Bab 3

35 8 0
                                    

Seorang lelaki yang memakai hoodie hitam berjalan disekitar bandar Navy iaitu bandar yang agak dekat dengan istana . Pada pukul 10: 30 malam, masih ramai lagi manusia yang belum tidur.

Lelaki itu hanya memerhati apa yang berlaku di hadapannya. Manusia sibuk berurus niaga pada waktu malam . Restoran merupakan tempat tujuan utama manusia ketika itu.

Bau makanan dari gerai yang tidak jauh darinya menggamit selera. Perut yang mendendangkan lagu minta makanan. Duit dikeluarkan dari kocek seluar. Ada 2 $. Cukup kut nak beli roti tu.

Amran hampir sahaja nak terkeluar air liur melihat banyak makanan yang sedap berada di hadapannya.

"Burger daging satu" ujarku kepada Pak Cik yang jual burger itu.
Pak Cik Burger itu lantas membuat burger dengan cekap dan pantas.

Aku perhati macam mana Pak cik tu buat burger. Mana tahu, lepas ni boleh buat sendiri.

"Siap!" Pak cik itu memberi roti burger yang dibalut kemas dengan plastik pembungkus kepada aku. Aku menghulurkan 2 $ , dan dia memberi baki 0.50$.

"Terima kasih" ucapku lantas pergi dari situ.

Aku duduk makan Burger di tangga bangunan. Sekali nampak, macam aku ni pengemis jalanan sahaja. Biar lah.

Aku memandang budak - budak kecik yang turut berada di situ. Diorang pandang burger aku. Diorang lapar ke?

"Nak?" Tanyaku kepada mereka.
"Nak!!" Aku dapat lihat diorang happy sangat bila aku pelawa burger yang dah tinggal separuh.

Burger itu aku bahagi tiga. Sikit je😂. Diorang ambik satu seorang.
"Maaflah, be..... Abang boleh bagi sikit je." Mujur tak tersebut bahasa istana tadi. Mesti diorang pelik.

"Ni pun, kitorang dah bersyukur. Bukan senang kitorang dapat makan." Ucapnya gembira sambil mengunyah burger dalam mulut.

"Kalau ye pun, habiskan makanan dalam mulut tu. Baru cakap," aku hanya mampu menggeleng kepala. Aku teringat Bonda pun pernah tegur aku sebab bercakap ketika makanan penuh dalam mulut.
Diorang hanya mampu tersenyum malu.

Kejap... budak tu kata bukan senang nak dapat makanan? Eh?

"Kenapa korang cakap bukan senang nak dapat makanan?" Aku curious nak tahu sebabnya.

"Er...." budak itu mati kata.
Seorang budak perempuan yang agak tinggi daripada budak tadi mengetuk perlahan kepala adiknya."kenapa la kau cakap macam tu tadi."
Budak lelaki itu menggosok kepalanya yang menjadi mangsa ketukan kakaknya. "Tersalah sebut."

Aku yang memerhati ini agak terkejut dengan budak perempuan itu. Ganas betul budak ni. 😂. Aku boleh dengar yang diorang berbisik. Diorang seperti tak nak jawab soalan aku.

"Maaf, kitorang tak boleh jawab soalan abang tadi." Budak perempuan itu menjawab dan dia berlalu pergi sambil memimpin adiknya yang kecil.

"Sorry, abang. Kakak kitorang memang macam tu. Tapi terima kasih tau untuk burger tadi." Budak itu mahu turut mengikut kakaknya pulang.

Aku tersenyum. Tak nak bagi tahu kat aku ye....  Takpe, aku boleh siasat korang sendiri. Aku mengekori diorang dari jarak yang agak jauh supaya mereka tidak perasan.

"Ali jangan cakap macam tu lagi tau!" Pesan Aisyah kepada adiknya.
"Tapi kenapa, kak? Mana tahu diorang boleh tolong kita?" Ali tak faham kenapa kakaknya marah apabila dia tersalah sebut tadi.

"Akak tak nak diorang simpati pada kita dan akak tak nak diorang nampak kita ni lemah!" Aisyah menjawab soalan yang diutarakan oleh adiknya.

"Mesti pasal perempuan tu kan?" Teka Ali.

Aisyah tak nak perkara dulu berulang sekali lagi.
Pernah sekali, dia menerima sumbangan daripada seorang gadis atas rasa simpati. Namun mendengar sahaja gadis itu mengatakan sesuatu yang agak sensitif dia terus menolak pemberian itu.

Gadis itu cakap, "Kesiannya....ambik duit ni untuk beli makanan. Maklumlah kau bukan ada duit nak beli makanan.
Saat itu, Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati dengar dia cakap macam itu. Aku tahu aku ni miskin, tapi jangan sesekali anggap aku ni lemah, nak simpati orang lain!

"Takpe lah, akak. Ali tak buat lagi macam tu." Ali masuk ke rumah yang serba kekurangan itu.

Aisyah mengeluh. Dia tak mampu nak terima nak percaya pada orang lain lagi.

Amran  mendengar perbualan mereka berdua itu . Oh, nama diorang Aisyah dan budak itu Ali.

Dari pemerhatiannya, dia rasa perempuan yang bernama Aisyah tak percaya pada orang. Sebab itu dia tak nak jawab soalan aku. Okay.

Rumah yang mereka duduki juga agak lama dan macam tak selamat. Jauh dari pandangan orang. Agak bahaya.

Macam mana dengan pendidikan diorang? Okay ke? Adakah mereka perlu bantuan apa- apa ke?

Apa yang aku boleh buat untuk tolong diorang? Budak tu tak nak percaya pada orang. Hmm....

Ting!

Satu idea datang. Tapi...macam mana nak laksanakan?
Kalau aku yang buat komfem terbongkar rahsia aku.

"Tengku!" Panggil seseorang dari arah belakang.

Tepat pada masa!

"Amran ada tugas untuk Abang Zharif...."Amran membisikkan rancangannya kepada Zharif.

"Biar betul? Tapi macam mana kalau dia tak terima?"

"Hish! Mesti dia akan terima jugak sebab ni arahan raja Cerulean!" Amran yakin dengan apa yang dia buat.

"Menjunjung perintah tuanku." Zharif berlalu untuk melaksanakan misi yang diarahkan oleh Putera Cerulean.

Amran terus lesap daripada tempat itu . Identitinya tidak boleh diketahui oleh sesiapa. Kerana dia adalah putera kerajaan Cerulean.

KING behind the shadow Where stories live. Discover now