duabelas

70 14 0
                                    

Jimin ,


" babi? " tegur seorang lelaki.

Eh sukahati dia je panggil orang babi.

"B-baekkie"

Baekkie? Nama orang ke tu? Kenapa macam nama kedai kek? Bakery. Pelik pelik.

"Awak..buat apa kat sini? And ni siapa?" lelaki tadi memandang aku.

"Oh.. Erm i-ini boss saya"

"Ouh boss. " lelaki tadi menganggukkan kepalanya lalu memandangku sambil tersenyum. Erm dia nak berkenalan ke tu?

"Err saya Park Jimin , boss Aera " aku menghulurkan tanganku untuk bersalam dengannya.

Namun huluranku tidak disambut. Dengan bengangnya , aku menurunkan tanganku. Biadap punya budak. Dah lah pendek.

" kalau boss , kenapa keluar sampai pergi hypermarket? "

"Salah ke saya nak keluar dengan pekerja saya? Lagipun dia ni PA saya , encik tu siapa bagi dia?"

"Siapa aku? Aku BOYFRIEND Aera. Kenapa? Ada masalah?"

"Ouh boyfriend. Maaf lah encik , kalau kata-kata saya ni mengguriskan hati encik. Tapi kan , kalau takat BOYFRIEND dia je , rasanya encik tak perlu kot nak halang dia keluar dengan sesiapa. Lainlah kalau encik ni SUAMI dia. "

"Kau !!! " lelaki tadi mahu menumbuk muka pebelesku.

"Baek ! Jangan buat malu !" Aera menahan lelaki tadi daripada ingin menumbukku.

"Heh baru cakap sikit dah nak bertumbuk. Perangai mengalahkan budak-budak" aku mula berjalan ingin memasuki keretaku.

" eh gaduh sini setel sini ah ! Pengecut ! "

" Byun Baekhyun !!! "

"What?!! Awak nak bela boss awak tu pulak? Eh saya ni boyfriend awak tau"

" sorrylah beb aku bukan pengecut , tapi aku taknak cemarkan tangan fab aku dengan muka kotor kau tu. Sorry. Najis mughollazoh. Aera , masuk kereta cepat " lantas aku masuk ke dalam kereta. Menyampah beb dengan jantan tu.

Baru sahaja Aera ingin memasuki keretaku, lelaki tadi menahan lengan Aera.

" sampai hati awak kan? "

"Byun Baekhyun , lepas " Lelaki bernama baekhyun itu memandang Aera lama. Dia mengeluh seketika lalu melepaskan lengan Aera lalu berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
-DALAM KERETA-

Keadaan kini sunyi. Tiada apa-apa yang berbunyi. Aku nak bukak radio nak kasi hilang awkward pun takut Aera marah pulak. Sebab dia tak suka dengar radio masa dalam kereta.

"Ehem. Ermm , lelaki tadi tu boyfriend awak?"

"Hmm"

"Ouhh. Erm awak sayang dia tak?"

"Awak rasa?" soalan dibalas soalan. Klishe sungguh.

"Mestilah awak sayang , kan? Dia kan boyfriend awak "

"Sayang? Tch"

Ok mood Aera memang barai habis kali ni. Marah sangat kut dengan boyfriend dia tadi. Aku mula memasuki simpang untuk ke kedai runcit.

7eleven kutuju.

"Awak nak beli apa-apa tak? Nak turun sekali?" soalanku hanya dijawab dengan gelengan daripadanya.

"Oh okay. Kunci pintu tau. Bahaya" pesanku lalu keluar dari kereta tersebut.

Aera ,

Haih masalah betul la baekhyun ni. Tadi elak aku tendang je dia punya tut. Memalukan betul.

Ting! Ting!

Telefon berbunyi. Ada haiwan dalam bahaya. Ada haiwan dalam bahaya disana.

2messages from baekkie💕

'bae , im sorry'

'jumpa mlm ni?'

Aku dah malas nak layan mamat ni dah. Menyusahkan aku je kerja dia. Biarlah malam ni aku settle dia.

'ok'

Ting!

'pukul 8 sy amik awk'

Aku hanya membiarkan sahaja mesej itu tanpa dibalas. Malas nak layan.

Tok! Tok!

Cermin pintu diketuk. Kelihatan Jimin berada di luar. Aku hanya membuat mulut 'tak kunci' dan dia memahaminya lalu membuka pintu.

"Kenapa tak kunci? Kan saya dah pesan kunci pintu. Kalau ada orang masuk tadi macam mana?" bebel Jimin setelah masuk.

"Kalau dia masuk saya karate lah dia. Apa susah"

"Susah lah cakap dengan awak ni. Orang risaukan dia , dia loyar buruk kat kita pulak. Nah ni amik coklat ni. Makan. Biar hilang sikit mood barai awak tu" dia menghulurkan sebungkus coklat. Aku menyambut hulurannya.

"Hm thanks"

Horreyyy dapat cokelat. Ngeh ngeh.

Dengan pantas aku membuka bungkusan coklat tersebut lalu makan. Sedap as always !

Thank you Jimin ! Mmuahhhh ! ✨

----
Untungler dapat cokelet 😴

Vote mari 🗿🗿🗿

Sumpah ; Park JiminWhere stories live. Discover now