Episode 7

11 0 0
                                    

"Love cannot save you from your own fate."
- Jim Morrison -

"Ni ke rumah mak Abang Is tu kak?" Soal Hakim sebaik sahaja Dian menyuruh Hakim memakirkan kereta yang mereka naiki di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat berwarna hijau tua. Dian mengangguk.

"Kaya betul tunang akak ni," kata Hakim selamba. Dian hanya tersenyum. Tidak pasti sama ada itu adalah satu pujian atau sindiran. Dian menarik nafas sedalam-dalamnya. Entah mengapa dia berasa begitu gugup untuk bertemu Marliah, ibu Iskandar.

"Di okey tak ni? Dari tadi mama tengok macam tak senang duduk je?" Soal Shahidah yang duduk di tempat duduk penumpang bersebelahan Hakim. Dian mengangguk.

"Entahlah mama, nervous semacam je rasa. Maybe sebab dah lama tak jumpa Aunty Liah kot," balas Dian dengan wajah yang gementar. Sudah hampir setahun dia tidak melawat Marliah. Maklumlah, tugasnya sebagai seorang pensyarah memang memerlukan banyak komitmen dan masa. Dia hanya berharap Marliah memahami situasinya itu. Risau pula dia sekiranya Marliah berkecil hati dengannya.

"Relax lah akak, baru bakal mak mertua je, belum jadi mak mertua pun lagi," kata Hakim selamba sambil memandangnya. Dian hanya tersengih. Betul juga kata Hakim itu. Belum pun ada apa-apa ikatan, sudah rasa macam-macam perasaan. Bagaimana pula selepas bernikah nanti? Masalah, masalah.

"Amboi Hakim ni, pandai je cakap. Nanti time Hakim nak bawak balik bakal menantu untuk mama, kita tengok nervous ke tak buah hati dia tu nanti," usik Shahidah sambil tersenyum sinis. Hakim hanya ketawa kecil, mukanya semakin merah.

"Tulah kan mama. Entah-entah Hakim yang lagi nervous dari buah hati dia nanti," sambung Dian. Seronok dia melihat Shahidah mengenakan Hakim.

"Mama dengan akak ni, seronok ye kenakan Hakim. Tengoklah Hakim bawak balik buah hati Hakim tu, lagi terer masak dari akak," katanya geram lalu menjeling ke arah Dian. Segera dia menutup mulutnya apabila tersedar dia telah terlepas cakap. Alamak, rahsia sudah bocor!

"Ooohh dah ada buah hati? Amboi, pandai dah sekarang ni nak bercinta ye?" Sengaja Dian mengapi-apikan Hakim walaupun dia tahu tentang hubungan Hakim dan Natalie. Ha, padan muka. Pandai sangat usik orang kan.

"Itulah... patutlah 24/7 dengan phone je," Shahidah memandang Hakim dengan sinis.

"Mama.... Hakim cakap je lah. Tak ada pun buah-buah hati, buah epal semua ni. Dah lah, bila nak turun ni? Asyik sembang je dari tadi ni," bebel Hakim lalu turun dari kereta tersebut. Dia mengelap titisan peluh pada dahinya. Fuhh... topik panas harini.

Dian dan Shahidah hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. Yeay, Hakim tewas harini!

"Dah hilang nervous ke Cik Dian?" Soal Hakim ketika Dian menuju ke pagar rumah tersebut untuk menekan loceng. Dian menjeling Hakim tajam. Shahidah menyiku lengan Hakim yang sedang ketawa. Dian menjenguk ke arah rumah itu melalui celah-celah pagar utama rumah setelah menekan loceng sebanyak dua kali. Kelihatan satu susuk tubuh lelaki berjalan ke arah pagar. Dian mengerutkan dahinya. Takkanlah...

"Eh Dian! Aunty Shidah dengan Hakim pun ada sekali?" Kata Iskandar setelah membuka pintu pagar. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Hakim.

Iskandar sudah pun mengenali keluarga Shahidah sejak awal-awal mereka mengambil Dian sebagai anak angkat. Teringat lagi pertemuan pertamanya dengan keluarga tersebut ketika Shahidah menjemput dia untuk makan malam bersama di rumah Shahidah tiga tahun lepas. Setelah makan malam itu, Shahidah dan dia duduk berbincang tentang keadaan Dian. Teruk juga dia dikaunseling oleh Shahidah kerana mengabaikan keselamatan Dian. Tetapi dia menerimanya dengan hati yang terbuka kerana dia mengakui dia yang bersalah dalam hal ini. Mujur Dian selamat, kalau tidak mungkin dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sky Changes - Our Different Story Where stories live. Discover now