Episode 1

42 1 0
                                    


"When inner situation is not made conscious, it appears outside as fate,"
      - Carl Jung -

"Hmm hujan pulak," keluh Shahidah yang baru sahaja mengunci butiknya. Hari ini dia menutup butiknya agak lewat kerana perlu melayan pasangan yang mahu menempah baju pengantin di butiknya.

"Haih anak-anak muda zaman sekarang. Dah hilang rasa malu," keluhnya mengenangkan peristiwa di butiknya siang tadi. Pasangan tersebut bakal berkahwin dalam masa dua bulan lagi. Tanpa menghiraukan orang sekeliling, mereka bertengkar akibat perselisihan faham tentang perkara yang remeh-temeh. Seorang mahu gaya ala Barat manakala seorang lagi ala Hindustan. Hadoii pening! Terpaksa lah Shahidah dan pekerjanya yang lain masuk campur untuk meleraikan mereka.

Dia berlari-lari anak ke arah kereta Toyota Vios miliknya. Dia mencapai telefon bimbitnya. Segera dia mendail nombor satu-satunya anak lelaki bujangnya.

"Hakim, mama balik lewat sikit sebab hujan. Nanti Hakim ajak papa makan luar ya?" Ucapnya sebaik sahaja Hakim menjawab panggilannya.

"Okay, ma. Mama nak Hakim bungkuskan apa-apa?" Soal Hakim sopan.

"Hmm boleh jugak. Belikan mama bubur nasi, teringin pulak nak makan," balas Shahidah.

"Okay ma. Drive elok-elok nanti," pesan Hakim sebelum mematikan perbualan. Shahidah tersenyum kecil sambil menatap skrin telefonnya. Gambar dia sekeluarga ditatap. Kelihatan mereka tersenyum gembira dalam persalinan baju raya. Dia dan Razak duduk di kerusi manakala anak mereka, Hakim dan arwah Intan berdiri di sisi mereka.

"Intan... mama rindu Intan," ucapnya. Lebih kurang dua bulan lagi, anak perempuan tunggalnya itu akan genap 23 tahun. Matanya mula bergenang air mata. Sudah dua tahun Intan meninggalkan mereka. Pemergian yang meninggalkan kerinduan tetapi Shahidah dan Razak berasa lega kerana Intan tidak perlu lagi menderita melawan penyakitnya. Hampir lima tahun Intan bertarung dengan kanser usus. Pelbagai rawatan telah dia jalani dan setahun sebelum kematiannya, dia mengambil keputusan untuk menghentikan segala rawatan dan mahu berehat di rumah, meluangkan masa bersama keluarganya. Pada mulanya Shahidah kurang bersetuju kerana dia begitu yakin Intan mampu sembuh seperti sedia kala. Namun setelah dipujuk oleh Intan, dia akhirnya bersetuju.

"Ma, bukan Intan dah tak nak usaha. Dah banyak kita bergantung pada ubatan moden, Intan nak guna pula perubatan rohani. Ma, ajal tu kan di tangan Allah. Anytime je Dia boleh jemput kita. Intan tak nak masa Intan habis dengan rawatan. Intan nak gunakan masa Intan dengan dekatkan diri Intan dengan yang Intan sayang. Dengan mama, papa, Hakim dan Allah," ujar Intan. Bibirnya yang pucat menguntumkan senyuman semanis madu.

Shahidah tersedar dari lamunannya apabila mendengar bunyi guruh yang kuat. Dia segera mengesat air matanya. Hujan yang tadinya lebat sudah mulai perlahan. Dia menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang.
.....

Dian mengerling ke arah Iskandar yang tidak berkata apa-apa sejak dia mengambil Dian di universiti tadi. Dian telah meminta pertolongan tunangnya itu untuk menghantarnya pulang ke rumah sewa yang terletak kira-kira 40 kilometer dari universitinya kerana kereta Perodua Viva miliknya masih di bengkel.

Timbul rasa bersalah dalam dirinya. 'Aku ada susahkan dia ke? Dia marah ke? Tah-tah dia sibuk tadi' Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Dia sebenarnya agak berat mahu meminta Iskandar menghantarnya. Tetapi memandangkan uber dan teksi tidak boleh memasuki kawasan universitinya dan dia perlu berjalan di dalam hujan lebat untuk ke perhentian bas, dia tidak punya pilihan lain. Bunyi radio memecah kesunyian di dalam kereta tersebut.

Tiba-tiba telefon bimbit milik Islandar berdering. Dia memandang sekilas ke arah skrin telefonnya sebelum menjawabnya.

"Oh ya, baik-baik. Saya  sampai 15 minit lagi," terdengar suara Iskandar berbual dengan pemanggil tersebut. Dia mematikan perbualan.

