Episode 4

23 1 0
                                    

"Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together, but do so with all your heart"
- Marcus Aurelius -

"Nanti kau pergi airport naik apa? Nak aku hantar?" Soal Sofia sambil sedang memandang ke arah Natalie yang sedang sibuk mengemas barang-barangnya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Sabah.

Hari ini merupakan hari pertama cuti semester mereka selama tiga bulan sebelum mereka melalui semester akhir mereka. Natalie telah membuat keputusan untuk menghabiskan masanya di Sabah bersama ahli keluarganya.

"Aku naik grab car je kot. Nanti aku call dia," balas Natalie.

"Laa apasal pulak naik grab car? Membazir duit jelah. Aku kan ada ni," balas Sofia sambil matanya menatap skrin telefon. Haih kawan dia ada depan mata nak jugak naik grab car, apa masalah budak ni?

"Nope, kau tak boleh hantar aku sebab kau kena balik rumah mummy kau. Sofi.... she's waiting for you to come home. Pergilah jenguk dia. Kau tu dah lah satu-satunya anak dia. She misses you!" Ucap Natalie dengan lembut.

Sejak dia belajar di sana, tidak pernah dia melihat Sofia pulang ke rumah ibunya setiap kali cuti semester. Sofia lebih rela menghabiskan masa dengan melukis yang merupakan hobinya sejak kecil. Dia hanya akan pulang sewaktu hari raya itu pun hanya untuk beberapa hari sahaja.

Sofia mengeluh.

Penat.

Dia sudah penat dipujuk begini.

Bukannya dia mahu menjadi anak derhaka, tetapi ini sahaja cara untuk membuatkan ibunya sedar bahawa apa yang dia lakukan selama ini adalah salah.

"Nat, aku malas lah balik rumah kalau apa yang akan keluar dari mulut mummy aku tu pasal harta, duit, syarikat, pewaris. I'm so sick of this," balas Sofia bernada kecewa.

Natalie berjalan ke arahnya lalu menepuk bahu Sofia. "Walau jahat macam mana pun dia, she is still your mom. Dalam Islam pun kata redha mak tu paling penting kan?" Nasihat Natalie lagi.

Sentap.

Natalie memang pandai memberi nasihat. Sofia berasa rendah diri. Natalie lebih mendalami ilmu agama berbanding aku and yet I still call myself as muslim?

Sofia terdiam beberapa ketika.

"Alright, I'll go home. Betul kata kau, jahat macam mana pun dia, dia tetap mak aku," kata Sofia yang mula terbuka hati. Natalie tersenyum gembira.

"Make sure kali ni kau balik betul-betul, bukannya dah sampai depan pagar then patah balik tau!" Pesan Natalie lalu mencuit hidung Sofia.

Dulu Sofia pernah termakan pujukan Natalie sebelum ini, namun setibanya dia di hadapan rumah ibunya, hatinya tiba-tiba berubah.

"Hahah tengoklah dulu. Okey lah aku pun nak pack barang kejap," balas Sofia seraya bangun dari katilnya dan menuju ke arah almari pakaian miliknya.

Mummy, Sofia balik harini!
.....

"What?! Mummy nak kahwin lagi?!" Soal Sofia yang amat terkejut. Belum pun sejam dia berada di rumah itu, dia telah dikejutkan dengan berita yang dia paling tidak mahu dengar daripada mulut ibunya. Rose baru sahaja memaklumkan kepadanya bahawa dia mahu bernikah pada Sabtu depan di Kedah.

Sky Changes - Our Different Story Where stories live. Discover now