Fan Book Time( Wattpad Part 1)

9 0 0
                                    

Dah baca tajuk kan? Fan Book Time, chapter ini sekadar melafazkan rasa seorang peminat buku di Wattpad, which is Rapperz of course 😄. Nampak tak Part 1 tu? Haa, itu maknanya akan ada lagi banyak chapter tentang Fan Book Time. Urhmm. . . . Kenapa saya nak tulis dalam buku ini? Sebab suka hati saya nak tulis apa, inikan buku pasal Rapperz jadi pastilah semua yang tertulis dalam buku ini berkaitan dengan Rapperz. Dalam part satu ini saya nak bercerita tentang seorang author di bumi Wattpad ini bernama Saptember. Akak Saptember ini saya suka sangat sangat, sebab saya suka cara penulisan dia. Mula mula misteri, satu benda langsung tak terkait kemudian lama lama bila sudah mendalami cerita rasa macam terkena shock! Sebab something surprise me at the end of her story. Buku pertama yang saya baca ialah buku Sumpahan Coklat. Sebenarnya Rapperz tertarik dengan cerita itu sebab tajuk dia ada coklat, hehehe. . . . Mula mula macam tak nak layan tau buku ni.

Then, tiba tiba pada suatu hari cuti Rapperz tengah scroll library cari buku yang best untuk dibaca. Tekanlah buku Sumpahan Coklat itu. Memang berjaga sampai battery phone dead malam itu. Sakit hati sangat sangat sebab bateri habis waktu konflik berlaku. Itulah saat yang paling gembira sebab dapat tahu author Saptember! Kemudian, bermulalah hari hari marathon buku Akak Saptember. Dimulai dengan Pemuda Elit Yang Tersungkur. Dalam cerita ini, Beryl dijadikan watak utama. Semua berubah tentang Beryl selepas baca buku ini. Masa mula mula baca buku Sumpahan Coklat, ingatkan Beryl itu watak jahat yang menghalang Selwyn dan Monica, tetapi sangkaan Rapperz ternyata meleset lagi terbabas langgar divider alam maya.

Beryl ni betul betul buatkan hati Rapperz terpana dan dilanda rawang. Rapperz ada cerita pada Ain tentang Akak Saptember, mula mula dia rasa macam tak nak layan sebab Ain kurang gemar cerita fantasi dan magis ini. Ain lebih gemarkan buku buku cinta berjiwang dan berkerawang. Macam Rapperz, tak suka sangat cerita cinta klise.Dia punya sakit hati sebab lelaki bangang yang tinggalkan heroin cukup membuatkan hati Rapperz berdesing. Dah elok elok ada wife or husband yang baik tu tak payah lah nak cari yang lain. Hiish, sebab inilah Rapperz ada sikit sifat sexist. Urghh, laki ingat dia tu siapa? Tinggi sangat ke darjat kau tu daripada kaum perempuan ini? Aishhh, ni mulalah panas hati tak pasal pasal.

Tetapi selepas dia akhirnya habis membaca buku Sumpahan Coklat, dia pun turut minat dengan cerita Akak Saptember.
Dan kemudian suka dengan Selwyn tu. Selain siri 'Sumpahan', akak Saptember tulis cerita pendek yang lain. Macam, 'Kerana Aku Suka' dan 'Celah Kaki'. Rapperz tertarik dengan cerita macam ni, walaupun agak dark dan insane sikit cerita macam ni memang best. Ain tak berapa suka sangat cerita dark dark macam ni jadi Rapperz yang cerita. Ain cakap buku 'Kerana Aku Suka' itu menyeramkan.

Akak Saptember juga ada tulis buku yang macam main quest game. 'Dunia Ghais Lavanark' ini best, Rapperz memang tabik pada Akak Saptember sebab ada idea buat buku macam ini. Bila baca buku itu, memang susah nak mati tetapi sampailah di teka teki si siluman itu memang mengerikan. Tak sanggup sebenarnya nak baca sampai habis, saat saat terakhir sebelum mati kott, tak rasa berdebar? Akhirnya matilah Sha, si ahli sihir. Ain juga ada baca buku itu, sebagai watak _____ dalam buku itu. Dalam kata lain kalau nak hayati cerita magis, fantasi tak pun if you really are bored, you better search for Saptember's book. Rasanya sampai sini sahaja coretan tentang Fan Book Time edisi Wattpad Part 1. Part 2 nanti, Rapperz juga akan sebut tentang seorang author yang ada idea gila gila sikit dan illustrator yang sangat hebat, itu saya pasti. Dan semuanya, saya akan cerita lagi di masa akan datang.

Sekian, Rapperz out.

Hidup Rapperz 😉Where stories live. Discover now