"Erm Dian, boleh tak Abang Is turunkan Dian dekat bus stop. Ada  emergency dekat hospital," ujar Iskandar.

"Oh, okay-okay. Nanti Dian call uber," balasnya sambil tersenyum. Dian turun sebaik sahaja Iskandar memberhentikan keretanya.  Iskandar terus memandu pergi. Dian duduk di bangku yang kosong. Dia mulai berasa resah apabila teringat telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri. Bateri yang berbaki 5% sudah digunakan untuk menelefon Iskandar. Dia tidak punya pilihan lain. Terpaksa lah dia menunggu ketibaan bas dan teksi.

Langit semakin gelap dan hujan masih tidak menunjukkan tanda-tanda seperti mahu berhenti. Seorang lelaki memakai baju hujan hitam muncul dan duduk di perhentian bas itu. Dian mula berasa tidak sedap hati.
...

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Hujan kembali lebat semula. Shahidah memandu dengan perlahan dan menumpukan sepenuh perhatian pada jalan raya.

Sedang dia memandu, dia terlihat kelibat seorang gadis di perhentian bas. Kelihatan seorang lelaki memakai baju hujan hitam merentap kasar tangan gadis tersebut. Shahidah menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila gadis itu kelihatan cuba melepaskan diri daripada lelaki tersebut.

Dia segera memberhentikan keretanya di sisi jalan dan mencapai sebuah beg tangan yang terisi dengan batu bata. Beg tangan tersebut memang disimpan di dalam keretanya sekiranya dia menghadapi detik-detik kecemasan. Sebagai pengerusi Persatuan Wanita di kawasan perumahannya, pelbagai cara telah diajarkan kepada wanita untuk mempertahankan diri. Dia turut menyimpan sebotol penyembur lada dan kasut tumit tinggi 5 inci di dalam keretanya.

Dia bergerak ke arah lelaki dan gadis terbabit lalu menghayunkan beg tangannya dengan sepenuh hati. "Aaaarrghhhh!!!" Kedengaran jeritan gadis itu yang terkejut dengan tindakan Shahidah. Beg tersebut tepat mengenai kepala lelaki tersebut. Lelaki itu jatuh terlentang. Dia cuba untuk bangun namun Shahidah segera menendang kakinya dan menyerang titik kelemahannya. Lelaki itu mengerang kesakitan.

Shahidah segera mendapatkan gadis tersebut. "Awak okey?" Soal Shahidah. Wanita itu menundukkan muka sambil menangis teresak-esak.  Shahidah dapat merasakan badan gadis itu menggigil. Dia seperti trauma dengan apa yang terjadi.

"Let's go. Come with me," ucap Shahidah seraya membantu gadis itu untul bangun. Mereka harus meninggalkan tempat itu sebelum lelaki tadi memperoleh kekuatannya semula. Shahidah membawa gadis tersebut ke tempat duduk penumpang belakang. Dia segera memandu pergi daripada kawasan tersebut. Dia melihat gadis tersebut melalui pantulan cermin pandang belakang. Dia mengamati wajah gadis tersebut. 'Seiras!'
....

"Assalamualaikum," ucap Hakim setelah dia membuka kunci pintu utama rumah mereka sebaik sahaja dia pulang daripada makan malam bersama ayahnya.

"Mama?" Panggilnya. Panggilannya tidak disahut.

"Mana mama kamu?" Soal ayahnya.

"Entahlah pa. Kat atas kot, nanti Hakim tengok," ujarnya lalu meletakkan bungkusan bubur nasi di atas meja makan.

Razak mengangguk lalu berjalan ke arah ruang tamu. Televisyen dihidupkan. Dia menjadi bersemangat apabila menyaksikan program kegemarannya - perlawanan bola sepak!
.....

Hakim menapak ke tingkat kedua rumah banglo tersebut dan menuju ke bilik ibu dan ayahnya.

"Mama?" Panggilnya lalu mengetuk pintu bilik tersebut. Dia memulas tombol pintu setelah beberapa ketika. Kosong. Dia mengerutkan dahinya. Kereta ada dekat luar, tapi mamanya tiada. Pelik!

Dia menapak ke biliknya di tingkat tiga. Sewaktu melintasi bilik arwah Intan yang terletak bersebelahan dengannya, dia terdengar suara ibunya sedang berbual.

"Mama sembang dengan siapa pulak ni? Jangan-jangan..." dia mula berasa tidak sedap hati. Tidak mungkin ibunya menghadapi gangguan perasaan sehingga tahap begini. Dia segera memulas tombol pintu bilik tersebut.

"Mama?" Soalnya sebaik sahaja melihat mamanya bersama dengan seorang gadis. Dia membeliakkan matanya.

"Kak...Intan?!"
....

Sky Changes - Our Different Story Where stories live. Discover now