Jimin dan PA nya Aera berjalan memasuki restoran stylish tomato. Mereka baru sahaja habis bertemu client. Dah alang-alang habis meeting tu waktu lunch , diorang lunch la sekali.
"Boss , takde restoran lain ke?"
"Kenapa? Ini je yang terdekat saya malas nak pergi jauh-jauh. Lagipun ok je makanan kat sini"
"Erm ok" Aera memasamkan mukanya. Tak suka! Benci!
Jimin memandang wajah Aera yang masam itu. Dia menggelengkan kepalanya. Bukannya dia tak tahu kenapa Aera tak suka pergi sini. Restoran ni banyak kenangan mereka berdua sewaktu bersama dahulu.
Mereka mengambil tempat di tepi dinding kaca. Boleh menikmati suasana luar sambil makan makanan yang enak ini ufufufu.
"Order?"
" macam biasa " Kata Jimin sambil tersenyum.
"Erm saya nak nasi goreng peek a boo pataya dengan coffee red flavor"
"Okay. Pesanan sampai kejap lagi. Terima kasih" kata pelayan tersebut sambil tersenyum.
"Awak.. selalu makan sini?" soal Aera. Yelah , curiga dia apabila dia meminta pesanan 'macam biasa' itu tadi.
"Selalu juga lah. Saya selalu makan sini bila saya serabut. Nanti teringat masa dulu-dulu. Saya selalu makan dengan seseorang tu dekat sini. Lepastu teringat kenangan manis kitaorang kat sini , saya jadi tenang. "
"O-ohh erm d-dia pergi mana?"
"Dia tinggalkan saya. Dia salah faham. Saya sebenarnya terperangkap. " Jimin tersenyum hambar.
"Awak...masih sayangkan dia..?" Jimin tergamam mendengar soalan daripada Aera. Sayang ke?
Dia memandang wajah Aera. Dari mata , turun ke hati. Dugeun dugeun.
30saat...
1minit..
3minit...
"Excuse me? Pesanan dah sampai"
Kacau!
------
"Aera , cepat ikut saya sekarang."
"Haa ? Pergi mana? Sekarang kan free boss." keningnya berkerut.
"Ish ikut jelah ! Saya boss ke awak yang boss sekarang ni?"
" k fine ! " Aera menggulingkan bebola matanya. Menyampah !
-MYDIN HYPERMARKET-
"Boss , kita buat apa kat Mydin ni boss? Kalau kita pergi Paradigm logik la juga. "
"Awak kena tolong saya "
"Apa dia?"
.
.
.
.
."Aera cepat pilih ! Mana satu yang cantik ni?"
"Manalah saya tau ! Boss ni tanya saya pulak !"
"Ish awakkan perempuan. Takkan awak tak reti?" Aera menggeleng dungu.
Jimin menepuk dahinya. Apalah anak dara pilih ikan mana satu yang cantik pun tak reti?
"Habistu macam mana ni?"
"Manalah saya tau ! Boss nak buat apa beli ikan pulak ni? Kenapa tak suruh bibik je? Takkan lah takde bibik kot. Kata Boss"
"Saya takde bibik kat rumah ok. Omma saya tak bagi amik bibik "
"Kenapa tak amik? Boss tahu tak , kalau boss amik bibik , boss dah buka peluang pekerjaan kepada beberapa makcik makcik yang still cari duit even dah berumur demi nak cari makan. "
"Ergh boleh tak jangan membebel? Bising tahu bising? "
" ee saya cakap betul kan ! "
"Dik , apa ni gaduh-gaduh? Tak elok tau pengantin baru macam adik berdua ni bergaduh "
Haa sudah.
"Eh makcik ni. Dia boss saya la bukan suami saya. Siapa je nak kawin dengan mamat acah macam dia. Ergh"
"Abai je dia makcik. Dia ni memang. Gila. Ha alang-alang makcik tegur kami ni , boleh mintak tolong tak?"
"Ha tolong apa?"
