AMANDA keluar dari perut kereta, dress yang sudah sedikit ternaik ditarik turun ke bawah. Kemudian, rambungnya disisir menggunakan jari untuk dikemaskan kembali.
"Amanda..." panggil Hans sambil menunduk sedikit kepalanya untuk memandang Amanda yang sudah berada di luar kereta. "Jam 12, aku tunggu sini."
Amanda mengangguk faham. "Hans jangan lupa juga,"
Hans tersenyum senget. "Hati-hati." Dengan sepotong pesan, Hans pergi.
Amanda peluk tubuh sendiri sambil memandang kereta Hans yang semakin menjauh. Percayalah kata dia, Hans yang akan mungkir janji.
Hans bukanlah jenis yang mungkir janji, tapi dia akan jadi jenis itu bila dengan Rania. Hubungan yang baru 1 tahun terjalin antara Hans dengan Rania benar-benar menjauhkan Amanda dari lelaki itu.
Amanda tahu, Rania yang buat waktu Hans penuh dengannya berbanding Amanda.
Dia dan Rania adalah manusia yang tak akan pernah damai untuk berada didalam satu ruang. Sejak hari pertama, Rania sudah jujurkan yang dia bencikan Amanda.
Katanya, Amanda ada hati pada Hans dan akan ambil Hans dari dia. Amanda adalah pesaingnya dan itu benda paling bodoh Amanda pernah dengar dari seorang bergelar peguam.
Amanda pula? Tak ada masa dia nak benci dan layankan Rania. Selagi Rania tidak ada didepan mata, semuanya akan baik-baik sahaja. Dia sahaja tahu sejauh mana hubungannya dengan Hans.
Amanda pusingkan kembali tubuh dan langkah dibuka menuju ke pintu masuk utama Sapphire Skyline Club— kelab malam bertaraf tinggi untuk golongan VIP itu.
Langkahnya penuh yakin, figuranya bergerak dengan sempurna, dan wajahnya tanpa secalit senyum. Walaupun tidak senyum, siapa yang melihat pasti tak mampu kalihkan mata dari terus memandang dia. Sangat cantik.
Masuk sahaja ke ruang yang separa padat dengan pengunjung itu, matanya meliar ke seluruh pelosok sambil kaki masih meneruskan langkah.
Kelab malam ini, bukanlah tempat yang asing bagi dia. Di sini adalah tempat Amanda akan berseronok dengan rakan-rakannya dan disini juga adalah tempat Megat Daniel sering luangkan waktu dengan rakan-rakannya.
Mungkin disebabkan pengunjung kelab ini rata-rata adalah dari kalangan berada, jadi privasi kelab malam ini sangat dijaga dengan ketat.
Bunyi bingit terus berpusu-pusu berebut memasuki lubang telinga sambil dia masih berjalan tenang menuju ke bar. Satu kerusi yang kosong dia duduki, soft drink dipesan kepada bartender yang muncul didepannya sebagai pembuka episod hari ini.
"On your way, my dear" ujar bartender itu sebelum dia sibuk menyiapkan pesanan.
Mata Amanda pejamkan, kepalanya bergerak ke kini dan kanan mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh DJ.
"Hello beautiful,"
Mata Amanda terbuka dan wajah lelaki yang kini sudah mengambil tempat disebelahnya dipandang. Irfan Danny Dato' Loqman, anak kepada pengusaha syarikat penerbangan yang kini semakin melonjak maju membina empayar sehingga ke tahap antarabangsa.
"Hello handsome..."
"I wonder what a beautiful angel like you doing here,"

ANDA SEDANG MEMBACA
Book 4 : Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...