Episode 2

37 1 0
                                    

"You have to accept your fate; do it without bitterness and stay humble"
- Anthony Scaramucci -

"Ini bilik anak aunty dulu. Nanti Dian mandi, guna baju anak aunty dulu, okay?" Ujar Shahidah dengan lembut sambil mengusap kepala Dian yang basah. Dian mengangguk sambil tersenyum.

"Nanti anak aunty tak kisah ke saya guna barang dia?" Soal Dian.

"Taklah. Lagipun arwah memang suka share barang dia," balas Shahidah. Dian terkesima.

"Ar.. arwah? Dian mintak maaf aunty, Dian tak tahu," cepat-cepat Dian meminta maaf atas kesalahan dirinya. Shahidah tersenyum sambil mengusap tangan Dian.

"Erm, boleh aunty tanya kenapa Dian ada dekat bus stop tadi? Sebab kawasan bus stop tu agak bahaya," soal Shahidah yang amat arif dengan kawasan tersebut. Banyak kejadian jenayah berlaku di situ, rompakan dan serangan seksual terutamanya terhadap golongan wanita.

"Sebenarnya... Dian dari universiti, on the way nak balik rumah sewa. Kawan Dian hantarkan tapi tiba-tiba dia ada hal emergency, sebab tu dia terpaksa drop Dian dekat situ.." jawab Dian perlahan.

"Ouh macam tu...Dian.." kata-kata Shahidah terjeda apabila pintu bilik tersebut tiba-tiba dikuak. Hakim muncul di muka pintu dengan wajah terkejut.

"Mama? Kak..... Intan?!" Matanya jatuh pada gadis di sebelah ibunya. Dian segera membaluti kepalanya yanh terdedah dengan sehelai tuala.

"Dian mandi dulu okey?" Ucap Shahidah sebelum berlalu ke arah Hakim yang masih di hadapan pintu. Dia menarik lengan anak lelakinya itu dan menutup pintu bilik tersebut.

"Siapa tu ma? Kenapa muka dia macam Kak Intan?" Soal Hakim bertubi-tubi.

"Nama dia Dian. Mama selamatkan dia dekat bus stop tadi. Ada orang hampir nak buat something bad dekat dia. Nasib baik Allah hantarkan mama untuk selamatkan dia," jelas Shahidah.

"But mama, you cannot simply bring stranger into our house. What if she has a bad intention?" Kata Hakim membuat andaian.

"Does she looks like a person with bad intention? Hakim, jangan buruk sangka dekat orang please. Always husnuzon. Lagipun mama risau dekat dia, she's a girl who needs protection," nasihat Shahidah. Hakim mengangguk faham. Betul kata ibunya. Dia tidak sepatutnya berfikir yang bukan-bukan terhadap gadis itu.

  "Anything yang Hakim boleh bantu... apa nama dia.. Dian?" Soal Hakim. Shahidah tesenyum.

"Hakim ada beli bubur nasi yang mama mintak?" Soal Shahidah.

"Ada. Mama nak makan sekarang ke?" Soal Hakim lagi.

"Tolong panaskan dan hantar dekat Dian. Mama nak solat kejap. But make sure ketuk pintu dulu, jangan main bukak pintu je. She's a girl, mind that," pesan Shahidah. Hakim tersengih.

"Haih mama ni. Hakim tahulah, I respect other women as much as I respect you. Macam mama selalu pesan, lelaki pelindung wanita, bukan perosak. Always mind that," katanya dengan muka bangga.

Shahidah tersenyum melihat anaknya itu. Sejak dari kecil lagi Hakim sering mengikutinya ketika dia memberi ceramah tentang wanita. Setiap kali pulang dari program tersebut, Shahidah akan mengingatkan Hakim supaya menghormati wanita lain seperti mana dia menghormati Shahidah.

Sky Changes - Our Different Story Where stories live. Discover now