"Erm mana satu ikan yang cantik?"
.
.
.
.
.
.Jimin dan Aera sudah pun keluar dari mydin tersebut dan menuju ke arah kereta Jimin.
Tiba-tiba Aera terpandang satu motor menjual aiskrim.
"Jimin" Aera menahan tangan Jimin. Jimin menoleh ke arah Aera lalu menjungkitkan keningnya.
"Nak aiskrim. Teheeeee"
"Tak boleh"
"Alaaaaa boleh lahh Chimmmm" dalam tidak sedar Aera terpanggil nama manja Jimin.
"Ish kita dah lambat lah. "
"Ala ala ala please la chim orang nak aiskrim hm" Aera mencebikkan bibirnya. Taktahulah kenapa tiba-tiba jadi manja.
"Haih jomlah. "
"YEAYY JIMIN BAIKK ! Thank you !" Jimin hanya tersenyum. Bahagia dia tengok Aera happy macam ni.
" ha awak pilih la mana-mana yang awak nak "
"Okay ! Pakcik saya nak aiskrim dalam cawan campur-campur perisa ! Letak topping sikit haa kasi special. "
"Boleh adik manis. Boleh boleh. Ha abang mau apa?"
"Takpelah saya taknak" pakcik aiskrim tersebut hanya mengangguk.
Sap sap sap ! Maka aiskrim pun telah siap. Lincah pakcik ni.
"Nak yini aiskrim spesial buat adik manis. Have fun."
"Nah pakcik. Keep the change" Jimin menghulurkan sejumlah wang besar kepada pakcik tersebut sambil tersenyum.
"Terima kasih aa. Alhamdulillah rezeki. "
Jimin dan Aera pula berjalan ke satu bangku yang disediakan. Jimin dekut tak kasi Aera makan dalam kereta. Takut tumpah nanti sayang kereta dia.
Aera makan aiskrimnya dengan senang hati dengan penuh bahagia. Jimin hanya memandang wajah Aera sambil tersenyum.
'dia masih cantik macam dulu..' kata Jimin dalam hati.
Aera yang sedang makan aiskrim itu terasa diperhati. Dia memandang ke arah Jimin. Jimin yang tersedar Aera memandangnya itu terus memandang tempat lain. Malu !
"Kenapa pandang saya tadi? Awak nak ke?"
"Nak nak !" Jimin mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Nah. Nganga mulut. Aaaa~~~~" Aera sudah bersedia untuk menyuap Jimin. Jimin pula membuka mulutnya seluas-luasnya sambil mata tertutup.
Pak !
Semangkuk aiskrim melekat pada kepala Jimin. Manakala Jimin dengan tabahnya membuka mata.
" HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA " Aera tergelak besar.
" YAHH !!! Haish Aera kenapa baling aiskrim tu kat saya?!!"
" HAHAHAHAHAHA PADAN MUKA !" Aera melarikan diri lalu berlari ke arah kereta Jimin.
" Yah Choi Aera jangan lari !!" Jimin mula mengejar Aera.
"Jaga awak nanti kalau saya dapat awak !" jerit Jimin. Aera hanya mengabaikannya dan terus berlari.
Zap !
Dengan pantas Jimin memeluk Aera dari belakang.
" Ha nak lari mana ?! "
" Hahahahahaha awak stop ! Hahahahahahahahahahhaksbdkxsbdbxbsh " terbahak habis Aera apabila Jimin menggeleteknya.
Apa bende tah geletek-geletek dekat car park 😪
"Baby ?" satu suara telah menghentikan kesawitan mereka berdua.
"B-baekkie?"
-----
Terpanjang pulak.
YOU ARE READING
Sumpah ; Park Jimin
Fanfictionseperti tajuk yang korang tengok, sumpah. ha kau fikir sumpah batu belah batu bertangkup tu ke? atau cerita dongeng yang selalu dijadikan buku teladan untuk anak-anak tu? tidak. nak tahu sumpah apa? bacalah :) Enjoy! ;)