Seorang budak lelaki bermain dalam bilik seorang diri. Tatkala itu, seorang gadis yang memakai jubah biru Cerulean datang dari arah belakang.
"Bhah!" Terkejut budak lelaki itu .
Budak lelaki itu memandang wajah yang telah mengacau dia bermain. Jelas dia sangat marah sebenarnya.
"Kakanda!" Jerit Tengku Muhammad Amran Al Azrash.
Puteri Nayli gelak kecil. Comel betul tengok muka adiknya yang tengah marah.
"Comel betul adinda ni, macam nak peluk je" ucap Puteri Nayli.
Dengar sahaja kakanda cakap begitu, terus sahaja Amran lari naik atas katil.
"Jangan harap! " Amran sudah bersedia dengan pedangnya disisi.
"Kenapa sampai pegang pedang pulak?!" Sampai hati adindanya.
"Kakanda peluk adinda sampai tak boleh bernafas tahu tak!" Jelas dia tak suka dipeluk oleh kakandanya tapi bonda dikecualikan.
"Yelah, kakanda tak peluk dah adinda," Puteri Nayli mengalah. Tak mahu dia cedera hanya kerana ingin memeluk adindanya. Pedang betul tu. Dah la adindanya handal bermain pedang walaupun baru berumur 7 tahun.
"Tahu takut!" Ish budak ni.
"Adinda main apa sorang - sorang? " Tanya Puteri Nayli.
"Adinda mana kawan. Kakanda pun, asyik sibuk dengan homework!" Puteri Nayli tersentak.
Dia mengakui bahawa dia jarang bermain dengan adindanya kerana sibuk dengan homework.
Dan dia tahu peritnya berseorangan. Duduk dalam istana besar tapi tiada orang, bukannya seronok pun."Takpe lah. Sekarang jom kita main!" Air muka putera itu bercahaya.
"Jom!"
Puteri Nayli ambik bantal dan lempar pada muka adindanya. Tepat! Badan Amran terdorong ke belakang akibat balingan bantal yang kuat oleh adindanya.
Amran menarik bantal dari mukanya. Gelak ketawa puteri Nayli melihat bantal itu kena pada mukanya.
"Siap kakanda nanti!💢" Amran membaling bantal kearah kakandanya. Tak mengena. Nayli cepat mengelak serangan dari adindanya yang masih kecil itu.
💢💢💢💢Amran merenggus.
Tak puas hati bila kalah dengan kakanda dalam perang bantal.Amran mengambil dua buah bantal lalu dia berpusing dan melepaskan bantal itu.
Amran pening sebab berpusing kuat sangat. Tapi hasilnya sangat memuaskan. Kedua- dua bantal kena pada muka dan badan Puteri Nayli. Dia jatuh terduduk diatas carpet yang lembut.
Semakin lama , semakin kuat pula mereka bermain.
Kakanda bermain lepaskan tekanan asyik dengan homework. Adindanya pula memang bermain habis habisan! Bukan senang nak dapat peluang macam ni.Habis kekabu dari bantal keluar. Bersepah satu bilik itu.
Kekabu yang berterbangan di udara itu dipandang oleh mereka dua beradik yang baring di atas carpet.
"Seronok betul!" Ucap Amran. Dia berasa sungguh puas! Puas dapat main.
Puteri Nayli memandang adindanya. Satu idea datang ke mindanya. Hehehe.
Puteri Nayli memeluk Amran dengan sangat erat secara mengejut.
Tak cukup nafas Amran dibuat sebegitu..."ka..ka..n...da.."
Lagi erat pelukan Nayli.Satu tumbukan padu dihadiahkan kepada kakandanya.
Baru boleh bernafas. Fuh.
Amran memandang kakandanya tajam. Dia mencari pedang miliknya. Eh? Takde?

ANDA SEDANG MEMBACA
KING behind the shadow
General Fiction🌼 Emirates Award 18; General Fiction Winner! Arigatou! 🌼 Title "King" is not match with the prince of Cerulean. He just a king behind the shadow. His identity, even his name always in the shadow. When he appears, nobody knows who is him. He is th...