurang satu kelas pergi, except for 3 orang ni, Aman, Amin dan Faris. Yang lain semua pergi macam, baguslah. Ada geng bila belajar, siapa tak suka? Esok hari, dah berkobar kobar nak jumpa Cikgu kaunseling sebab nak minta 33 helaian borang. Mula mula kitaorang 5 sahaja yang pergi. Which is me, Ain, Dinah Raihana dan Aishah. Ada beberapa pelajar yang nampak us berkerumun dekat Cikgu Norlela, mula satu persatu bangun. Apalagi, sebab nak secure autonomi jadi bodyguard belakang Cikgu, hahagaga. Bila orang tanya kami nak ambil berapa, cakaplah satu kelas 33 orang. Mata terbuntang. Entahlah apa yang pelik sangat dengan tu. But really excited sangat sangat nak belajar dekat UPM tu selama 3 hari 2 malam. Haa, nanti tunggu bab baru dari Rapperz yang akan bercerita tentang pengalaman di UPM.

『愛み』

Hidup Rapperz 😉Where stories live. Discover now