Bab 10 secoet

11.5K 110 31
                                    

“Am I such a threat?”

Apabila Hazrul memajukan langkah, Daliya berundur ke belakang. Naik ke atas katil semula. Tubuh tegap Hazrul sudah berada betul-betul di atasnya.

Pandangan bertaut.

“If I am a threat, kenapa you benarkan I masuk?” Berbisik perlahan namun tegasnya tetap ada. Muka Hazrul berjarak beberapa inci sahaja dari Daliya.

Hembusan nafas Hazrul mengenai kulit mukanya. Membuat Daliya terpejam. Tiada bau rokok. Sebaliknya harum mint pudina yang memenuhi rongga hidung. Menjadikannya kemabukan.

Di luar sedar, jemarinya mendarat di atas ketulan otot dada si suami. Merasai kehangatan yang sudah lama tidak dijamah.

“I…I tak…”

Suara Daliya tertelan di kerongkong ketika bibir Hazrul melekap di bibirnya. Mematikan kata.

Merenggangkan muka, Hazrul senyum panjang. Nampak nakal dan liar.

“You tak perlu jawab sebab I dah tahu jawapannya.”

***
Bab 10 full saya x akan update kat sini ya. saya hanya update kat dalam group FB je.

kalau nak baca boleh join group Farah Darianna ya.

tq

Lelakimu Yang Dulu [TERBIT] Where stories live. Discover now