empatbelas

74 11 6
                                    

" hoi jimin duhai anakku tak laku ,  bangun "

" ala omma harini cuti la . jimin nak tidur lama sikit "

" ha yelah . nanti lapar makan tau omma dah buat breakfast tu atas meja. Omma nak keluar ni jumpa member babai " dahi jimin dicium sekilas.

" erm nae omma " jimin menarik comforter nya menutup wajahnya. Ngantuk semalam stalk Aera sampai dia balik rumah.

Kreak ~

Pintu ditutup.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

-PAVILLION-

" di sini telah bermula semua kisah kita ~
Dan akan ku genggam segala janji kita duluuu ~
di sini hanya ku pinta kejujuran
mencintai diriku dengan setia ~ "

Mama Jimin a.k.a Puan Park menyanyi lagu ost drama pukul 7 yang bertajuk tiada arah jodoh kita yang dinyanyikan oleh Dato' Sri Siti Nur Haliza yang baru sahaja melahirkan anaknya itu dengan riang hati sambil memilih handbag baru untuk bulan ini.

Puan Park ni tak boleh. Setiap bulan dia kena tukar handbag dia. Orang kaya kan biasa lah. Kalau tak membazir tu tak sah.

" perjalananku sungguh jauh ,
ada jatuh ada bangun ~ " nyanyinya lagi dengan riang hati.

" dan ku tempuhi , semuanya dan terus berlari ~ OH YEAH ! " secara tiba-tiba seseorang telah menyambung nyanyian Puan Park. Puan Park menoleh ke belakangnya.

" HEYY CHOI ! LAMA TAK JUMPA ! "

" HEYYY "

" we're so young , we're so freaky . we be screaming go , go go "  kedua-dua wanita diva itu menyanyi lagu Go by NCT Dream bersama-sama.

" eh kau pe kabo sekarang " soal puan Choi .

" hm aku macam ni jelah Choi , sorang-sorang je dekat rumah. Ada suami dah meninggal . Ada anak sibuk kerja. Kerja aku main masak-masak jela dekat rumah "

" hm sama lah kita Park , masing-masing janda . nasib baik kita ni janda terhangat hahahahahaha " gurau puan Choi dan mereka berdua ketawa bersama. Lawak kot entahla aku tak tau ape bende yang lawak.

" eh kita berbual kat sini tak best lah. Jom aku belanja kau minum? "

" minum je buat apa. Makan sekali lah."

" ha boleh-boleh . jom-jom "

-STARBUCK-

" eh Park . anak lelaki kau sorang tu apa cerita? Siapa nama dia tu? Jeman? Jemun? Jimun? "

" Jimin , Choi . dia tu entahlah aku tak tau nak kata macam mana. Sampai sekarang tak kahwin-kahwin "

" laa takkan lah dia kan handsome . berkerjaya pula tu . girlfriend takde girlfriend ?"

" hm ada pun seminggu dua putus , Choi "

" huii playboy bebenor anak anda tu . sama je macam anak aku "

" haih itulah. Anak kau yang mana satu ni? "

" yang perempuan tu lah si Aera tu . tiap-tiap hari lain-lain jantan bawak dia pergi shopping . balik-balik ada la nanti barang dia dapat . branded pula tu "

" ouh si Aera tu . eh dia bukan baik ke budaknya , cantik pulak tu "

" entah ler dia tu "

" eh alang-alang anak kita ni sama playboy playgirl , taknak ke kenen kenenkan mereka berdua " puan Choi menjungkitkan kedua keningnya beberapa kali.

" Aera dengan Jimin ? Entahlah aku taknak paksa , kalau diorang nak aku tak kisah . dapat berbesan dengan kau best juga hahahah "

" ala kita try la buat blind date untuk diorang . mana tau dah jumpa nanti nak ke . kalau ada jodoh ha kawin la diorang tu nanti "

Puan Choi memandang lama wajah Puan Park yang mempunyai 1001 rahsia disebaliknya.

____

" KENAPA AERA KENAPAAAAAA????!!! "

" KENAPA KAU TINGGALKAN AKU ??!! EH KAU DENGAN BOSS KAU TU SAMA-SAMA BOLEH PERGI MAMPOS LAH !!! "

teriak Baekhyun di dalam biliknya.

PRANG !

frame gambarnya bersama Aera dibaling ke lantai. Hancur berkecai. Tetapi tidak sehacur hatinya apabila Aera kesayangannya meninggalkannya begitu sahaja.

" Baekhyun ! Baekhyun sayang buat apa dalam bilik tu?! Bukak pintu ni sayang . Baekhyun ! " pintu bilik Baekhyun diketuk bertalu-talu dari luar. Ommanya berusaha memujuk Baekhyun supaya membuka pintu tersebut.

Baekhyun memandang lama ke arah kaca yang berkecai itu tadi. Dia mula mengambil satu serpihan kaca yang agak besar. Serpihan kaca tersebut dihala pada lengannya .

" LEBIH BAIK AKU MATI !!! " dengan pantas Baekhyun menoreh tangannya dengan menggunakan serpihan kaca itu tadi.

Kepalanya mula berpinar. Segala yang dilihat semuanya kabur.

Buk!

Dan semuanya menjadi gelap.

-----------
TAK SANGKA AKU BUAT CERITA MACAM NI HAHAHAHAHAHAHAAH

Sumpah ; Park JiminWhere stories live. Discover now