Episode 3

34 1 0
                                    

"Men are not prisoners of fate, but only prisoners of their own minds,"
- Franklin D. Roosevelt -

Dian memeriksa telefon bimbitnya seusai dia mengerjakan solat Subuh. Tidak seperti yang dia harapkan, tiada langsung panggilan atau mesej daripada Iskandar. Mungkinkah dia benar-benar sibuk? Tapi tak kan lah tak ingat langsung pasal aku. Dian segera menyangkal segala prasangka buruk dalam hatinya.

Dia memeriksa telefonnya sekali lagi, terpapar nama Natalie dan Sofia. Dia tersenyum kecil. Dua orang kawan baiknya itu pasti risau akam keadaannya. Nombor Natalie didail memandangkan Natalie seorang yang suka bangun di awal pagi untuk membaca buku.

"Hello, Di! Oh My God, where have you been?! Why kau tak ada dekat rumah sewa? Gosh we're so worried about you!" Ucap Natalie sebaik sahaja dia menjawan panggilan. Dian tergelak kecil mendengar reaksi Natalie.

"I'm sorry Nat. Ada masalah sikit time aku nak balik rumah sewa. Sorry buat kau orang risau," ujar Dian yang mula rasa bersalah.

"It's okay, no need to sorry lah. As long as you are alright. Ni kau siap-siap okay, nanti aku dengan Sofi datang ambik kau dekat rumah sewa, kita breakfast sama-sama," cadang Natalie.

"Em, actually Nat, aku tak balik rumah sewa semalam," kata Dian perlahan.

"Wait, what? Where are you now? Oh God, kau kena culik ke?" Soal Natalie bimbang.

Dian tersengih. Haih kawan aku yang seorang ni lah tak habis-habis overthinking. Banyak tengok thriller movie lah ni.

"Tak, aku okey..." Dian mula bercerita tentang apa yang terjadi.

"That jerk left you at the bus stop?! Hishhh! Dia tu dah kenapa? Nama je doctor tapi otak tak guna. Apa yang dia fikir aduh geramnyaaa... luckily he's your fiance, otherwise memang dah lama dia makan stiletto merah aku tu," bebel Natalie disulam dengan seloroh. Dian ketawa mendengar bebelan Natalie. Walaupun Natalie bukan orang Melayu, namun lidahnya amat fasih bercakap dalam Bahasa Melayu. Ha lagi fasih kalau time dia berleter, dah macam mak-mak dah.

"Relax Nat. Aku faham kerja dia, dia bukan milik aku seorang, dia milik masyarakat," kata Dian. Terdengar suara Natalie mengeluh.

"Di, I know he has the responsibility as a doctor. But leaving his fiance like that haih no manners lah. Cuba bayangkan kalau aunty tu tak ada, and that guy with black raincoat tu buat apa-apa dekat kau? Di, Iskandar tu tak bertanggungjawab! Aku dah lama kata putuskan je pertunangan kau orang ni. He doesn't show any effort pun untuk relationship ni. You deserve better Di," nasihat Natalie. Dian menghela nafasnya. Setiap kali dia bercerita tentang Iskandar, itulah reaksi kawan-kawannya.

"It's okay Nat. Maybe lepas kami kahwin nanti he'll change. Lagipun aku tak tahu aku boleh ke tak lepaskan dia, I love him will all my heart, he's my crush since the first moment I met him," luah Dian.

"Dah sudah tak payah nak love-love bagai pagi-pagi ni, geli aku. Okay lah Di, aku nak pergi kejut Sofi, nak spread this gossip hahahaha," Dian menjauhkan sedikit telefon tersebut daripada telinganya. Suara Nat mengilai boleh rosak telinga weh!

"Hahaha alright sis. Pergilah mengumpat," usik Dian.

"Hesy, ni bukan mengumpat, ini berkongsi cerita. Okay Di, if anything happen, call kitorang cepat-cepat," pesan Natalie lagi.

Sky Changes - Our Different Story Where stories live. Discover now