Merentas Desa + Bila masuk Bab 4 Be like. . .

16 1 0
                                    

Heyyo tomato peoplez, apa khabar hari ni? Uhm, agak sengal pun ada jugak Rapperz ni. Hari ini ialah hari Sabtu, 10 Februari 2018. Pagi tadi ada acara merentas desa dekat sekolah, berjoging 6 km. Jauh tak jauh boleh sampai rumah tu 6 km. Hahaha, Rapperz nak bagi tips sikit, lari mesti konsisten. Tetapi jangan pernah sekali kali stop. Suka hatilah nak lompat ke, flying kick ke, terbang ke asalkan jangan berhenti. Rapperz rasalah kan, kalau dah penat berlari tu cuba lompat kijang kurang sikit rasa sakit, jarak yang dilalui pun jauh jugak. Masa mula mula berlari tu bersama Ain, tapi malangnya Rapperz telah meninggalkan Ain di belakang, haih kawan jenis apalah Rapperz ni. Nasib baik Ain cakap tak apa, kalau tak, haa kena hadap Ain yang tak puas hati. Hehehe Best jugaklah tahun ini punya merentas desa sebab have fun banyak. Dapat air milo free lagi masa lari, bersyukur sangat. sampai sekolah pun kurang sejam. Bangga wei, walaupun tak dapat nombor 20. Apapun tahniah Kaminni, IzHarris, Syahmi kawan baik aku, Dalilah dan exactly banyak lagi tapi macam biasa Rapperz lupa. Hehehe (˚~˚)ǁ..

Dan tahniah rumah Marikh yang tetap di hati ku, sebab berjaya mara tahun ini. Mungkin untuk batch tingkatan satu tahun ni rasa, alah dapat second last aje. But untuk Rapperz ini ialah pencapaian yang baik. Tema rumah Marikh tahun ini ialah '🔥Marikh Tetap Mara🔥'. Hahahahaha, entah kenapa nak jugak ketawa. Dan memandangkan chapter ni ialah gabungan antara dua bab Rapperz nak cerita jugak pengalaman masuk bab 4. As you know, Sains Ban 4 untuk tingkatan 3 ialah pembiakan. Dan ternyata hal ini mengubah perangai budak budak lelaki kelas saya. Ahahahaha, masa belajar bab 4 ni, semua lelaki kerumun Cikgu Sains kat depan kelas. Dahlah semua tinggi tinggi habis tak nak ape Cikgu tulis dan lukis. Semuanya bersemangat nak belajar sains tiba tiba 😂😂😂.

Sekali IzHarris tanya Cikgu Sains "Bab ni tak ada kerja amali ke?", dengan senyuman yang pervert sikit kat situ. Just boleh geleng kepala ajelah. Lepas belajar pasal organ pembiakan lelaki dan wanita, Cikgu ada tunjuk model organ pembiakan lelaki dan wanita. Semua lelaki sampai depan dulu dan bawak lari pergi meja bebudak laki. Yang tinggal model organ pembiakan lelaki sahaja. Nak buat macam mana, kaji jugaklah organ pembiakan lelaki. Entah kitaorang tanya apa, Cikgu Sains pergi search tentang bab 4 kat Google. Scroll ke bawah memanglah mula mula okay, but deep down ada beberapa gambar yang buat hati meraung, "Argh, why do I have to see this?!!". Dinah dekat sebelah pun scroll bawah laju laju. Tengah duduk berbincang dengan Cikgu mana duktus sperma dalam model tu, datang pulak segerombolan lelaki. Diaorang tanya Cikgu, mana dara perempuan? Cikgu pun layan cakap dara perempuan ada dekat serviks.

Hari Jumaat, sehari sebelum acara merentas desa ada waktu Sains, jadi belajarlah sambungan bab 4 yang lepas. Sambungan dia ialah pasal kitar haid wanita. Masa belajar tentang penebalan dinding uterus, a.k.a rahim para lelaki ingat yang organ pembiakan lelaki, which is zakar is going through dinding rahim. Be like, is your thing cukup panjang nak sampai uterus? Sampai serviks tu cukup aje la. Nak lebih lebih pulak. Seriuslah, satu kelas tergelak dengar jawaban Cikgu. Ada classmate Rapperz tanya Cikgu Sains, dara letak kat mana. Cikgu pun berseloroh cakap semalam laki yang tanya, hari ni perempuan pula yang tanya.

Yang mana belum masuk lagi bab 4 ni, bertaubatlah. Indah khabar dari rupa tau. Nak kena belajar pasal alat yang mencegah kehamilan tu memang serius seram. Rapper, pernah dengar satu ceramah tentang pergaulan lelaki dan perempuan. Sekali dia ajar macam mana nak gugurkan anak be like, seriusly? Ngeri wei, serius ngeri. Mula mula dia masukkan satu gunting panjang dalam faraj tu sampai uterus. Sampai aje uterus, dia potong kaki kandungan. Diikuti dengan tangan dan akhir sekali tarik badan kandungan keluar. Yang perempuan ngeram(ngeri + seram) tak??

Haa, rasanya cukuplah Rapperz tamatkan chapter di sini dulu. Karang entah bila pun tak habis. Bye bye tomato, love youu!!

\(°♡°)/

Hidup Rapperz 😉Where stories live. Discover now