Bab 4

30 4 0
                                        

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Kedengaran bunyi azan subuh sedang berkumandang. Azan itu bagaikan jam loceng buat keluarga Aisyah.

Aisyah bangkit daripada tidur. Dia bangun untuk melihat jam yang berada di luar. Dalam keadaan mamai dia berjalan keluar.

Matanya yang berat kerana mengantuk itu cuba dibuka .
Jarum jam berada dekat nombor 6. Pukul 6 pagi.

Ah, lupa pulak nak baca doa bangun tidur. Doa dibaca sebagai tanda syukur kepada Allah kerana masih lagi hidup pada hari ini. Sesungguhnya, tidur itu mati yang sementara.

Pintu bilik air dikuak. Tanpa cahaya daripada lampu, Aisyah mengambil wuduk. Lampu rosak. Kalau beli pun tak cukup duit. Haih.

Ayah dan adik lelaki aku dah keluar pergi solat di masjid. Hanya tinggal aku, ibu, dan 2 orang adik perempuan. Aku menjadi imam kepada kaum perempuan dalam rumah.

Kain sembahyang dilipat kemas, sebelum disimpan di dalam bilik.

Kalau orang mesti sibuk nak pergi sekolah. Tapi aku ni... macam tu lah. Aku bukannya pandai sangat. Dengan gaji ayah yang jadi nelayan ni pun hanya sedikit. Nak tampung semua pembelajaran anak-anak, mana mampu. Oleh itu, biar aku yang undur diri. Adik-adik lagi perlu untuk ke sekolah.

Baju sekolah adik yang sudah di gosok dipakai oleh Ali dan Anis. Baju yang Anis pakai tu baju lama aku. Mujur masih lagi okay.

Anis dan Ali menyalami tangan ibu , aku dan ayah. Adab penting yang mesti dilakukan oleh seorang yang bergelar anak.

"Kitorang pergi dulu!" Jerit Ali daripada luar.

"Tahu lah!" Aku menjawab.

Sarapan pagi yang siap terhidang di atas meja aku makan bersama keluarga aku. Aku tertanya - tanya, sampai bila kitorang akan hidup susah macam ni?

Aku beristigfar. Aku tak bersyukur langsung dengan apa yang Allah bagi. Astagfirullahalazim!

Setelah selesai sarapan, aku menunaikan solat dhuha. Dengan kelapangan yang ada ni, baik aku manfaatkan sebaik mungkin.

Tok, Tok, Tok!

Bunyi ketukan pintu. Siapa?

Aku mencapai tudung warna hitam, dan membuka pintu.

"Assalamualaikum, maaf menganggu." Seorang lelaki yang tinggi yang berpakaian sangat kemas berada di hadapannya.

"Waalaikumussalam, ada apa encik datang ke sini?" Aku bertanya. Pelik. Sepanjang aku hidup, tiada lagi orang yang sanggup datang ke rumah kami.

"Saya merupakan utusan dari istana. Saya datang ke sini untuk bagi ni pada cik." Zharif menghulurkan sampul surat besar kepada Aisyah.

Aisyah menyambut huluran itu. Sampul itu dibuka. Betapa terkejutnya dia apabila melihat sejumlah wang dalam sampul itu.

"Maaf, saya tak dapat terima. Ia terlalu banyak. Dan saya takkan terima duit ni daripada orang yang tak dikenali."

Zharif tersenyum. Reaksi yang sudah diagak olehnya. Rancangan Tengku Amran dijalankan.

"Adakah Cik mahu ingkar arahan pihak istana?" Guna psikologi dulu.

Aisyah tergamam. Tidak terlintas dalam fikirannya untuk ingkar arahan pihak istana lagi lagi kalau dari raja sendiri.

"Bukan... saya...cuma..." sudah, dia tidak tahu mahu menjawab.

"Pihak istana telah hantar saya untuk bagi sumbangan ini untuk bantu rakyat. Memenuhi kebajikan rakyat. Cik juga merupakan rakyat kerajaan Cerulean. Oleh itu , sudah menjadi tanggungjawab seorang pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat. " Panjang betul Zharif bercakap. Ini pun kena ikut skrip Tengku Amran.

"Saya..."Aisyah masih lagi ragu-ragu. Tiba- tiba je dapat bantuan yang tidak disangka-sangka. Sungguh, rezeki itu Allah yang bagi. Manusia hanyalah perantaraan.

"Cik, tak perlu ragu. Ini merupakan tanggungjawab pemimpin ke atas rakyatnya. Cik bukan sahaja dapat guna duit ni untuk baiki taraf hidup ,malah pihak istana juga akan bagi biasiswa untuk Cik sambung belajar." Sebenarnya banyak lagi kena cakap ni, tapi cukup dulu setakat ni. Mahunya gadis di hadapannya terkejut teramat nanti. Ni semua dalam rancangan Tengku Amran.

"Biar betul!" Air matanya menitis. Tak sangka langsung dia dapat sambung belajar balik. Sesungguhnya Rasulullah ada mengatakan bahawa menuntut ilmu fardu ke atas setiap Muslim.

Lepas je Zharif berlalu, Aisyah terus buat sujud syukur.

Aisyah dengan gembiranya memberi tahu ahli keluarganya tentang berita ni.

"Puas hati , Tengku?" Tanya Zharif kepada Tengku Amran yang bersandar pada dinding .

"Of course! Amacam rancangan ni, terbaik kan?" Bibir Amran mengukir sebuah senyuman. Akhirnya dia dapat jugak tolong budak tu.

"Boleh tahan, tapi panjang sangat skrip yang Tengku bagi tu. Saya skip sikit .  Dari mana Tengku dapat idea pasal hadis tu ?Yang tanggungjawab pemimpin terhadap rakyatnya." Tengku Amran tak menyangka yang Zharif akan tanya pasal tu.

"Er..." takkan nak cakap aku selinap masuk perpustakaan semata- mata nak cari ayat yang sesuai.

"Rahsia." Tengku Amran menjawab dengan jawapan yang agak selamat.

"Tengku nak berahsia jugak dengan patik." Zharif buat muka merajuk.

"Privacy kut." Zharif hanya menggeleng melihatkan sikap putera kerajaan Cerulean.

"Jom, balik ke istana. Lepas ni, Tengku ada kelas subjek Sejarah, Matematik dan Tatasusila." Amran berdecit perlahan.

Aku baru ingat nak ponteng kelas. Nampaknya tak jadi, sebab Zharif ada. Susah nak ponteng!
Mesti ayahanda yang suruh ni. Sebab tahu aku akan ponteng kelas. Hanya Zharif sahaja yang boleh ayahandanya harap untuk jaga anakandanya yang nakal + bijak ni.

KING behind the shadow Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang