Episode 5

22 1 0
                                    

"To live alone is the fate of all great souls"
- Arthur Schopenhauer

3 tahun kemudian...

Rafiq memakirkan keretanya di kawasan parkir Masjid Jamek Kampung Sungai Tiram. Dia memandang ke kawasan tanah perkuburan masjid itu. Kelihatan kawasan kuburan itu masih kemas seperti dijaga rapi oleh ahli jawatankuasa masjid. Sudah hampir 10 tahun dia tidak menziarahi kubur neneknya yang meninggal dunia ketika dia berumur 15 tahun. Nenek yang menjaganya setelah dia melarikan diri dari rumah ayahnya. Semuanya berpunca dari seorang wanita. Seorang wanita yang meragut segala-galanya daripada dia.

"Pergi turun bawah ganti Pak Mail buat kerja dekat kebun," kata Rose dengan wajah yang bengis di muka pintu. Rafiq mengalihkan wajahnya daripada buku yang sedang dibacanya ke arah Rose.

"Tapi makcik, Ian nak study ni," balas Rafiq perlahan.

Ujian Pertengahan Tahun akan bermula dalam masa tiga hari. Dia mahu belajar bersungguh-sungguh dah mendapatkan keputusan cemerlang agar dia boleh menuntut hadiah yang telah dijanjikan oleh ayahnya.

"Papa, tengok ni result Math Ian. Ian dapat markah paling tinggi dalam kelas," kata Rafiq sambil menunjukkan kertas ujian matematiknya kepada Farouq. Farouq tersenyum lebar. Jelas dia bangga dengan anak tunggalnya itu.

"Bagus anak papa ni. Tahniah! Ian nak hadiah apa? Nanti papa belikan," soal Farouq sambil mengusap rambut anaknya yang berusia 12 tahun itu.

Rafiq tersenyum gembira. Terlalu banyak yang dia inginkan di dunia ini. Tetapi dia harus memilih dengan bijak. Perkara yang paling dimahukan dalam dunia. "Ian nak... Ian nak balik kampung jumpa nenek. Ian dengan papa je. Hujung minggu ni, boleh tak?" Soal Rafiq dengan wajah penuh berharap.

Dia amat rindu untuk bertemu neneknya. Dia juga sebenarnya ada tujuan lain untuk pulang ke kampung neneknya di Ipoh. Dia mahu mencari seseorang yang dia rindui selama bertahun-tahun.

Farouq terdiam. Bukan dia tidak mahu pulang ke kampung mertuanya itu, tetapi apa kata Rose nanti kalau dia tidak membawa Rose dan Sofia sekali. Sudah lah dia pulang ke kampung mertuanya, pasti Rose akan berfikir yang bukan-bukan. Urusan syarikatnya juga banyak yang tertangguh. Dia mengeluh perlahan. Kasihan terhadap anak lelakinya itu. Masa yang dia ada buat Rafiq amat terhad.

"Okey, hujung minggu ni kita balik. Tapi dua hari je okay? Papa banyak kerja dekat office," kata Farouq dengan lembut. Rafiq melonjak riang. Dua hari pun dua hari lah asalkan dia dapat meluangkan masa dengan ayah dan neneknya tanpa kehadiran orang asing.

"Oi, kau termenung apa lagi tu? Aku kata turun bawah!" Laungan Rose mematikan lamunan Rafiq. Cepat-cepat dia menutup buku rujukan Sains miliknya.

"Mentang-mentang papa kau out station, kau buat-buat malas pulak eh," kedengaran bebelan Rose ketika Rafiq menuruni anak tangga. Rafiq mendengus geram.

"Mentang-mentang papa tak ada, dia buat rumah ni macam dia punya. Dasar perempuan jahat!" Omelnya seorang diri sambil melangkah ke arah halaman rumah itu.

"Ku tuliskan kenangan tentang, caraku menemukan dirimu.." kedengaran alunan lagu Surat Cinta Untuk Starla nyanyian artis dari Indonesia, Virgoun bergema dalam kereta Honda Jazz tersebut. Rafiq segera mencapai telefon pintarnya yang sedang berdering itu. Tertera nama kawan baiknya, Safwan di skrin telefon.

"Yo what's up bro," ucap Rafiq sebaik sahaja menjawab panggilan.

"Amboi, baru balik dari US dah tak reti bagi salam," sindir Safwan. Rafiq ketawa kecil.

"Hahah kau ni. Yelah, assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh Ustaz Safwan," ucapnya dengan panjang.

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuhu wamaghfiraatuhu waridhwaanuh," jawab Safwan dengan jawapan salam yang sempurna sesuai sunnah Rasulullah SAW.

Sky Changes - Our Different Story Where stories live. Discover now