Dah Tidur Ke?

132 5 0
                                    

Tempat : Asrama Blok A

Kawasan : Asrama Perempuan

Masa : 1:30 A.M (Khamis)

Iman, student yang selalu tidur lewat. Tapi tak akan jadi roommate yang tidur paling akhir. Jadi bila-bila dia rasa dia dah lewat, dia akan tanya roommate dia, "Dah tidur ke?". Dan bila roommate dia belom tidur, dia akan tidur dulu. Ya, dia takut tidur paling akhir.

Satu hari..

Iman nampak Donut (roommate Iman) baring dan selimut diri. Dia takut Donut tidur dulu. Jadi seperti biasa,

"Donut, awak dah tidur ke?" Tanya Iman.

Senyap.

"Dah tidur la tu." Bisik Iman sendiri dan dia terus tidur dengan tenang.

Esoknya..

"Eh, Donut balik ke?" Iman berbisik sendiri.

Ya manakan tidak, katil berkemas seolah-olah menunjukkan pemilik katil pulang ke rumah. Iman terdiam. Ya memorinya kembali berfungsi pagi itu. Dia baru ingat yang Donut pergi ke Kem Wartaniah 3 hari 2 malam. Ini bermaksud Donut telah pon berangkat ke kem pada petang semalam.

Jadi , siapa yang Iman Nampak dan tegur semalam? Iman mengurut dada bersyukur , bersyukur kerana pertanyaannya pada DONUT yang semalam tidak berjawab. Jika ya..

Mis3 (Misteri)Where stories live. Discover now